Bab 4

Romance Series 2406

"Eykha."panggil mamanya lembut lalu menggenggam tangan anak perempuannya dengan kemas. Sesekali ditepuk-tepuk perlahan. Zuleykha yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di sofa itu memandang wajah mamanya. Serius nampak,getus hatinya. Hari ini Zuleykha ambil cuti. Kalau tidak memang sekarang ni dia akan pegang pen dengan kertas. Entah kenapa dia berasa pening kepala. Jarang sekali dia sakit,tetapi sejak dari subuh tadi, dia berasa tidak sedap badan. Padahal gadis itu tahu. Tekanan darahnya rendah. Mahu sahaja mamanya itu mengajak dia pergi ke hospital kot-kot la kalau ada masalah lain. Tetapi gadis itu menolak. Katanya sekejap sahaja peningnya itu, selepas itu hilang juga. Degil. Memang dialah gadis yang degil itu. Ajak sahaja pergi ke hospital. Memang gadis itu mula memberikan alasan. Nasib sahaja alasannya itu munasabah.

"Ya,mama... kenapa?"jawab Zuleykha. Gadis itu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada mamanya.Macam mustahak je,getus hatinya lagi.

"Eykha...bila lagi mama nak ada cucu?"tanya mamanya. Setelah sekian lama akhirnya wanita itu menanyakan soalan seperti itu. Dia risau kalau anak daranya itu masih lagi tidak mendirikan rumahtangga. Zuleykha yang mendengar soalan mamanya itu terus menahan ketawa.Dan akhirnya meledak juga tawanya itu. Apalah mama ni, Eykha belum kahwin lagi dah tanya bila nak dapat cucu,bisik hatinya. Puan Jubaidah membesarkan matanya. Orang punyalah main serius,boleh pula anak mama ni ketawa. Kalau macam ni jangankan cucu, menantu pun tak dapat lagi. Asyik gurau je kerjanya,getus puan Jubaidah lantas memukul paha gadis itu. Zuleykha mengadu kesakitan lalu menggosok-gosok pahanya. Puan Jubaidah menjeling tanda merajuk. Zuleykha memeluk mamanya. Nak kena pujuk lagilah tu.

"Alah,mama ni sikit-sikit nak merajuk. Tak nak kawan baru tau."rengek Zuleykha manja. Mana tak manjanya,anak tunggal la katakan. Zuleykha melepaskan pelukannya lalu menyilangkan tangan sambil memuncungkan mulutnya. Nah,sudah! Bermula sudah perang dunia kedua. Puan Jubaidah pula masih duduk bersebelahan dengan anaknya itu.

"Haih,dua beranak ni dah kenapa?"muncul satu suara di belakang mereka. Sejak dari tadi dia berdiri di tangga. Memerhati permaisuri dengan puterinya itu. Jelas sekali dia nampak isterinya itu dengan anak perempuannya itu leka berbual. Syahrir. Ayah kepada Zuleykha. Lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an itu mula melabuhkan punggungnya di antara tempat duduk isteri dan anak perempuannya itu. Perang lagilah ni,getus hatinya. Padahal lelaki itu tahu perang yang berlaku hanya akan tamat selepas beberapa saat. Syahrir tersenyum.

"Kenapa ni?"tanya Syahrir lantas tangannya mencapai alat kawalan jauh.

"Awak tanyalah anak kesayangan awak tu."jawab Jubaidah.

"Papa tanyalah mama tu."balas Zuleykha. Serentak.

"Haih dahlah. Awak tu Ju...dah tua-tua ni takkan tak nak mengalah dengan anak awak ni."kata Syahrir. Jubaidah merapatkan badannya. Kepala dilentokkan pada bahu suaminya itu.

"Saya bukan apa bang. Kita makin lama makin tua,bukan makin muda. Bila lagi kita nak timang cucu. Awak tau kan saya teringin sangat nak ada cucu. Ramai pun takpe. Ni? jangankan cucu,bakal menantu pun takde lagi."kata Jubaidah. Zuleykha yang mendengar, membesarkan matanya. Ramai pun takpe?Gulp. Zuleykha tersenyum pahit. Dia yang berada disebelah papanya itu terus merapatkan badannya. Kepala juga dilentokkan. Syahrir tersenyum. Manja sangat dua beranak ni,getus hatinya.

"Orang bukan apa papa. Eykha nak uruskan kerjaya Eykha dulu, jaga papa, jaga mama. Well, Eykha kan anak tunggal so kenalah utamakan mama dan papa ni."beritahu Zuleykha. Sungguh hatinya berat sekali untuk menamatkan zaman bujangnya. Terfikir sahaja tentang perkahwinan. Hanya satu perkataan sahaja dalam fikiran gadis itu. Rumit.

"Eykha..."panggil papanya lembut. Zuleykha memasang telinga.

"Eykha,papa tau mendirikan rumahtangga tu besar tanggungjawabnya. Tapi mahu tidak mahu Eykha tetap fikir pasal tu sebab ni,masa depan Eykha juga. Apa yang mama cakap tu ada betulnya,so fikir-fikirkanlah sebab bukan papa yang nak kahwin, Eykha juga kan. Asalkan dah berkenan dihati mama dan juga papa, insyaallah kami terima."kata Syahrir. Tidak mahu cerita panjang terus straight to the point. Zuleykha mengangguk.

"Lambat atau cepat, Eykha akan kahwin juga,papa mama. Don't worry. Just bagi time je okey?"balas Zuleykha. Padahal dalam hati,dia sudah menjadi tidak keruan. Kahwin? No!! Tapi kalau jodoh dah ada kat depan mata,tolak macam mana pun dah tak guna,getus hatinya.

"Masa apa lagi Eykha?"tanya mamanya. Dia bukan lah ingin mendesak anaknya itu untuk terus kahwin,tetapi lama sudah dia menunggu. Sabar? mungkin tidak lagi sekarang.

"Macam mana Eykha nak kahwin,'boyfriend' pun takde lagi."beritahu Zuleykha terus terang. Tiba sahaja dia menyebut perkataan 'boyfriend' dia lantas berdiri dan memandang ke arah mamanya yang sedang duduk bersebelahan papanya itu.

"Kalau macam tu mama akan pilih untuk Eykha. Muktamad! Kalau tunggu Eykha cari mungkin tak kesudahannya mama nak dapat cucu."kata Jubaidah. Tegas. Tidak dengan itu,mamanya terus berdiri lalu memulakan langkahnya. Beredar naik ke bilik. Zuleykha mengeluh perlahan. Dipandangnya papanya itu. Lelaki mengangkat bahunya serentak.

~~~

Seorang wanita menangis teresak-esak di satu ruangan bilik yang suram. Langsir yang menutupi tingkap bilik itu dibiarkan begitu sahaja tanpa membukanya untuk menghalang cahaya masuk ke dalam bilik itu.

Terlihat sekujur tubuh seorang gadis yang sedang terbaring diselimutkan. Matanya tertutup. Mukanya pucat. Disampingnya ada seorang wanita yang menangis tadi. Diusap lembut ubun-ubun anak perempuannya itu. Dilihatnya muka puteri kesayangannya yang dulu senyuman sering terukir di wajah itu tetapi kini hanya wajah pucat itu sahaja yang mampu dia lihat. Sungguh hatinya sayu bila mengenangkan nasib anaknya itu.

"Maaf Puan,kami dah berusaha sedaya upaya untuk membantu Cik Kelbica. Tapi sayangnya keadaan dia masih seperti itu. Buat masa sekarang,kita hanya mampu berdoa sahaja supaya ada perubahan yang lebih baik. Saya hanya mampu katakan peluangnya amat tipis."beritahu seorang lelaki selepas memeriksa keadaan Kelbica. Doktor. Melissa yang disamping papanya Kelbica menangis sambil mengelap air matanya yang sedari tadi turun tiada henti. Herman menenangkannya.

"Peluangnya amat tipis."pernyataan itu masih terngiang-ngiang di telinganya.

Tok! Tok! Tok!

"Awak..."satu suara muncul di balik pintu bilik itu. Pintu bilik terkuak. Kaki lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an itu mula melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dilihatnya isterinya yang sedang duduk disamping puterinya yang terbaring itu. Lelaki itu mengeluh perlahan lalu langkahnya diteruskan. Mendekati isterinya. Ditangannya ada segelas air kosong dan sebelah lagi semangkuk bubur nasi. Untuk isterinya yang baru sahaja sembuh. Demam. Mana tak demamnya makan pun tak,minum air kosong je,getus hati Herman iaitu ayah kepada Kelbica.

"Sayang, makanlah. Macam mana awak nak jaga anak kita sedangkan awak sakit. Makanlah sikit. Awak kena ada tenaga. Awak tak nak sihat ke? Awak tak nak jaga anak kita?"kata Herman perlahan. Tidak dengan itu gelas dan mangkuk yang dipegang tadi diletakkan di atas meja bersebelahan katil itu. Melissa tersenyum. Sedikit tersentuh dengan keprihatinan suaminya itu. Sungguh dia rasa bersalah namun pada masa yang sama dia masih tidak mahu makan. Setiap kali sesuatu masuk di kerongkongnya pasti semuanya terasa tawar.

"Takde selera bang. Takpe abang letak je kat dapur. Kalau saya lapar,saya makanlah."jawab Melissa perlahan. Dia tersenyum hambar.

~~~

"Zira."panggil Haikal. Setiausahanya mengangkat kepala.

"Ya,Encik Haikal."jawab Nazira yang dikenali sebagai setiausahanya. Gadis itu tersenyum. Manis! Manalah tak manisnya bos yang kacak panggil kot.

"Zuleykha mana?"tanyanya sambil keningnya terangkat. Mana taknya jarang sekali gadis itu lambat datang. Kalau tak datang pun,dah awal-awal gadis itu maklumkan kepadanya.

"Oh, Zuleykha belum datang lagi bos. Ada apa-apa yang saya boleh bantu bos?jawab Nazira.

"Oh,okey. Kalau dia sampai, suruh dia masuk ke pejabat saya."balas Haikal yang sedari tadi melihat menjeling ke arah tempat duduknya Zuleykha. Nazira mengangguk tanda faham. Haikal terus memulakan langkahnya untuk masuk ke bilik pejabatnya.

~~~

Zuleykha merebahkan badannya. Tilamnya yang empuk itu membuatkan matanya terpejam. Tidak lama kemudian.

"Ya Allah."ucap Zuleykha bangun lantas mencapai telefonnya. Setelah nama seseorang terpampang di skrin telefonnya lantas dia mendail.

"Assalamualaikum, Zira."Zuleykha memulakan perbualan.

~~~

"Encik Haikal."panggil Nazira.

"Ya?"jawab Haikal.

"Zuleykha ada menelefon saya tadi. Dia kata dia ambil cuti sebab dia pening."beritahu Nazira. Haikal yang sedang menulis sesuatu mengangkat kepalanya selepas mendengar nama gadis pujaannya itu.

"Dia okey ke? Awak ada tanya? Dia dah pergi ke klinik atau hospital ke? Ada?"tanya Haikal bertalu-talu. Nazira tersenyum. Amboi,kalau pasal Zuleykha laju je kan! getus hatinya. Maklumlah perempuan cantik. Ke bos aku ni dah fall in love,getus hatinya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience