Rate

BAB 4

Drama Completed 226

“Fewh! Sorry, I terlambat,” suaranya, menanti Neal membalas apa sahaja
untuk memberhentikan rasa bersalahnya kerana muncul lima belas minit
lewat dari kebiasaan.

“Umm, it’s okay?”

Raut gadis itu berubah. Seperti baru tersedar ada sesuatu yang dia tidak
patut biarkan terluah dari bibirnya, tetapi dia telah pun melakukannya
tanpa sedar. Sesuatu seperti selama ini dia turut datang ke perpustakaan
ini kerana ingin memilih meja nombor 11 disebabkan Neal berada di meja
nombor 12.

Perbualan mereka berhenti di situ. Dan Neal menghabiskan sepanjang malam
menulis satu baris ayat baru yang dia suka;

‘Sorry, I terlambat.’

Empat hari lagi berlalu dan Neal masih tidak mengambil langkah yang
sepatutnya. Pada tahap ini, Neal simpulkan bahawa gadis itu tidak lagi
berminat untuk berkawan dengannya. Kerana gadis itu mula berhenti
melakukan pelbagai reaksi yang Neal suka. Tiada pergerakan mata yang
comel, atau mainan pensil yang menarik perhatian, mahupun senyuman
tersembunyi di balik gigitan bibir bawah yang menjadi tabiatnya.

Gadis itu jadi dingin bukan sahaja dengan Neal, malah terhadap
sekeliling. Gadis itu tidak lagi mengeluarkan buku dari dalam beg
galasnya, tetapi Cuma sebuah iPod yang memainkan muzik rock metal kuat
melalui corong fon telinga putih sehingga Neal di sebelahnya turut
dihiburkan. Gadis itu juga tidak memegang pensil atau pen untuk menulis
di atas buku nota. Meja nombor 11 itu dibiarkan kosong untuk dia
rehatkan dagu di atasnya dan menutup mata sepanjang masa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience