BAB 7

Romance Completed 729

-Awak..saya dah ada jawapannya…kita jumpa esok jam 10 pagi di foodcourt-
Akhirnya aku sudah ada keputusan yang muktamad sekaligus menamatkan ketidakpastiaan di hati Iskandar..

-Thanks wak…moga-moga ia adalah berita gembira…-
Balas Iskandar…

Mesej Iskandar ku biar sepi….

Di foodcourt…

“Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih pada awak kerana memberi peluang kepada saya untuk dikasihi dan disayangi…sememangnya selama lebih kurang 2 bulan mengenali awak, saya betul2 rasa bahagia…bahagia yang tidak pernah saya rasa sebelum ini…”kataku perlahan. Ermmm…seriusnya muka Iskandar menantikan ayatku seterusnya.

“Tapi saya tak nampak matlamat perhubungan kita selepas ini…Lepas ini masing-masing akan melanjutkan pelajaran, InsyaAllah…saya tak percaya kepada hubungan jarak jauh…bagi saya hanya 1 dalam 1000 hubungan yang berjaya…terlalu banyak halangan. Bagi saya ia memerlukan kepercayaan yang amat tinggi dan saya tak rasa lelaki boleh bertahan apabila kekasihnya jauh dari mata…Saya banyak mendengar dari teman-teman…Rata-ratanya tidak berjaya, wak…”jelasku tentang apa yang bersarang dalam hatiku…Ku lihat Iskandar sudah mula tertunduk…mungkin sudah mengagak keputusan yang bakal ku katakan….

“Kalau boleh saya tak nak bercinta dengan banyak lelaki, wak…apa guna bercinta banyak2 kali sedangkan hanya seorang yang bakal menjadi pasangan kita…Saya tau awak akan mengatakan yang saya ni pesimis orangnya tapi setakat ini, saya yakin dengan pegangan saya…Saya nak berikan hati saya pada yang saya lihat boleh menjaga saya sepanjang hayat saya…”jelasku lagi….Huh….bukan senang nak buat keputusan ini…

“Awak…apa keputusan awak sebenarnya…berterus-teranglah…saya janji saya takkan ganggu hidup awak lagi…cakaplah apa jua keputusannya…saya terima…mungkin bukan rezeki saya bertemankan awak…”sayunya suara Iskandar…

“Awak…saya tak tahu macamana nak bagitau keputusan saya…”semamangnya aku tak tahu bagaimana caranya untuk aku berterus terang…

“Macamnilah wak…kita akan gunakan cara ini..”Iskandar mengeluarkan kad touch n go nya…

“Buat apa kad ni wak? tanyaku hairan…

“Bahagian depan ini menandakan awak setuju dan dibahagian belakang ini menandakan awak menolak saya…Maira…saya pasrah dengan jawapan awak…fikirlah sebaiknya dan jika awak terima saya, jangan terima disebabkan simpati… jelas Iskandar dengan tindakannya itu…

Ouh…bijak Iskandar ni…dia tak pernah memaksaku jika aku tidak mampu menzahirkan dengan kata-kata…Ermmm…ku balik-balikkan kad yang diberikan kepadaku itu…tiba-tiba hati ku berbisik nakal untuk bermain dengan perasaan Iskandar…hehehe…Aku main-mainkan kad itu…Aku bawa kad itu mengelilingi air minuman aku dan Iskandar…Aku buat-buat muka serius..hehehe…selepas 5 minit tanpa kata, ku tarik nafas dalam2 dan ku minta Iskandar menutup mata…Ku tilik muka Iskandar sambil tersenyum…Comel bila dia cuak macam sekarang ni…hehe..dan perlahan-lahan ku unjukkan kad pada bahagian hadapan ke arah Iskandar…

“Awak boleh buka mata sekarang ni”mintaku…

Dan apabila Iskandar melihat sahaja keputusan positifku, dengan cepat dia menutup mukanya dengan saputangannya….hahaha…kelakar pulak aku tengok reaksi spontannya itu….perlahan-lahan dia menarik saputangannya kebawah dan kini hanya matanya sahaja kelihatan….grrrr…..comelnya dia wat camtu!!!hehehe…kulihat matanya sungguh bercahaya…atau mungkin sedang bergenang air mata??

“Awak…terima kasih banyak-banyak sebab sudi terima saya…Awak tau tak…awak hampir buat saya sakit jantung dalam masa nak dengar keputusan awak tadi…Dah la mula2 tu macam dah tolak saya…nakal jugak awak ni yer!!!….”Iskandar meluahkan perasaannya…hehehe…kesian pulak bila membayangkan muka cuak Iskandar tadi..Sorry sayang!!!hahaha….

Tarikh 22 Mac 2005 menjadi tarikh keramat bagi aku dan Iskandar….Apa yang pasti, aku cukup yakin dengan pilihanku ini…Aku cukup pasti yang Iskandar akan menjagaku dengan sebaiknya…menyayangiku setulusnya…Moga2 hubungan kami akan terus bahagia hingga ke akhirnya…Iskandar…I love u so much!!!!!so so so so much!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience