BAB 5

Romance Completed 729

-Kata-kata adalah tamsilan rasa..
Melalui kata, rasa dijiwa dapat dizahirkan..
Hatta sedahsyat mana jiwa menanggung rasa,
Hanya Allah yang lebih mengetahui-

Grr…syahdunya mesej dia di pagi2 hari ni…Buka mata je terus dapat semangat…Makin tak sabar nak sampai ofis.. Aku berharap sangat dapat terserempak ngan Iskandar..Kini sudah lebih sebulan kami bermesej tetapi kami tidak pernah lagi bercakap secara berdepan..tapi aku rasa dekat sangat dengannya…sejujurnya…inilah kali pertama aku mendapat semangat yang luar biasa untuk meneruskan apa yang aku lakukan dalam hidupku…Dengan Iskandar, aku boleh bertanyakan apa sahaja…bab agama terutamanya…Dia bukanlah lelaki yang bercakap tidak tentu hala…Setiap percakapan pasti disulami dengan nasihat yang ku kira bukan semua orang yang seusianya mempunyai pengetahuan sedalam itu…

-Taman Firdausi..
Disitulah destinasi cinta abadi…
Pimpinlah cinta itu kerana cinta itu buta..
Tidak mengenal destinasinya..
Taman syurga…tempat musafir cinta yang Esa..-

Satu lagi mesej darinya mengejutkanku dari lamunan…Aduhai…mesej kedua inipun benar-benar membuatku syahdu….wake up Maira….wake up…nak mandi dan nak gi ofis…..nak jumpa Iskandar….nak jumpa Iskandar…huhuhu…dah giler aku nih…

“Maira…besday Nawwal 3 hari lagi,kan…nak beli hadiah apa ha”…kata Delin seperti berbisik…

“Urmm…kita tong2 duit la nak…dapat hadiah besar sikit…ajak la kawan2 lain join…kalu sorang rm5 pun dah banyak kita dapat…nanti kiter minta kat lain2..Esok kita cari hadiahnyer k…”aku memberi idea..

Keesokkan harinya di Selayang Parade…

“Kita beli teddybear pun ok kan…kita ada Rm80 ni…dapat teddybear yang besar ni…”aku memberi cadangan…

“Ok gak tu…Maira…ko tolong pilihkan untuk aku satu teddybear…aku pun nak beli satu la…”kata Delin

“Amboi…banyak duit…tengah2 bulan ni pun nak bershopping yer..baper budget?”soalku…

“Alaa…biar lar…budget dalam rm50. Tolong la…aku tak retila nak pilih barang2 gurlie ni..”rayu Delin…

“Oklah…kiter pilihkan untuk kamu bear yang cute ni…kecil jer tapi comel…urm…rm 30 jer…ok la tu…duit lebih tu simpan k…jangan boros sangat…”sempat lagi aku menasihati Delin…tapi dalam banyak2 bear, memang bear tu yang amat menarik perhatianku…

“Baik mak encik” balas Delin ngan muka kesian…hehehe…

Dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba Delin mengunjukkan bear yang dia beli tadi padaku…

“Naper lak ni?’soalku dengan kelakuannya itu…

“Actly ni hadiah dari Iskandar lah..dia suh aku pilihkan bear untuk kau”kata Delin sambil tersengih…

“Grrr….yer ke…naper tak cakap awal2?leh kita pilih yang besar sikit!!!” jeritku sekaligus mengundang mimik muka menyampah Delin..Hahaha…Tapi yang sebenarnya aku sangat terharu dengan kejutan ini…Iskandar..Iskandar…hati ku sudah mula jatuh sayang padamu…..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience