Bab 4

Horror & Thriller Series 2162

"Tok Ketua! Tok Ketua!" Seorang lelaki berumur empat puluhan meluru masuk ke dalam pusat latihan. Perlawanan persahabatan antara Malik dan Sufian yang baru sahaja bermula terhenti seketika apabila semua orang kampung yang berhampiran turut memberi perhatian kepada lelaki itu.

"Hah? Ada apa ni Kasim? Tercunggap -cunggap kau kemari." Tok ketua bangun dari tempat duduknya.

"Kampung Cendana tok! Habis diserang oleh...oleh...aku tak tahu,tok! Yang aku tahu dan pasti, orang tua,pemuda dan kanak-kanak lelaki sahaja dibunuh mereka!" Kata Kasim dengan nafas yang masih tercunggap-cunggap.

"Masya Allah,kejamnya!"
"Tak ada hati perut langsung!"
"Kanak-kanak turut dibunuh? Kenapa?"
"Apalah nasib isteri dan anak-anak mereka!"
Suasana menjadi hingar-bingar setelah mendengar apa yang telah disampaikan oleh Kasim.

"Apa motif mereka? Kenapa lelaki?" Jidih, salah seorang anak murid tok ketua.

"Aku tak tahu. Hasyim dan yang lain-lain masih belum pulang dari membuat rondaan. Kami semua berpecah ke kampung-kampung yang berhampiran untuk melihat sama ada yang lain turut diserang."

"Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Kaum lelaki sahaja dibunuh? Apa tidak ada seorang pun kaum wanita dibunuh atau berkemungkinan dicabul?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience