BAB 4

Romance Completed 16163

“Kau siapa nak masuk campur?!” Hairul berang. Lelaki yang mencampuri urusan dia dan Aween harus diberi pengajaran.

“Siapa aku itu tak penting. Jom Aween.” Karl menarik tangan Aween dan memeluk wanita yang dalam ketakutan itu.

“Hey! Kau senang-senang je eh nak bawak girlfriend aku macam tu je. Kau siapa haa??”

“Sudahlah Hairul! Jangan ganggu I lagi. This is my husband. Sekarang you puas?” Aween tiada pilihan lain selain menceritakan hal yang sebenar. Dia tak mahu Hairul terus mengganggu hidupnya lagi.

Hairul tercengang dan tak mampu berkata apa-apa. Begitu juga Karl. Namun pelukan Karl terhadap Aween semakin erat. Mereka berlalu pergi meninggal tempat tersebut.

“Terima kasih sebab tolong saya tadi,” kata Aween ringkas. Masih malu-malu.

“Its okey perkara kecil je tu. Lain kali you tunggu kat dalam office je lah. Tak payah keluar,” Karl tersenyum sambil menfokuskan matanya ke arah jalanraya yang sesak.

“Karl, I mintak maaf kalau..”

Karl memintas kata-kata Aween.

“Aween, sudah. I tak ambil peduli pun hal-hal ni. Lagipun its my job to help and protect you.”

“Karl, there are some things that I tak mahu you terus buat..”

“Aween, kita ada lagi 3 bulan untuk bersama. Cant we just stick to the plan?” Karl sekali lagi memintas kata-kata Aween. Dia tak mahu semua ini menjadi sia-sia. Perasaan dia dan Aween tak mungkin akan bertaut jikalau hanya dia yang merasa tapi Aween.. Entahlah !

“Karl, for just at least once! Tolonglah bagi tahu I apa yang you sedang rahsiakan dari I! I’m your wife and I need to know!” Aween tidak suka dirinya didustai. Tambahan pula perasaannya mula bercambah terhadap sang suami.

“Apa yang I dustakan? Aween, semua ini tak da gunanya lagi,” Karl mengeluh.

“I need to know mana you pegi selama ni sampai you selalu lambat ambik I dari kerja. I need to know mana you dapat duit banyak-banyak sampai you boleh bayar bil restoran semalam!” Aween seperti separuh menjerit. Perasaan dia meronta-ronta ingin tahu tentang Karl.

“Suatu masa nanti you akan tahu juga Aween,” Karl menjawab ringkas.

Hari Aween hari ini penuh dengan perjumpaan dengan klient. Tak dilupakan juga, Aween akan berjumpa dengan proksi pembekal tekstil yang baru. Kali ini Aween boleh menarik nafas lega setelah Fashionista terlepas dari beban hutang dan bankrupt. Semua ini disebabkan pembekal tekstil mereka yang baru itu. Tekstil yang ditawarkan mereka adalah dalam harga yang berpatutan disamping syarikat mereka juga turut serta melabur di Fashionista. Tapi sayangnya, Aween hanya dapat bertemu dengan proksi boss besar Syarikat KSHAH Holding sahaja. Pemiliknya masih belum dapat bertemu lagi. Walaubagaimanapun, ini sudah cukup rahmat buat Aween.

Masa juga berlalu dengan pantas. Lagi beberapa minggu, genaplah 6 bulan Aween dan Karl melayari bahtera perkahwinan yang hambar. Tiada cinta dan bahagia. Derita juga tidak timbul dalam soal ini. Mereka cuma suami isteri atas nama. Dalam tempoh 6 bulan ini jugalah Aween merindu dendam dengan Karl secara senyap-senyap. Takut-takut ahli keluarganya tahu. Takut juga Karl tahu yang dia menyimpan perasaan kepada sang suami.

Seboleh-bolehnya Aween mahu tahu ke mana Karl pergi setiap hari, apa yang dilakukan lelaki itu dan memeluk jejaka tersebut erat-erat sambil memanggilnya ‘baby’. Tapi semuanya sudah terlambat. Bak kata Karl sendiri ‘sudah tiada gunanya’. Hanya keajaiban yang mampu membawa Karl dan Aween bersama.

Karl membelek-belek rantai berloket hati yang diperbuat daripada emas putih itu. Di tengah-tengah hati itu, ada berlian sebesar ibu jarinya berkilau-kilau indah. Loket itu dianggarkan bernilai ratusan ribu ringgit. Kalau Aween tahu soal ini, pasti terkejut besar dia. Entah-entah Karl dituduh pencuri kerana memiliki loket ini.

“Hanya dia yang layak memakainya.” Karl memasukkan loket tersebut ke dalam kocek seluarnya. Kemudian dia memandu kereta Honda Accord miliknya ke destinasi pertemuan dengan sang kekasih yang dia cintai.

“Awak yakin yang boss awak tu akan datang?” Aween membelek jam Swatch miliknya. Sudah hampir pukul 9 malam.

“Sabar puan. Saya yakin Encik Shah akan sampai tak lama lagi. Dia bukan jenis orang yang memungkiri janji. Mungkin dia sibuk atau mungkin dia ada surprise untuk puan,” kata Tajul merangkap proksi untuk pemilik KSHAH Holdings.

“Surprise? Tapi saya dah tunggu lama ni. Hampir sejam tau,” Aween beria-ia mahu berjumpa dengan empunya syarikat tekstil yang menjadi penyelamat kepada syarikatnya.

Tiba-tiba sepasang mata milik Aween ditutup erat oleh tangan milik seorang yang tidak dikenali dari arah belakang. Aween cuba meraba-raba dan hatinya mula berdetak kencang.

“Aween

“Awak siapa? Tolong alihkan tangan awak dari mata saya,”

“Awak mesti kenal siapa saya hanya dari suara ini,”

Aween meragut tangan lelaki tersebut dari matanya. Kemudian cepat-cepat dia alihkan badan ke belakang untuk melihat siapakah gerangan sang jejaka yang bersuara itu. Aween terpaku seketika. Wajah jejaka itu adalah wajah yang tidak asing lagi dari pandangan matanya. Pandangan mereka bertaut dan Aween serta merta mendakapi jejaka tersebut. Oh Karlishah! Kini semua persoalan sudah terjawab. Karl bukan seperti yang dia sangkakan. Oh Karl,you were made for me!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience