Bab 1

Romance Completed 5397

Mira , seorang yang bahagia dan ceria tapi selepas seorang lelaki telah permainkan hati dia dan mencintai dia sebabkan hartanya . Dia tidak percaya cinta dan obses kepada lelaki .

Mira baru saja bangun dari tidur dan melihat jam sudah pukul 6:45 .
"Arghhh !!! ", menjeritnya . " Aku dah lambat nak solat " . Mira pun bergegas mengambil air wudhuk .

"Hahaha , itulah aku kejutkan bukan nak bangun tidur mati ke apa ?", kata finas .
" Eh diamlah ! " .

Eh lupa nak memperkenalkan finas , dia ni kawan hidup mati aku lah . Dia ni terlalu istimewa bagi aku . Dia lebih dari segalanya , kalau aku ada bf pun aku akan lebihkan dia dari bf aku , jadi yang nak jadi bf aku tu kena redha lah ye haha

*******

Mira duduk termenung sendirian di jendela , memandang suasana yang tenang dan damai . Tiba - tiba finas memanggilku dan aku pun pergi ke arahnya .

" Kau dah makan ? Aku ada masak makanan kegemaran kau ni", Kata finas yang sedang menonton televisyen .
" Okay , i love you beb !", kataku kepadanya .

Selepas makan , aku duduk di sebelahnya dan berkata , " Beb !! , jom keluar pergi tengok wayang dah lama aku tak pergi mall . Aku belanja kau , jom lah ". Kataku sambil membuat muka yang sangat gedik dan comel .

" Eh , kau ni .Okay lah jom . Aku siap jap beb ! ", katanya .
Lalu pergi ke biliknya untuk besiap . Aku pun pergi ke bilik untuk bersiap .

Sampai saja di mall , kami pergi beli tiket wayang dan sementara tunggu pukul 3 . Aku dan Finas pergi ke restoran makan .

Semasa perjalanan ke restoran , Finas berkata , " Beb , aku pergi toilet jap ".
" Alright " . Aku tunggu punya tunggu and aku rasa aku pergi restoran itu dulu untuk order makanan supaya nanti tak lambat .

Semasa jalan aku terlanggar seseorang lelaki sebab leka bermain Instagram ,
" Minta maaf ?", kata aku kepadanya .

" Jalan padang depan lah , aduh ! ". kata lelaki dengan bengang ." Kan saya dah minta maaf ! ", kataku drngan bengis ." Ingat maaf boleh ganti balik ke jam tangan aku , err ", katanya dengan bengis .

" Ha ? Jam tangan ? . Dengan terkejut aku dan marah . " Yelah jam aku terjatuh ", katanya dengan bengis lagi . " Sekarang ni aku ada hutang dengan aku ! " , kata lelaki itu kepadaku dengan marah .

" Eh hutang apa pulak ni ? Kau pun salah , sebab gelisah sangat sampai tak pandang depan ". kata aku dengan selamba kerana mahu cepat .
" Eh minah ni , Dah buat salah lepas itu salahkan aku pulak ". katanya dengan nada sikut tinggi .

" Errr ! " , kataku dan aku berlalu pergi .
Sebelum aku pergi dia memanggilku , " Oii , minah tunggu ! ". Malu aku dibuatnya lalu aku pun pergi ke arahnya , " Apa lagi ? , kataku dengan marah sangat .

" Bagi telefon kau ! ", katanya dengan menghulurkan tangan . " Buat apa ? " , Dengan selamba je dia mintak aku telefon dia fikir dia siapa , err ." Bagi je lah " katanya .

Tetiba dengar bunyi telefonnya berbunyi .
" Okay ni nombor kau and kat fone kau nombor aku , apa apa nanti aku call kau , bye ". kata lelaki itu dan berlalu pergi

Haih , geramnya aku dengan mamat ni . Nasib lah comel . Eh eh jangan mengelamunlah mira , nama dia pun kau taktahu and sekarang kau ada hutang dengan dia . And lagi satu mira kau lupa nak call finas yang kau pergi restoran itu dulu . Arghhh !!!

Aku pun call finas . " Hello beb , kau kat mana ? "
" Aku kat tandas lagi ni tengah makeup " .
huh , leganya aku takut dia cari aku dekat mana mana tadi ." Beb , aku pergi kedai dulu lah . Aku order dulu takut tak sempat nanti ", kataku sambil bergegas ke restoran
" Alright , see you there "
Aku pun sampai and order makanan .

Beberapa minit , finas sampai . Selepas je dia duduk aku pun cerita apa yang berlaku tadi . Aku marah gila semua sampai makanan pun sampai . Haih spoil betul ! Hahaha .

" Habistu kau tahu tak nama mamat tu ? " tanya finas dengan riak muka ingin tahu ." Em lupa pulak aku nak tanya , tapi beb handsome and comel mamat tu sebenarnya " kataku dengan selamba .

" Handsome handsome jugak tapi melepas lah kau , kau marah dia macam teruk je . Hahaha , tergelak sinis finas . " Dah lah beb , makan cepat nanti kau pulak yang terlepas wayang . Haha , aku pulak menyakat dia . Berbual bual tentang isu semasa .

*****

"Weh bro , lama tak jumpa ? " tegur muiz ." Eh muiz , kau apasal lambat sangat wayang nak start dah ni ". kata aidil dengan riak muka yang letih menunggu .

" Sorry bro , tadi masa aku nak datang sini aku terlanggar perempuan sampai jam aku pecah , Haih nasib lah weh ! ". kata muiz dengan bengang
" Perempuan ? Lawa tak , bro ? " dengan selamba je aidil bertanya ." Eh kau ni , aku tengah geram boleh pulak tanya soalan macam tu . Tapi bro memang lawa pun minah uh em ... garang weh minah tu ". Muiz kata dengan gelak sinis ." Muiz , jom lah masuk ", ajak aidil kerana sudah lewat .
" Jom jom " , muiz pun ikutkan saja kata sahabatnya .

Semasa mencari pintu 7 , muiz dengan aidil terserempak dengan mira .
" Eh aidil , lama tak jumpa ", kata aku dengan finas sambil senyum padanya ." Eh , mira apa khabar ? " aidil menyapa dengan terkejut .

Ouh , mira lah nama dia . Dia tak ingat aku ke ? Haih . muiz berkata dalam hati kerana melihat sahabatnya menyapa perempuan yang telah melanggarnya tadi .

" Baik baik " mira berkata sambil tersenyum manis ." Mira , Finas kenalkan ni Muiz "
Eh ni mamat tadi , aduh ! malunya aku ..
Finas pun berkata kepada aidil , " Korang masuk pintu 7 jugak ke ? " berkata dengan selamba .
" Haah ." jawab aidil ." Ha jom lah masuk sama sama ". finas mengajak aidil kerana sudah lama tak bertemu .
And lagi satu kebetulan tempat aku , finas , aidil dengan muiz tu sebaris . Emm , apa lagi aku terpaksa lah aku dengan finas duduk tengah dan aidil duduk sebelah finas , and mamat tu atau muiz duduk sebelah aku ! err .

Aku pun berbisik dekat finas , " Beb , asal aku kena duduk sebelah mamat ni , ey menyampah lah , kalau kau nak tahu ni mamat tadi yang aku langgar tu , aduh ! " .
" Ha ? srs lah ? , betul cakap kau handsome jugak mamat ni . Kau duduk je lagipun aku ada benda nak borak dengan aidil ni ". kata finas dengan terkejut tambah ceria tambah apa apa je lah .
" Okay ! " jawabku dengan terpaksa .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience