BAB 3

Romance Completed 16163

“Awak nak saya bawak pegi makan?” Karl cepat-cepat menukar topik. Dia tak mahu Aween terus bertanya.

“Awak cuba tukar topik ye? Awak dah kahwin? Awak pergi jumpa anak bini awak kan??” Aween cuba menelah.

Banyak rahsia yang tersimpan kemas mengenai Karl yang dia tidak tahu. Walaupun sudah bergelar suami isteri selama dua bulan, Karl begitu perahsia dan tidak banyak perkara yang dia tahu mengenai lelaki ini. Manakala Karl pula seperti sudah tahu luar dalam masalah keluarga Aween dan begitu prihatin mengenainya. Cuma satu perkara saja yang dirahsiakan Aween dari Karl, mengenai kekasih lamanya.

“Cepatlah, awak nak makan tak? Saya belanja awak ye,” Karl cuba memujuk Aween.

“Are you sure nak belanja I? Macamlah ada duit..”

“Hmm.. tak mahu sudah,”

“Okey.. okey.. Cepat, saya dah lapar ni!” Aween akhirnya termakan juga pujukkan Karl.

“Waiter, tolong kirakan semua,” arah Aween.

“Puan, semua ni dah dibayar,” jawab waiter tersebut sambil tersenyum.

“Dah dibayar? Siapa yang bayar?” Aween curiga. Siapa pula yang bayar ni? Tak mungkin Karl. Tadi Aween mengarahkan dia mengambil kereta.

“Encik Karl puan.”

Aween tersentak. Mana lelaki itu dapat duit sebanyak ini untuk membayar bil makan malam hari ini. Lagi pula restoran ini berkelas lima bintang. Namun, Aween mengambil jalan untuk mendiamkan diri dan cuba menyiasat sendiri siapakah Karl yang sebenarnya.

“Cik Aween, keadaan syarikat kita semakin teruk. Cik harus buat sesuatu. Mereka dah tak mahu bekal tekstil pada kita selagi hutang tak dilangsaikan. Lagi pun mereka dah kata yang mereka mahu menamatkan kontrak dengan syarikat kita tak lama lagi,” Fakhrul menerangkan permasalahan syarikat mereka kepada Aween.

“Mereka tak boleh buat macam tu! Kan kontrak kita dengan syarikat mereka tamat lagi 2 tahun,” kata Aween. Keadaan semakin merunsingkan. Kalau dibiarkan boleh lingkup syarikat ini.

Tiba-tiba pintu bilik Aween dikuak. Aleysha, pembantu peribadi Aween masuk dengan wajah penuh senyuman.

“Cik Aween jangan risau. Nampaknya ada satu syarikat tekstil ni yang ingin membantu kita. Mereka bersedia untuk melabur dengan Fashionista dan membekalkan tekstil dengan harga yang berpatutan. Apa kata Cik?”

Aween tersenyum lebar sambil memandang pekerjanya dengan pandangan penuh makna. It’s time to change!

Aween mulai keluar dari pintu pejabatnya dan menuju ke tempat letak kereta bangunan. Hari ini Karl seperti biasa tiba lambat dari waktu yang sepatutnya. Aween mengambil masa menanti Karl dengan mengelamun sendirian sambil berdiri di tepi koridor.

‘Karl tu handsome juga kalau selalu dipandang. Tapi sayang, dia tak cintakan aku. Kalaulah aku jumpa dia sebelum aku jumpa Hairul. Mesti dah bahagia hidup aku sekarang ni. Tapi tak mahulah lelaki yang mencurigakan macam dia tu. Entah-entah dah ada anak isteri berderet-deret. Terpaksa je kahwin dengan aku sebab kena tangkap basah.’ Aween mula berbicara sendirian dalam hati.

Tanpa dia sedari ada sesusuk tubuh sedang memerhatinya dari jauh. Kemudian susuk tubuh milik seorang lelaki itu memeluk tubuh Aween dari belakang dengan kuat. Ia membuatkan Aween sukar untuk bernafas dan sekaligus dia menjerit.

“Arghhh!!! Apa kau cuba buat ni?!! DAH GILA KE KAU HAIRUL?!” Aween menjerit dengan sepenuh hati tanpa menghirau kiri dan kanan. Dia mengharap ada orang akan dengar dan membantu dirinya yang dalam keadaan cemas kini.

“Izza, please! Jangan menjerit kuat, nanti orang dengar.”

“Eh! Biarlah orang dengar! Kau buat apa kat sini? Go away! Jangan cari pasal dekat sini”

Aween sedaya upaya cuba melepaskan rangkulan Hairul ke atas dirinya. Dia membenci lelaki itu. Jijik! Kemudian Hairul melepaskan Aween kerana tidak mahu wanita itu menjerit lebih kuat.

“Izza, I miss you. You tahukan yang I sayangkan you. I tahu you pun menderita tanpa I di sisi. Maafkan I please! Perkara dulu-dulu tu tak payah lagi you kenang. I janji tak buat lagi!” Hairul mula bersumpah. Dia sedaya upaya cuba meyakinkan Aween untuk terus kemabali kepadanya.

“Hey! You tak faham ke or buat-buat tak faham! I tak suka you. I juga dah move on okey! And I tak boleh bersama dengan you lagi, faham tak?? You wanna me to speak in what language? Tamil? Untuk you faham?”

“Benda ni benda kecik. You tak payah nak kecoh-kecoh and jerit satu kampung. Please bukan I sorang je yang macam ni.”

“You ingat I bodoh? I tak mahu terlibat dengan apa yang you buat. Enough! I tak mau memalukan family I. Kalau you rasa hidup you tu hebat macam ni, then go on.”

“Sebab I gay ke you benci I? I don’t understand. You berfikiran kolot,” Hairul mula menuding jari telujuknya kearah Aween.

“I tak nak you ganggu I lagi.” Aween terus berjalan pergi dari tempat tersebut. Orang yang tak faham bahasa buat apa dilayan.

Hairul naik berang. Dia merentap tangan Aween dan mula mencengkam keras tangan kiri wanita tersebut. Tiba-tiba satu tumbukan jurus mengenai wajah macho Hairul. Bedebush! Hairul jatuh ke lantai. Darah merah keluar dari sisi bibirnya.

“Jangan ganggu Aween lagi.” Karl dengan gagahnya bersuara. Manakala Aween menyorok di belakang Karl sambil memegang tangan suaminya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience