Rate

BAB 3

Drama Completed 226

Neal menyimpulkan yang selama dua minggu ini, gadis itu sebenarnya sedar
akan kehadirannya di situ dan tahu yang mereka berasal dari negara
rumpun yang sama tetapi sengaja tidak mahu bertegur-sapa sepertimana dua
rakyat Malaysia bertembung di negara asing yang lain. Namun, Neal tidak
segera bertanya kenapa hari ini yang dipilih untuk memulakan perbualan.

Sebaliknya, dia menjawab pantas,

“Depends.”

“Depends?” dia mempersoalkan kembali. Sepasang keningnya berkerut dan
Neal sukakan kerutan itu.

“I...jarang baca sastera. Itak pernah baca sastera since high
school.”

“Oh, okey.”

Perbualan mereka berhenti di situ.

Sepanjang perjalanan pulang, Neal tidak berhenti menyumpah diri sendiri.
Sepanjang malam tersebut, Cuma satu ayat yang ditulis berkali-kali di
atas 20 kertas A4 di atas meja belajarnya di tepi katil;

‘You suka poetry?’

Keesokan harinya, gadis itu tiada. Buat pertama kali dalam lima belas
hari mereka menghabiskan masa bersama dalam dunia masing-masing, gadis
itu tiada. Neal tidak dapat mengelak dari menyalahkan dirinya yang
menyebabkan gadis tersebut mengambil keputusan untuk menukar
perpustakaan, atau mungkin berhenti belajar, atau mungkin mendaftar
keluar terus dari kolejnya dan pulang ke tanah air buat selamanya.
Tetapi pemikiran sebegitu kelihatan sangat drastik. Neal tahu ianya
sangat drastik apabila gadis itu tercungap-cungap mengambil tempat di
meja nombor 11 sedang dia masih memikirkan pelbagai perkara yang lebih
drastik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience