BAB 5

Romance Completed 16163

Karl tersenyum melihat Aween. Dia juga membalas dakapan isterinya itu. ternyata perasaan mereka saling berbalas. Di kala ini, merekalah pasangan yang paling bahagia di dunia. Jodoh telah mempertemukan mereka dalam keadaan yang tidak sangka-sangka. Akhirnya cinta menguasai segalanya.

Kaki Aween menguis-nguis pasir pantai. Terasa berat kaki untuk melangkah. Kemudian selangkah demi selangkah kaki diangkat, tak tahu mana arah tuju. Matanya redup memandang segala sudut keindahan Pantai Miami, Pulau Pinang ini. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapu wajah mulus milik Aween membuatkan rambut ikal mayangnya berterbangan menutup muka. Kemudian dia menyisir rambut kembali ke belakang telinga.

Hatinya masih dalam keadaan remuk redam. Belum sembuh sepenuhnya akibat bahana putus cinta. Kekasih yang dia amat cintai mendustai dirinya dalam diam. Tak usah lagi dikenang perkara dahulu, kini masa untuk meneruskan hidup dan melupakan segalanya. Kedatangan Aween ke pulau ini sedikit sebanyak dapat menenangkan mindanya sebelum dia berangkat kembali ke Kuala Lumpur untuk meneruskan rutin harian bekerja menguruskan syarikat ibu bapanya.

Awan hitam mula berarak lambat-lambat memberi tanda hujan mahu turun selebat-lebatnya. Aween seakan-akan tidak mahu berganjak dari pantai tersebut. Mahu menikmati hujan yang bakal turun selebat-lebatnya. Dia mengumpamakan hujan yang lebat itu interpretasi hatinya yang sedang juga lebat dengan air mata.

Hujan mulai turun, perlahan dan kemudian lebat. Orang ramai yang bersantai di pantai tersebut naik ke darat. Ada yang berlari-lari anak dek tak mahu terkena hujan. Namun Aween sahaja yang masih disitu. Tak berganjak. Air matanya berhamburan. Aween tak mampu menahan lagi. Segala duka, amarah dan rindu dendam dilampiaskan. Hampir sepuluh minit Aween di situ. Hujan makin lebat dan ada sedikit guruh berdentum dentam.

Tanpa Aween sedari seorang lelaki berbadan agak tegap dalam lingkungan awal 30an menarik batang tubuhnya. Lelaki berkemeja lengan pendek putih dan berseluar pendek paras betis itu mendukung Aween dan membawanya ke sebuah pondok beratap rumbia tidak jauh dari kawasan pantai. Aween yang dalam keadaan terkejut meronta-ronta ingin dilepaskan dan menumbuk tubuh sasa lelaki yang dianggap gila itu.

“Eh ! Lepaskan aku orang gila! Apa kau tengah buat ni??” Jerit Aween sambil meronta-ronta mahu diturunkan,

“Eh? Siapa yang gila sebenarnya ni? Kau ingat aku suka dukung-dukung orang ni. Berat tau !” Balas lelaki bertubuh tegap itu. Kemudian dia terus melepaskan dukungannya ke bawah membuatkan Aween terjelepok ke atas tanah.

“Gila ! Gila! Kau memang lelaki sewel! Dahlah kau cempung aku macam tu je lepas tu bawak ke pondok ape tah ni. Kemudian kau lepaskan aku jatuh macam ni.” Ngomel Aween sambil mengurut-ngurut pinggulnya yang sakit akibat terhepap di tanah.

“Amboi sedap-sedap mulut awak cakap saya gila. Awak sedar tak sekarang ni hujan lebat? Yang awak duduk kat tengah pantai sorang-sorang tu kenapa? Nak kena panah petir?” Balas lelaki itu pula. Wajah lelaki tersebut makin memerah. Menahan marah agaknya.

“Ikut suka hati saya lah!” Jawab Aween sambil memandang kearah bertentangan. Air mata mengalir perlahan-lahan dari kelopak matanya.

Lelaki bertubuh tegap itu mendekati Aween dan kemudian membuka pakaiannya untuk diberikan kepada Aween sebagai pelindung dari kesejukan. Aween terdiam seketika dengan tindakan lelaki tersebut. Dia kemudian beralih tubuh kearah lelaki itu. Mata mereka saling bertaut. Dek kerana malu Aween menundukkan pandangannya. Sedar dengan tindakan itu, lelaki itu cepat-cepat berdiri sedikit jauh dari Aween.

“Hmm, awak ada masalah ke? Anyway, nama saya Karlishah. Awak boleh panggil saya Karl,” tegur Karl perlahan. Dia tidak mahu menaikkan lagi api kemarahan gadis ini.

“Saya okey. Tak apa-apa. Nama saya Aween,”. Jawab Aween ringkas sambil mengulas senyuman. Baju Karl ditarik-tarik menutupi bahagian dadanya.

“Tapi tadi saya tengok awak menangis, macam orang ada masalah. Kalau awak tak keberatan boleh ceritakan. Tapi kalau awak rasa saya bukan orang yang terbaik untuk mendengar, then it’s okey,”. Karl tersenyum memandang Aween. Dia cuma prihatin terhadap gadis dihadapannya ini. Aween dilihat seperti ada perkara yang terbuku di hati.

“Tak apa, saya okey saja. Anyway thanks sebab bagi pinjam baju ni dan thanks jugak sebab selamatkan saya tadi,”, kata Aween yang termalu dengan tindakannya sebelum ini.

Aween dan Karl berbual-bual kosong sambil ditemani hujan yang makin lama makin mengendur lebatnya. Namun perbualan mereka tiba-tiba tergendala apabila sebilangan penduduk kampung di kawasan sekitar pantai tersebut menyerbu mereka berdua. Mereka dituduh melakukan maksiat !

“Tok Imam, percayalah cakap kami. Saya dan dia tak buat apa-apa pun. Saya baru je kenal dia. Nama penuh pun tak tahu lagi !” Jelas Karl beria-ia. Dia sedaya upaya meyakinkan Tok Imam supaya tidak mengahwinkan mereka berdua.

Namun Tok Imam kelihatan seperti masih bertegas. Tambahan pula Karl dilihat tidak berbaju dan hanya berdua-duaan sahaja dengan Aween di pondok tersebut. Aween pula diam tak terkata apa-apa. Dia hanya mampu menangis dan berharap semua dugaan yang menimpanya sekarang ini akan berakhir. Sudahlah baru putus cinta, sekarang dipaksa kahwin pula!

“Tok tak boleh berlembut lagi dengan kamu berdua. Mahu atau tidak, rela tak rela kamu berdua mesti dikahwinkan! Tok tak mahu maksiat terus berleluasa!” Keputusan muktamad Tok Imam sudah dikeluarkan. Maknanya tiada lagi kompromi.

Akhirnya, Karl menikahi Aween dalam keterpaksaan. Aween menangis sepanjang sesi akad nikah dijalankan. Masakan tidak, dia langsung tidak mencintai Karl mahupun mengenali siapa Karl sebenarnya. Lagi pula, apa yang mahu dia beritahu kepada orang tuanya setelah sekembalinya dia ke Kuala Lumpur. Semuanya sangat menghimpit jiwa Aween. Rasa seperti nak mati saja!

“Aween, sampai hati kamu menconteng arang di muka kami? Kami tak sangka kamu tergamak memalukan mama dan papa!” Datuk Hisham naik angin. Kali ini Aween betul-betul menaikkan api kemarahannya.

“Papa, Aween tak sangka semua ini boleh terjadi. Percayalah pa, Aween ….”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience