Zulashiem yang baru sahaja sampai di bilik pejabatnya terus mengambil tempat duduknya. Badan disandarkan lalu mata dipejamkan. Sesekali keluar keluhannya. Fikirannya masih teringatkan mamanya yang menginginkan dia berkahwin. Sememangnya dia tidak mahu menamatkan zaman bujangnya tapi kalau umur dah meningkat. Takkan nak tunggu lama-lama.
"Zul,mama nak cakap sikit boleh?"tanya mamanya yang memulakan perbualan dahulu. Zulashiem meletakkan semula cawan yang dipegangnya itu. Tumpuannya lebih terarah kepada mamanya.
"Bila lagi mama nak ada menantu?"tanya mamanya yang sedikit kecewa. Zulashiem mengeluh perlahan. Sungguh hatinya belum pernah berhenti untuk mencintai seorang perempuan yang bernama Kelbica. Sepanjang dia mengenali perempuan itu hidupnya selalu indah. Tawanya selalu bertemankan dengan tawa gadis itu.Mereka selalu meluangkan masa bersama. Sehinggalah mereka bertunang. Namun semua impiannya hancur tatkala gadis itu terlibat dalam satu kemalangan yang hingga meragut nyawa gadis itu. Sungguh dia tidak dapat menerima hakikat bahawa gadis itu telah tiada. Cuma tinggal tiga hari lagi mereka akan bergelar suami isteri. Sejak dari hari itu, Zulashiem berubah. Dan sejak dari hari itulah, seorang perempuan pun tidak pernah berjaya bertakhta dihatinya. Meskipun telah banyak perempuan yang mendekatinya,dia tetap tidak mahu menjalinkan hubungan dengan sesiapa pun.
"Bila mama nak ada menantu?"pertanyaan mamanya masih terngiang-ngiang di telinganya.
Tok! Tok! Tok!
Ketukan pintu biliknya membuatkan Zulashiem membuka matanya. Serta merta lamunan tadi terhenti. Badannya ditegakkan.
"Masuk!"katanya.
"Boss, sebentar tadi kita akan bermesyuarat."beritahu setiausahanya, Yana lalu menguntum senyuman. Zulashiem mengangguk perlahan. Gadis itu mula melangkah keluar seraya bosnya itu mengangguk tanda faham.
~~~
Zuleykha mengekori langkah Haikal. Baru sebentar tadi mereka disuruh untuk mengikuti mesyuarat akan diadakan di Syarikat Bloods Megah. Sepertinya dia terkejut tetapi setelah diberitahu oleh bosnya, Haikal barulah dia faham yang mesyuarat itu adalah mesyuarat tergempar. Mereka yang terlibat dalam suatu projek itu turut dipanggil sertai himpunan tersebut. Langkah Haikal yang semakin cepat itu membuatkan langkah Zuleykha juga turut ikut sama.
Sesampai sahaja di bilik mesyuarat. Semua ahli yang terlibat dijemput duduk. Kehadiran Zulashiem membuatkan semua orang lebih bersemangat untuk meneruskan perbincangan. Mereka tahu pemuda itu memang cekap dan bijak dan cekap dalam membuat sesuatu keputusan.
Tidak sempat Haikal memperkenalkan diri Zuleykha Zulashiem dengan serta-merta mempelawa mereka duduk bersebelahan tidak jauh dengannya. Zuleykha terkebil-kebil memandang wajah Haikal. Haikal pula membalas pandangan tersebut dengan senyuman. Tempat duduk diambil. Perbincangan diteruskan.
~~~
Ting!
Bunyi yang menandakan masuknya mesej itu membuatkan Zulashiem mencapai telefonnya. Dibukanya aplikasi WhatsApp yang sudah lama dia tidak membukanya. Maklumlah jadi pengurus syarikat ni bukannya selalu ada masa untuk melayan perkara yang tidak seberapa penting. Kalau kerja, memang kerja diutamakan dahulu.
Haikal - Aslm,kau free tak tengahari ni? Jom lunch!
Zul - Wslam, okey. Kat mana?
Haikal - Tempat biasalah,bro.
Zul - Okey.
~~~
"Lama dah aku tak jumpa kau Zul. So, apa status kau sekarang?"tanya Haikal dengan selambanya. Dia tahu sahabatnya itu berpindah ke Paris. Setahunya, sahabatnya itu berpindah kerana mahu melupakan segala kenangan bersama tunangnya itu. Memang dia tahu sahabatnya itu sangat mencintai gadis yang bernama Kelbica, tetapi dia turut bersimpati dengan gadis itu setelah mendengar khabar bahawa gadis itu telah meninggal dunia. Sejak hari itu,dia ingin memberikan masa kepada sahabatnya itu supaya dapat lupakan masa lalu dan redha dengan pemergian tunangnya itu.
"Status?"tanya Zulashiem kembali. Haikal tersenyum badan disandarkan.
"Kau ni Zul...tak berubah langsung kan. Sejak dari dulu lagi,kalau tak tanya aku balik tak sah kan."balas Haikal. Sungguh hatinya geram. Kita tanya dia,dia boleh pula tanya balik? haih,bertuah punya sahabat, getus hatinya.
Zulashiem melepaskan ketawa kecilnya. Jus Oren dihirup.
"Relaks la aku gurau je."jawab Zulashiem.
"Aku tak kahwin lagi. Aku nak uruskan kerjaya aku lagi."jawab Zulashiem lagi.
"Seriuslah takkan awek kat Paris tu takde sangkut kat kau. Ke kau yang jual mahal ni...come on lah Zul,aku nak rasa juga nasi minyak orang. Dah lama aku tak makan."usik Haikal lalu tertawa kecil. Zulashiem mengecilkan matanya ke arah Haikal. Amboi amboi sedapnya dia kata. Ingat senang ke nak kahwin. Besar tanggungjawabnya,bisik hatinya.
"Kalau kau nak makan,kau kahwin la sendiri. Bukan kau dah ada calon ke hari tu,hah ajaklah dia kahwin sekali. Kan senang."balas Zulashiem menyindir.
"Calon tu memanglah ada. Tapi--" Haikal memberhentikan ayatnya. Kening Zulashiem terangkat.
"Tapi apa? Takut nak masuk meminang? Ke kau takde pengapit? Aku kan ada."beritahu Zulashiem sambil tersenyum. Harapan dunia bangsa ni,puji dirinya dalam hati.
"Kalau pasal pengapit tu mestilah kau, takkan orang lain pula. Kau kan sahabat dunia akhirat aku." Haikal tersenyum. Bila fikir balik, dia dengan Zulashiem dah lama rapat. Sejak dari darjah satu lagi hingga ke U.
"So?"tanya Zulashiem.
"Perempuan tu tak tahu yang aku suka dia."jawab Haikal separuh kecewa.
"La,apa susah bagitau je la kat dia."cadang Zulashiem. Dipandangnya wajah sahabatnya itu.
"Aku bukannya tak nak bagitau cuma aku kenalah rapat sikit kat dia. Barulah aku boleh nak luahkan perasaan aku kat dia,then masa tu aku nak tengok jugalah reaksi dia macam mana."panjang lebar Haikal jelaskan. Sah dia betul-betul sukakan perempuan itu.
"Ikut kau je la Kal oi,jangan terlepas sudah."kata Zulashiem sambil tersenyum.
"Kau tak nak bagitau ke siapa perempuan tu?"tanya Zulashiem sambil memandang wajah Haikal yang tersenyum nipis itu. Kacak. Memang benar lelaki itu memang kacak. Jadi tak hairan banyak perempuan diluar sana yang tergila-gilakan lelaki seperti Haikal itu. Kalau nak dibandingkan dengan Zulashiem pula,kalah jejaka yang bernama Haikal itu. Zulashiem memiliki wajah yang tidak kurang tampannya. Badannya yang tegap itu selalu diselaputi dengan kemeja lengan panjang. Kalau ketinggian pula, Zulashiem memang tinggi. Boleh dikatakan sama tinggilah dengan Haikal.
"Hah,yang paling penting...nama dia apa?"tanya Zulashiem yang seperti ingin mengetahui lebih lagi tentang perempuan itu. Bukan apa kalau dia dengan Haikal,lelaki itu tidak pernah memberitahu isi hatinya. Nah,ni kan dah ada peluang! Apalagi? Korek lah lagi! seloroh dalam hati Zulashiem.
"One day kau akan tahu jugak."jawab Haikal separuh berahsia. Haraplah impiannya itu tercapai. Amiin,getus hatinya. Berharap gadis yang bernama Zuleykha itu akan bergelar jadi isterinya.
Share this novel