Bab 2

Horror & Thriller Series 2162

Pusat latihan persilatan di Kampung Panglima 1 ini telah dibuka sejak 15 tahun yang lepas. Penyertaan amat menggalakkan kerana bukan sahaja oleh pemuda kampung sendiri malah juga terdapat penyertaan dari kampung² yang lain. Pusat latihan persilatan ini juga mempunyai syarat² yang tertentu dan akan diberikan ujian sebelum benar² diterima menjadi anak murid kepada tok ketua.

Disebalik semak yang berada tidak jauh daripada pusat latihan itu, anak gadis tok ketua, Qalbu bersembunyi bersama rakannya Widuri. Mereka berdua melihat dan mencatat setiap gerakan yang telah diajar oleh tok ketua.

"Sudah selesai atau belum ni Qalbu? Kau tahu aku tidak sukakan keadaan disekeliling kita ini. Nyamuk besar² macam dinosaur dah aku tengok ni ha. Mari lah kita pulang!" rengekan Widuri tidak diendahkan Qalbu yang asyik melihat gerakan² baru pada malam itu.

"Qalbu!" cubitan halus pada paha Qalbu membuatkannya mengaduh kecil.

"Sakitlah. Iya, aku dengar. Sebentar lah Widuri. Kau salin semua gerakan yang aku cakap tadi?" Qalbu mengangkat kening menyoal kawannya itu.

"Sudah. Marilah pulang! Aku risau bapak aku akan marah teruk nanti.Marilah Qalbu!" keluhan kasar dilepaskan.Bukannya dia tidak mahu berlama di situ, cuma dia tidak mendengar bebelan orang tuanya bila pulang lambat kerana dia sahaja anak kepada ibubapanya.

"Ermm...kau pulang duluan. Aku kemudian sedikit. Tak puas aku melihat mereka berlatih. Aku juga akan berlatih gerakan baru ini pada malam ini juga!" kata Qalbu sebelum bergerak ke kawasan yang lebih lapang.

"Kalau begitu aku pulang ke rumah dahulu. Kau bukan tidak kenal bapak aku tu! Bising mulutnya mengalahkan nenek kebayan itu ha!"

"Eemm..emm..tak baik begitu Widuri. Walaubagaimana pon, dia bapak kau. berdosa kau mengata orang tua kau sendiri." Qalbu lembut memberikan nasihat kepada kawannya itu namun dibalas sindiran. "Paku dulang paku serpih, mengata orang lebih tapi dia yang lagi melebih. Huh!!" Widuri berlalu dengan raut muka masam. Qalbu hanya menggeleng sambil tersenyum sumbing.

Setelah itu, dia kembali memberi tumpuan kepada gerakan silat yang baru dilihatnya sebentar tadi. Qalbu sebenarnya telah lama mempelajari ilmu persilatan yang diwarisi oleh ayahnya walaupun secara rahsia. Malah ada insan yang sanggup mengajarnya tanpa pengetahuan ayahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience