Zuleykha tersengih sambil memandang ke arah bosnya itu. Haikal pula berlagak selamba. Mana taknya,gadis pujaannya itu tersenyum memandang ke arahnya. Mahu rasa gugur jantungnya dek kerana gadis itu dari tadi memandangnya dengan senyuman. Zuleykha yang perasan dengan riak muka Haikal terus tidak lagi mengukir senyuman. Hari ini barulah dia dapat ke pejabat setelah dua hari lepas dia bercuti.
Zuleykha yang sedari tadi berdiri di hadapan Haikal itu terus menghulurkan tangannya. Sampul surat beralih tangan.
"Awak dah okey ke?"tanya Haikal yang seperti mengambil berat tentang gadis itu. Zuleykha mengangguk perlahan lalu menguntum senyuman.
Aduh! Senyum lagi! getus hati Haikal.
"Alhamdulillah,saya dah okey Encik Haikal. Yang tu surat saya."jawab Zuleykha lalu menuding jari ke arah surat yang bertukar tangan tadi.
"Alhamdulillah,kalau macam tu awak uruskan kerja awak yang dulu then kita pergi lunch."balas Haikal selamba tanpa memandang wajah Zuleykha yang terlalu manis baginya. Zuleykha pula sedikit terkejut. Lunch? Wah,terus main ajak je?getus hatinya.
"Lunch?"tanya Zuleykha sepatah. Sesekali dia membetulkan cermin matanya. Memang gadis itu memakai cermin mata. Rabun jauh. Sejak bila? Sejak dari bangku sekolah lagi. Tetapi gadis itu jarang memakai kaca matanya. Itupun kalau dia sedang berkerja.
"Oh,ya. Saya lupa nak bagitau. Kita lunch bukan berdua. Client ada ikut sekali. Awak jangan nak fikir bukan-bukan pula."ujar beliau. Takut gadis dihadapannya itu salah faham. Manalah tak salah fahamnya,jarang sekali mereka lunch. Bukan jarang. Ni baru ketiga kalinya.
"Oh,Encik Haikal nak suruh saya sediakan apa-apa tak? Nazira ikut sekali?"tanya Zuleykha.
"Tak payah nak sediakan apa-apa sebab Nazira ikut juga."jawab Haikal.
"Oh,kalau Nazira ikut. Kenapa saya ikut juga?"tanya Zuleykha.
Glup. Baru je nak bawak keluar sekejap. Dah tanya lebih-lebih. Haikal tersenyum lalu menurunkan kaca matanya. Pandangannya ditujukan kepada gadis yang berdiri tidak jauh darinya. Tajam pandangannya itu. Sengaja!
"Erk,okey."jawab Zuleykha sambil matanya terkebil-kebil lalu mula melangkah ke luar dari bilik pejabat bosnya. Haikal pula tersenyum nakal. Hah,kan dah kena pandangan tajam aku! getusnya sambil menggeleng kepala.
~~~
Zulashiem memberhentikan keretanya. Enjin dimatikan. Dia keluar lalu langkahnya diatur menuju ke hadapan pintu rumah banglo mewah iaitu rumah mereka. Kaya la katakan!
"Assalamualaikum."ucapnya sambil menanggalkan kasut.
"Waalaikumussalam."kedengaran serentak beberapa suara orang. Zulashiem mengangkat kepalanya. Asal riuh ni?
"Uncle Zul!!!"jerit seorang budak lelaki lalu berlari ke arah lelaki yang baru sampai tadi. Dilihat dari reaksi muka budak lelaki itu. Ceria sangat apabila bertemu dengan uncle kesayangannya itu.
"Eh,hero uncle!"sahut lelaki yang berada didepan pintu. Dipeluknya erat budak lelaki tadi. Sungguh dia rindu untuk menatap dan memeluk anak buahnya itu.
"Zul!"panggil seseorang. Zulashiem mengangkat kepala lalu tersenyum.
"Bila akak sampai?"tanyanya sambil mula melangkah ke ruangan dapur. Zalifah, kakaknya.
"Dua orang je ke?" Zulashiem melabuhkan punggung. Tumpuannya kini lebih menikmati makanan yang telah dihidangkan oleh Ain dan mamanya.
"Baru je tadi. Ni pun datang nak jenguk mama dengan Zul. Ariff ni pun rindu sangat orang dalam rumah ni."balas kakaknya sambil tersenyum.
"Ariff!"
"Ye uncle."sahut Ariff iaitu anak kepada kakaknya,Zalifah. Semangat betul.
"Lepas ni jalan,nak?"tanya Zulashiem. Memang Ariff tempat dia bermanja selain mamanya.
"Nak,nak."
"Okey,kalau macam tu Ariff kena jadi budak baik dulu tau. Baru uncle boleh bawak."
"Okey."balasnya lantas.
"Erm,akak dengar kamu dah nak kahwin."
Zulashiem yang sedang menjamah kuih lapis terbatuk. Hampir keluar kuih yang ada di mulutnya itu. Memang tersedak betul lelaki itu. Tidak dengan itu matanya terbuntang. Akak biar betul ni,getus hatinya.
"Kahwin?" Zulashiem ketawa.
Puan Anita dan Zalifah berpandangan. Ain yang berada di dapur pula memasang telinga. Kahwin? Biar betul Tuan Zul nak kahwin? Dengan siapa? Calon dah ada ke? Issh,tak boleh jadi ni!
"Kamu dah kenapa wahai Zulashiem. Takkan mama belum bagitau lagi?"kata-kata Zalifah membuatkan Zulashiem memberhentikan ketawanya. Sah,mama punya kerjalah ni!
Zulashiem memandang mamanya. Puan Anita tersenyum menampakkan giginya lalu mengangkat bahunya serentak.
"Mamaaaa."panggil Zulashiem lalu tersenyum hambar.
Zalifah pula tertawa kecil melihat dua beranak itu.
~~~
SEMINGGU BERLALU
Zuleykha tersenyum tatkala matanya mulai memandang jari manisnya. Ya, akhirnya dia menjadi tunang orang pada tiga hari yang lalu. Tapi entah sampai bila dia nak tengok siapa tunangnya itu. Nama pun dia tidak tahu. Sengaja mamanya rahsiakan. Yang dia tahu tunangnya itu anak kepada sahabat baik mamanya. Mana taknya masing-masing sibuk. Nasib lah janji temu bersama tunangnya itu esok. Tak habis-habis dia bayangkan bagaimana muka tunangnya itu. Ada janggut ke? Misai? Sesekali keluar tawanya apabila menduga bagaimana wajah tunangnya.
"Cukup-cukuplah senyum tu,tau la cincin tu cantik."sindir Farhana,rakan sepejabatnya sekaligus. Zuleykha tertawa kecil. Jealous la tu!
"Tak payah nak sindir sangatlah. Kau juga kan suruh aku cepat-cepat kahwin. Dah ni aku bertunang. Insyaallah sampai ke jinjang pelamin."kata Zuleykha perlahan lalu ditunjukkan cincinnya itu.
"Amiin."balas Ros sepatah.
"Apapun tahniah Eykha. Dah jadi tunang orang gituu."Ros mengenyit mata. Zuleykha tertawa.
"Bila kau nak jumpa tunang kau tu? Eh,jangan tak jumpa pulak. Kalau boleh jumpa awal-awal supaya kau tau rupa bakal suami kau kot-kot dia tu--" dia tau kawannya itu belum pernah berjumpa dengan tunangnya sendiri.
"Taklah. Dia anak kawan mama aku juga. Mesti orangnya baik."
Ya,dia berharap sangat tunangnya itu orang yang baik-baik. Lagipun dia dah bincang dengan mama dan papanya itu. Mereka setuju.
"Jadi setujulah ni?"tanya puan Jubaidah tiga hari yang lepas sambil memandang wajah Zuleykha yang sedang tertunduk malu. Zuleykha mengangguk perlahan sambil tersenyum.
"Alhamdulillah."mamanya mengukir senyuman.
~~~
"What??? Tunang?"wajah lelaki itu terlihat serius. Serius tak serius. Gadis pujaannya sudah menjadi tunangan orang. Panggilan ditamatkan. Lelaki itu terlihat kesal. Siapa tunangnya? Handsome ke dari aku? Tak boleh jadi ni? Kena siasat! Lantas tangannya mendail satu nombor.
"Hello."
"Ada kerja yang kau perlu buat. Pasal duit kau jangan risau la." Haikal mengangguk. Harapan lelaki itu masih ada. Selagi gadis yang bernama Zuleykha belum bergelar isteri orang,masih ada peluangnya.
~~~
Zulashiem menyambut panggilan telefonnya. Siapa pulak ni? Takkan mama lagi. Baru sebentar tadi mamanya menelefon dia. Kata mamanya janji temu mereka sudah ditetapkan. Harinya esok. Hari Ya,esok barulah dia sendiri akan bertemu dengan tunangnya tapi bertemankan mamanya dan Puan Jubaidah. Janji temu dengan bakal isteri. Setelah mendengar khabar itu, Zulashiem tersenyum. Biarlah mamanya menguruskan semuanya kerana dia sedang belajar untuk menerima pemergian bekas tunangnya itu. Dia berharap semoga pertunangannya ini dapat menamatkan zaman bujangnya. Sungguh susah dia melupakan kenangan dengan perempuan yang bernama Kelbica.
"Waalaikumussalam,oh kau ingatkan mama aku tadi."kata Zulashiem yang kini sedang memandu untuk pergi ke pejabatnya.
"Lunch? Masih awal."
"Tengoklah nanti. Kat tempat biasa kan?"jawabnya lagi. Panggilan ditamatkan.
Share this novel