BAB 6

Romance Completed 16163

Aween mula menangis. Bapanya tak pernah sebegini berang. Manakala Datin Zaiton, ibunya cuma mendiamkan diri dan langsung tidak menyebelahi Aween. Mereka berdua seakan-akan tidak percaya akannya. Walaupun Daniel, adik Aween cuba mententeramkan Datuk Hisham namun, mereka tetap menyalahkan Aween. Kata mereka, Aween tak habis-habis membuat masalah. Cukup-cukuplah dengan masalah kekasih Aween yang lepas. Ini ditambah pula dengan perkahwinan mengejut Aween. Semua masalah ini hanya akan memburukkan reputasi keluarganya sahaja.

“Datuk, saya minta maaf mencelah tapi saya rasa Datuk tak boleh menyalahkan Aween tentang hal ini. Saya yang bersalah. Ya, kerana sayalah Aween terpaksa berkahwin. Jadi Datuk hukum dan marahlah saya, bukan Aween,”. Tiba-tiba Karl bersuara. Kata-katanya meluruhkan sedikit kesedihan di hati Aween.

“Baiklah kalau kau dah berkata macam tu, aku nak kau buat sesuatu untuk aku,” Datuk Hisham mula mengeluarkan syarat-syaratnya.

“Kenapa awak cakap macam tu dengan papa saya? Awak tak kenal papa saya. Awak tak tahu apa yang dia boleh buat,”. Aween ternyata menyesal kerana tidak menghalang Karl dari menyetujui syarat bapanya tadi. Seburuk-buruk Karl pun, Aween tidak sekejam itu untuk menetapkan syarat yang bukan-bukan kepada Karl.

“Saya menuruti syarat tersebut kerana saya tahu saya yang bersalah. Lagipun, saya memang tak ada pekerjaan sekarang. Eloklah saya jadi driver awak. Pasal soal kita kena merahsiakan perkahwinan ini, saya rasa inilah cara yang terbaik untuk menutup malu keluarga awak. Saya pun tahu yang awak tak suka akan perkahwinan ni. Jadi, janganlah paksa diri awak tu. Untuk 6 bulan ni saya berjanji takkan sentuh awak dan akan turut semua arahan awak dan keluarga awak,”.

Karl bagi Aween adalah lelaki paling bodoh kerana menerima syarat-syarat bapanya. Karl seorang suami dan dia punya hak ke atas Aween dan punya pilihan untuk tolak semua syarat Datuk Hisham. Tambahan pula, Aween bukan gadis calang-calang. Dia jelita, berkerjaya dan ada segala-galanya yang boleh membuatkan wanita lain cemburu. Sesiapa yang memiliki Aween bermakna mereka memiliki semua kepunyaan wanita itu termasuk harta kekayaannya.

“Karl! Cepat! Awak tahu tak saya dah lambat ni !” Aween menjerit dari bawah. Sikap dingin dan arah mengarah Aween makin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Tambahan pula syarikatnya sekarang mengalami masalah. Fashionista Sdn. Bhd. tidak mampu membayar pembekal tekstil untuk membuat pakaian rekaan mereka oleh kerana masalah kewangan yang semakin merunsingkan. Kalau masalah ini tidak dapat dikawal dengan baik, ada kemungkinan Fashionista bakal bankrup!

“Yes ! Kejap saya turun, saya dekat toilet ni !”

“Awak ingat saya main-main ke? Ni lagi satu, tolong jangan panggil saya Aween. Panggil saya Cik Aween. Saya tak mahu pekerja saya dengar awak panggil saya dengan nama je,” Aween sedaya upaya cuba menutup soal perkahwinannya dari pengetahuan umum.

“Iya, awak tak perlu risau. Dah hampir 2 bulan saya buat kerja ni. Saya tak pernah terlepas cakap,” jawab Karl. Dia begitu sabar dengan sikap Aween yang tak menentu angin amarahnya itu.

“Eh kacaklah kan pemandu baru cik Aween tu. I like..!” Pekerja syarikat Aween mula bergosip. Sejak Karl mula bekerja dengan Aween, ramai pekerja Fashionista mula mengorat Karl. Ada yang memberi nombor telefon. Ada pula yang mahu belanja makan. Tapi Karl hanya menolak permintaan mereka secara lembut. Dia tak mahu menimbulkan masalah dan perkara yang dia dan Aween sorokkan selama ini terbongkar. Selain itu, hatinya juga sudah terpaut…

“Eh, apa yang awak semua pandang-pandang ni? Continue your work! Kalau tak mahu kerja boleh berhenti. Kurang beban syarikat ni!”, marah Aween.

Kata-kata pekerjanya itu bagai menusuk-nusuk hatinya. Makin lama makin menjadi-jadi. Lain kali Karl tak boleh masuk office lagi. Cukup setakat menghantarnya di luar saja.

“Karl, lepas ni awak tak payahlah lagi hantar saya sampai masuk dalam,”

“Kenapa? Awak cemburu?”

“Tak da masa saya nak cemburu,”

“Kalau awak cemburu cakap sajalah,”

“Tak!”

“Ye kan..”

“Tak! Tak! Taakkkkkkk!”

PANG! Aween menghempas fail di atas mejanya. Habis semua kertas-kertas lukisan hasil rekaan fesyennya berterbangan dan bertaburan di atas lantai. Kemudian dia terus keluar dari pejabat sambil menghempas pintu. Karl cuma menggelengkan kepala dan mengutip semua kertas-kertas ynag bertaburan di atas lantai. Sikap Aween yang panas baran itu tidak boleh dikawal lagi. Bila-bila dia rasa nak meletup, dia akan meletup saja tanpa memikirkan orang kiri dan kanan.

“Awak pergi mana ni? Dah dekat sejam saya tunggu tau!” Aween merungut. Sudah hampir sejam dia menunggu di luar koridor syarikatnya. Karl selalu sahaja lambat bila mahu menjemputnya pulang. Ada saja alasannya.

“Sorry sangat! Tadi saya ada hal sekejap. Jalan jammed pulak,”

“Awak ni kerja dengan saya ke awak ada buat kerja lain?!”

“Ermm.. tak saya cuma lambat sikit je. Sudahlah, awak masuk cepat.”

“Kalau saya dapat tahu..!”

“Awak nak saya bawak pegi makan?” Karl cepat-cepat menukar topik. Dia tak mahu Aween terus bertanya.

“Awak cuba tukar topik ye? Awak dah kahwin? Awak pergi jumpa anak bini awak kan??” Aween cuba menelah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience