Bab 1

Horror & Thriller Series 2162

15 April 1865 — Kampung Panglima 1

"Karina,minta bawakan tongkatku kemari." kata Tok Ketua separuh menjerit.

"Sebentar, abang ni pon lah, tak ke mana pusat latihan tu." Karina mempercepatkan langkahnya. Setelah tongkat bertukar tangan, Tok Ketua terus keluar dari rumahnya. Baru beberapa langkah kakinya bertapak dia teringatkan anak gadisnya iaitu 'Qalbu Safiyah'.

Tok Ketua memalingkan mukanya menghadap isterinya. 'Awaknya, ingat jangan benarkan si Safi tu ikut saya. Penat saya nak menjawab orang kampung ni nanti. Tak reti jaga anak dara jadikan anak teruna. Haiih..." keluhan panjang dilepaskan.

Karina mengelengkan kepalanya. "Abang eh, biarlah orang kampung nak cakap apa-apa pon. Itu jelah satu-satunya anak gadis abang. Kalau semua benda abang nak larang dia,kesian si Safi tu abang eh!"

"Awak jangan nak sebelahkan anak awak tu. Sudah, jangan lupa apa yang pesan tadi."

"Dah terlambat la abangnya. Safi tak ada kat rumah dari petang tadi. Macam mana boleh abang tak perasan." Tersengih Karina dibuatnya.

Mendengarnya itu Tok Ketua menepuk dahinya perlahan. 'Safi!! haiih lah kau nak.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience