BAB 1

Romance Completed 729

“Maira…ada orang kim salam kat kau….budak sama tingkat ngan aku…”.Tegur Nawwal ketika kami keluar makan tengahari di foodcourt.

“Urmmm….saper…kiter kenal ke…kiter penah nampak ke?” balas ku malas. Ntahlah..aku rasa aku ni masih normal. Seleraku masih kepada lelaki tetapi aku rasa susah betul untuk aku terima lelaki dalam hidup aku.

“Ko tak perasan kot..Ala budak ni baru masuk…Dia bukan masuk sekali ngan kita semua…Dia masuk lambat sikit….hitam manis…macam hindustan….hehehe….”Delin tiba-tiba menyampuk.

Memang kami bertiga baru melapor diri bekerja di salah sebuah syarikat terkemuka itu. Nasib Nawwal dan Delin baik kerana mereka ditempatkan di tingkat yang sama. Aku je sorang boleh tercampak di tingkat 4 ni. Tapi buat masa ini ia hanyalah kerja sementara kerana kami masing-masing sedang menunggu peluang untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.

“Yer ke…nak kene balas salam dia balik ke…kiter tak kenal pun..muka pun tak penah nampak…malaslah” kataku sambil tergesa-gesa menghabiskan makanan. Kene cepat sebab nak berkejar solat Zohor di surau pula. Nawwal dan Delin tak tergesa sangat sebab di tingkat 11 ada satu ruang yang dikhaskan untuk bersolat. Taklah mereka kelam kabut sangat nak berebut di surau yang kecil itu.

“Sukahati engkaulah cik Maira…aku sampaikan je… nantilah aku tunjukkan yang mana satu mamat tu yer…takpun ko naik jer la tingkat kitaorang…dia duk sebelah meja Delin ni ha”..kata Nawwal sambil menghirup ABC.

“Eeeiii…seganlah tiba2 nak terjengul pulak…nampak sangat nak jual muka…nantilah korang tunjukkan…kalau ada,adalah…k la…naik dulu yek…jumpa balik nanti…”tingkahku apabila melihat jarum jam semakin menghampiri jam 2.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience