Bab 2

Romance Series 2406

Zuleykha melangkah masuk ke kafe yang mamanya sebut tadi. Matanya meliar mencari kelibat mamanya. Seketika dia mula ternampak kelibat dua orang wanita yang sangat dia kenali. Senyuman diukir lalu langkahnya diatur.

Puan Jubaidah yang sedari tadi berbual mesra kini menghalakan pandangan matanya ke arah satu tubuh yang mula mendekati mereka. Wanita itu tersenyum bangga manakala wanita yang dihadapannya itu juga menghalakan pandangan ke arah yang sama. Sehinggalah Zuleykha tiba sambil tersenyum.

"Assalamualaikum,mama,Aunty Nita."suara tadi kedengaran dan gembira. Dengan serta merta,Puan Anita berdiri tubuh gadis itu dipeluk erat olehnya. Seketika mereka berlaga pipi. Zuleykha menghulurkan tangan tanda mahu menyalami tangan wanita itu. Rindu! Mana taknya dah 15 tahun kot tak berjumpa dengan gadis itu sejak dia berpindah.

Zuleykha duduk disebelah mamanya lalu menyalami tangan mamanya juga. Anita tersenyum lebar. Sopan sungguh gadis itu! Apatah lagi apabila mengenakan baju kurung dan tudung bawal berwarna merah.

"Aunty sihat? Dah lama Eykha tak jumpa Aunty Nita."kedengaran gadis itu seperti merajuk. Namun gadis itu mengawal nadanya. Takut merajuknya ketara. Zuleykha menundukkan kepala.

"Alhamdulillah,Aunty sihat, Eykha sihat? Makin cantik la sekarang Eykha ni."pujinya sambil tersenyum melihat gadis itu. Zuleykha tersenyum malu.

"Alhamdulillah,sihat je Aunty."balas Zuleykha sambil memandang wajah Puan Anita.

"Sekejap ya saya nak pergi toilet dulu."pinta Puan Jubaidah. Zuleykha mengangguk perlahan lalu membetulkan posisi tempat duduknya. Puan Anita pula tersenyum. Dilihatnya kawannya itu sudah berlalu.

"Eykha...Aunty nak tanya sikit,boleh?"jawab Zuleykha lantas tanganya mencapai Puan Anita. Ditepuk perlahan tanda mesra.

"Eykha dah ada teman lelaki... maksud aunty,Eykha ada tak seseorang yang istimewa?"tanyanya. Mana taknya, hatinya mulai berkenan dengan gadis itu. Boleh juga dijadikan menantu. Getus hatinya.

Zuleykha tersenyum. Tak sangka soalan itu ditujukan kepada dirinya. Sungguh hatinya belum pernah terpaut kepada mana-mana lelaki. Tentu sahaja dia masih tidak mempunyai seseorang yang istimewa. Difikirannya hanya mama dan papanya itu. Biarlah dia hanya ingin menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerjayanya. Dan dalam pada itu,dia sentiasa ingin membahagiakan orang tuanya. Membahagiakan ibu bapa sudah cukup membuatkan hatinya gembira.

Puan Anita melihat wajah gadis yang dihadapannya itu. Sedari tadi gadis itu cuma tersenyum.

"Eykha?"panggil Puan Anita.

"Erm..."Zuleykha sedikit terkejut lalu mematikan lamunan tadi.

"Aunty minta maaflah kalau soalan Aunty tadi membuatkan hati Eykha tersinggung. Aunty bukan apa...cuma tanya je kalau-kalau Eykha dah ada someone special."kata wanita itu sambil menundukkan pandangan.

"Eh,tak apa Aunty... Eykha ok je... sebenarnya Eykha tak ada pun someone special yang aunty cakap tu."Zuleykha tersenyum manis.

"Oh,i see."balas Puan Anita. Ada peluang ni!getus hatinya mulai memasang harapan yang tinggi. Boleh juga aku jadikan dia sebagai menantu. Harap berkenan dengan hati anaknya itu.

Puan Jubaidah sampai ke meja mereka. Senyuman diukir.

"Ada apa-apa yang saya terlepas tak?"soalnya bergurau lalu mengambil tempat duduknya semula.

Zuleykha tersenyum. Puan Anita pula melepaskan ketawa kecilnya.

"Ada-ada sajalah mama kamu ni Eykha."balas Puan Anita.

Zuleykha tersenyum manis sehinggalah menampakkan lesung pipitnya. Lamanya dah tak berkumpul macam ni,getus hatinya.

Sungguh gadis itu bukan sahaja cantik di mata Puan Anita malah sungguh baik hatinya. Wanita itu tersenyum lantas dilihatnya wajah sahabat baiknya. Nanti aku akan tunaikan hajat ku itu, getus hatinya.

~~~

"What!??" Zulashiem yang tadi menghirup kopi panasnya tersedak sedari tadi Puan Anita membincangkan tentang soal perkahwinannya. Huh,siapa je yang tak terkejut, mamanya itu sedang merancang segalanya tanpa memberitahu bahawa dia akan dijodohkan dengan seorang gadis yang tidak dikenali mahupun mengetahui isi hati gadis itu. Dahlah namanya pun aku tak tahu hmmm. Macam mana aku nak kahwin dengan perempuan tu kalau aku tak ada perasaan langsung! getus hatinya.

Puan Anita yang sedari tadi menepuk-nepuk belakang badan anak lelakinya itu berhenti. Itulah gelojoh sangat kan! getus hatinya.

"Zul,boleh tak kalau minum tu perlahan-lahan...ni tak, kan dah tersedak tu."bebel Puan Anita lalu menyenduk nasi goreng yang masih panas itu.

"Cuba mama ulang balik...Zul tak dengarlah."pinta Zulashiem. Sesekali dia terbatuk kecil. Sengaja! Harap perkataan tadi tidak lagi terkeluar dari mulut mamanya itu. Dia berharap sangat.

"Eh, takkan anak lelaki mama ni dah pekak?"disindir anak lelakinya itu. Dia tahu benar sikap anaknya. Sebut sahaja tentang perkahwinan mesti anaknya itu pasti mengelak darinya. Dia tahu selepas anaknya itu putus tunang. Anak lelakinya itu tidak lagi percaya dengan mana-mana perempuan. Alasannya kerana pintu hatinya sudah tertutup. Boleh ikut tingkap kan,kata mamanya yang setiap kali anaknya itu memberi alasan tadi. Dan setiap kali itulah,pecah tawa Zulashiem. Terhibur melihat mamanya. Macam mana tak tertutup dah dia tak bagi ruang untuk mana-mana wanita masuk,getus hatinya. Kalau nak dikatakan handsome,dah tahap meletup dah sebab banyak perempuan kat luar sana yang tergila-gilakan anak lelakinya itu. Kononnya dia masih ingin mengejar kerjayanya sebagai pengurus syarikat. Sejak kerana ayahnya telah meninggal dunia, dialah yang selama ini cuba berusaha untuk mengambil alih jawatan papanya itu.

Padahal umurnya sudah mencecah 30 tahun. Takkan nak sampai mama dah tua sangat baru nak timang cucu! bisik hati mamanya. Risau kalau anak terunanya masih belum berkahwin. Ni jangankan kahwin,teman wanita pun tak ada lagi.

"Mama cakap...yang mama nak kenalkan Zul dengan anak kawan mama. Zul ingat lagi tak Aunty Jubaidah,ingat lagi tak?"tanya mamanya. Ah,sudah macam lokap pula main soal-soal ni,getus hati Zulashiem yang dari tadi tidak senang duduk. Oh,kenalkan belum jodohkan lagi...hmm,getus hatinya lagi.

"Ain!"panggil Puan Anita lembut. Tidak lama kemudian datang seorang gadis yang memakai apron sejak tadi.

"Ya,puan."jawab Ain,pembantu rumah mereka. Dia akan bekerja setiap hari,namun pada malam harinya,gadis itu akan pulang ke rumah sewanya. Nak diikutkan,mahu saja Puan Anita menyuruh dia tinggal di sana. Tidaklah gadis itu berulang alik. Tetapi hasratnya itu terbatal apabila anak sulungnya itu, Zulashiem tidak menyukai gadis itu tinggal di rumah mereka. Bukan apa kot-kot la mamanya tak ada di rumah,hanya dia dan gadis itu...tak ke bahaya. Nak kena tangkap khalwat ke apa!

"Malam ni Ain boleh balik awal sikit ya...sebab Aunty keluar makan kat luar ya."kata Puan Anita sambil tersenyum. Ain yang menjeling ke arah Zulashiem yang dari tadi tidak memandangnya. Hmm, punyalah cantik aku pakai baju kurung hari ni,kau tak tengok. getus Ain.

"Hah,mama nak ke mana?" soal Zulashiem pelik. Ke manalah mama nak pergi ni.bisik hatinya.

"Oh,ya...Zul jangan lupa pula,kita dinner boleh?" Puan Anita tersenyum. Mengharap anaknya akan mengikutinya. Jarang benar anaknya itu keluar dengannya. Duduk terperuk saja dalam rumah,kalah anak dara.

"Tengoklah mama,Zul tak tahu la... kalau Zul tak pulang lewat,Zul janji akan datang...mama send ja mesej kat Zul,kat mana lokasi tu,tahulah Zul nak cari."jawab Zulashiem selamba. Ain tersenyum nipis. Matanya memandang Zulashiem.

"Ok, Puan,saya akan balik lepas semua kerja saya dah selesai."balas Ain lalu melangkah masuk dapur. Puan Anita mengangguk perlahan.

"So,oh ya Aunty Ju...tapi kenapa dengan Aunty Ju?"tanya Zulashiem kembali. Puan Anita mengetap bibir. Sabar jelah,bisik hatinya. Pada masa yang sama hatinya terhibur kerana melihat anaknya itu seperti kebingungan. Erm,bertuah punya budak!

"Hmm?" Zulashiem sedikit pelik lalu dipandangnya jam tangan.

"Astaghfirullah,mama,Zul dah lambat ni...nak kena cepat,lupa pula ada meeting jam 8 ni."kata Zulashiem lalu tangannya sempat mencapai roti bakar. Digigitnya separuh roti itu lalu diletakkan kembali di pinggan sambil langkahnya diatur cepat mendekati tubuh mamanya.

"Bye,mama, assalamualaikum."ucap Zulashiem lantas memberikan satu ciuman kepada mamanya. Wanita itu tersenyum lantas membalas ciuman kedua-dua belah pipi anaknya.

"Hati-hati pandu kereta tu."sempat Puan Anita berkata. Harap-harap anaknya itu akan memberi peluang untuk menjadikan Zuleykha sebagai menantunya. Amin! getus hati Puan Anita

Share this novel

Sur Anna
2020-12-08 19:00:36 

:)

Aryssa Dianna
2020-12-08 17:37:27 

Wey ada Jubaidah wey!


NovelPlus Premium

The best ads free experience