Chapter 5

Romance Series 17722

Peperiksaan akhir telahpun tamat. Semua teman serumahnya sudah pulang ke kampung kecuali Dina. Mulai sekarang hanya Ira dan Dina sahaja akan tinggal di rumah sewa tersebut kerana mereka mendapat tawaran pekerjaan dekat dengan rumah sewa. Sebaik sahaja habis menjalani praktikal mereka terus ditawarkan bekerja. Dina mendapat kerja di sebuah syarikat majalah hiburan tanahair manakala Ira mendapat tawaran di syarikat MAX Engineering. Salah sebuah syarikat yang agak terkenal di Malaysia. Dengan keputusan pelajarannya yang cemerlang ditambah pula prestasinya yang menakjubkan sewaktu praktikal di kilang tersebut, dia diberi jawatan jurutera kanan. Jawatan yang jarang diberikan kepada fresh graduate sepertinya.
Dalam masa yang sama Ira masih lagi runsing dengan tarikh perkahwinannya yang hanya tinggal 3 bulan sahaja lagi. Kepada Dinalah dia mencurahkan masalahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience