BAB 6

Romance Completed 729

Sudah hampir dua bulan aku menyulam kasih secara tak rasmi dengan Iskandar…kami jarang memperkatakan perasaan kami secara terbuka namun bahasa kiasannya mampu ku baca..Aku seperti biasa…still jual mahal…hehehe….

-Awak..apa pendapat awak mengenai saya?-
Mesej Iskandar malam itu membuatkan aku terfikir sejenak…ingin menyusun ayat sebaik mungkin…

-Erm…awak adalah seorang yang pemalu,berilmu dan sangat baik hati…saya suka berkawan dengan awak..-

-Itu saja?ehe…-

-Awak tak tinggal solat..susah tau nak cari lelaki yang tak tinggal solat sekarang ni..dah lama saya cari..-

-Jadi awak dah jumpa apa yang awak cari?-

-Sejujurnya saya dah jumpa tapi saya masih tak pasti samada saya perlu ikut kata hati saya atau prinsip yang saya pegang selama ini-

-Boleh saya tau apa prinsip awak?Itupun kalau awak tak keberatan nak berkongsi-

-Saya kurang mempercayai cinta…Bagi saya cinta ini menyusahkan…-

-Awak pernah mempunyai pengalaman bercinta yer…Gaya awak bercakap seperti awak pernah kecewa..-

-Ermmm…cinta monyet…awak tau tak, kami break hanyalah disebabkan saya tidak memandang matanya ketika bercakap..sangat kurang cerdik,kan…ntah lah…lelaki ni sangat pandai berpura-pura…bila dah bosan, dia akan mencipta alasan yang jelas-jelas memperlihatkan kebodohan dorang…

-Tak semua lelaki macamtu…
Awak…………..-

-Ye saya..-

-Saya sayangkan awak-

-Erkk…-

-Saya tau awak tidak mempercayai cinta…tapi izinkan saya untuk buktikan pada awak yang saya benar-benar ikhlas terhadap awak..Sudi tak awak menjadi puteri hati saya?-

-Kenapa saya?-

-Kerana awak sangat istimewa dan saya sangat yakin dengan kata hati saya……-

Mesej itu ku biar tergantung begitu…Ada airmata di tubir mataku…kenapa aku menangis…sesungguhnya aku tidak pernah merasakan perasaan seistimewa ini…huh…berat rasanya memikirkan perkara ini…memang ini yang ku tunggu-tunggu tetapi kenapa aku seperti tidak pasti?Arrrghhh….

Sudah seminggu aku tidak melayan mesej dari Iskandar…dan apa yang aku sedar. mesej dari Iskandar semakin hari semakin menunjukkan yang dia hampir putus asa…kasihan pun ada tapi aku perlukan masa untuk semua ini…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience