Chapter 2

Romance Series 17725

Cuti pertengahan semester telah pun habis dan Ira kembali ke kampusnya untuk menghabiskan baki tahun akhir pengajiannya. Dia masih terkilan dengan permintaan ibu bapanya. Kalau boleh dia tak mahu menghampakan mereka tapi permintaan mereka sangat mustahil. Takkan dia nak kawin dengan orang yang dia tak cinta dan laki tu sendiri pun belum tentu cintakan dia. Memang dia langsung tak pernah terfikir untuk kahwin. Bukannya takde rupa bahkan sewaktu mula-mula bergelar mahasiswi dahulu dia sering menjadi buruan pelajar senior. Tapi sikapnya yang tegas dan lebih senang menganggap mereka sebagai kawan telah mematahkan hasrat pelajar lelaki untuk memikatnya. Tambahan pula, dia sering mendapat keputusan yang tertinggi dalam setiap peperiksaan membuatkan palajar lelaki lebih menghormatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience