Bab 3

Horror & Thriller Series 2162

1852—Kediaman Tok Penghulu Kampung Panglima

"In! Ajarkan lah Safi! Minta pada ayah habis dimarahnya, minta pada ibu sudah tahu apa yang akan dikatakan. Boleh lah In!" Safi'in atau nama sebenarnya Qayyum Safi'in masih enggan mengajarkan ilmu persilatan yang dipelajari oleh ayahnya sejak dua tahun lepas. Dia tidak berani menginkari arahan tegas daripada Tok Ketua. Sudah jelas lagi nyata, di kampung ini hanya lelaki sahaja dibenarkan mempelajari ilmu persilatan.

Dia gelisah memikirkan kehendak Safi yang diluar tabi'ie dari pemikiran penduduk kaum wanita di kampungnya itu. Semakin tidak dilayan semaikn menjadi-jadi regekannya itu.

Kali ini, kaki kanannya dipegang erat oleh Safi. "Selagi In tak ajarkan Safi hari ini, Safi tak akan lepaskan kaki In ni!" ugut pula diberikan.

Jari kecilnya mengaru kepalanya yang tidak gatal itu. Mahu diturutkan kehendaknya perasaan bersalah pada tok ketua muncul di dadanya. 'Haiih..Mana satu ni? tapi kalau tak turutkan habis diseretnya kaki aku nanti sampai rumah nanti." keluhan panjang dilepaskan.

"In!!!!" Qalbu menjerit sepenuh hatinya memanggil kerana geram budak lelaki it seperti tidak mahu melayannya.

"In tak boleh ajar Safi! Nanti In kena marah bukannya Safi sebab Safi tu perempuan. Perempuan kan lemah sebab itu lah tidak boleh belajar silat ni. Bukannya Safi tak pernah kena marah kerana perkara ini kan?" Safi'in cuba memujuk secara lembut tetapi ketegasan Safi untuk belajar tidak dapat dihalang.

"Kerana perempuan lemah perlu belajar ilmu mempertahankan diri. Kerana perempuan itu lemah lah selalu dipandang rendah oleh kaum lelaki. Safi tak nak dan Safi tak kira, In kena ajar juga. Safi janji, sumpah Safi tak akan bagitahu siapa-siapa pon walaupun ibu!" tapak tangan diangkat setinggi bahunya menunjukkan kesungguhan dia bersumpah.

Melihat kesungguhan Safi terpaksa dia turutkan kehendak budak perempuan itu. Badan kecil tetapi mempunyai pemikiran yang lebih matang dari umurnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience