Bab 8

Romance Completed 5400

Esoknya...

Mira dan Finas bangun seperti biasa dan bersiap ke kolej . Kelas mereka dijalan seperti biasa cuma mereka ada kerja tambahan . Kerja tambahan untuk tingkatkan ilmu yang mereka dah tinggal semasa mereka di hospital .

Habis sahaja kelas , mereka terus pergi ke kafe untuk membuat kerja tambahan tadi . Mereka fokus dan kurang bercakap kerana untuk memastikan yang mereka faham tentang perkara lepas .

Finas pun menegur , " Mira , aku nak pergi tandas kejap . Kau jaga beg aku , jangan fokus sangat study nanti beg aku hilang pulak susah nanti . Bye " Mira hanya tersenyum .

" Hai , lama tak jumpa pergi mana ? " kata seseorang lelaki , Muiz . Mira tidak melayannya kerana dia tidak mengenalinya .

" Hello , i'm talking to you . Haih , pekak ke apa ke pura pura tak kenal aku ni " Muiz bengis . " Sorry , you talk to me ? " kata Mira dengan selamba .

" Haih , takkan cakap dengan kerusi pulak . Kerusi dengar tak apa aku cakap tadi " sakat Muiz . " Sorry , kalau nak borak dengan kerusi pergi kat meja lain " kata Mira kerana malas melayan lelaki yang tidak dikenali .

" Mira , serius lah kau tak kenal aku . Baru beberapa bulan kau tak datang kolej kau tak ingat aku " kata Muiz yang agak risau kerana orang yang dia sayang tak kenalnya . " Eh mana kau tahu nama aku ? " kata Mira .

" Haih , mestilah aku tahu nama kau . Kau kan girlfriend aku ? " sakat Muiz . Mira yang telah terkejut mendengar jawapan lelaki itu terus bangun dan berjalan seperti mahu pengsan .

Finas yang baru sahaja keluar tandas dan dia sempat mendengar apa kata Muiz yang terakhir tadi terus sahaja mengambil barangnya dan mengejar Mira . Mira yang sudah hampir pengsan tetapi dipeluk Finas supaya dia tidak dijatuh dan mereka terus ke kereta .

Muiz yang terkejut melihat perangai Mira . Muiz jugak melihat apa yang jadi tadi . Muiz mahu menolongnya tetapi dia sudah diberi isyarat oleh Finas . Finas memberi isyarat seperti dia tidak mahu Muiz mendekati Mira .

" Haih , kenapa dia tak kenal aku ? Bukan ke aku sudah dianggap kawan olehnya . Salah ke aku mengaku rindu aku kat dia ? . Mata dia seumpama macam tak kenal aku siapa ? . hm " keluhan Muiz

Muiz merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Mira dan Finas biasanya mereka layannya baik sahaja .

*****

Finas terus sahaja membawa Mira berjumpa dengan Dr. Umaiyah . Dia berasa risau dan takut kerana doktor sudah menasihati dirinya agar menjaga Mira dengan baik .

Mira terus sahaja dibawa ke emergency dan dia diperiksa oleh Dr. Umaiyah . Selepas sahaja dia diperiksa , Mira masih tidak sedarkan diri kerana pengsan tadi .

Dr. Umaiyah menyuruh Finas mengikutnya . Finas hanya menuruti arahannya . Mereka berjalan seiringan menuju ke sebuah tempat rehat .

" Doktor , macam mana keadaannya ? " kata Finas yang masih risau . " Dia takda apa apa cuma badannya agak lemah . Apa yang berlaku sebenarnya ? "

" Saya minta maaf , saya dan Mira pergi ke kafe untuk mengulang kaji . Tetiba saya mahu ke tandas dan saya meninggalkannya di kafe sendirian . Sebaik sahaja saya keluar dari tandas , saya terus pergi ke kafe . Saya melihat Muiz berjumpa dengannya . Mereka seperti bergaduh , saya sempat mendengar kata kata mereka yang terakhir . ' Eh mana kau tahu nama aku ? ' Mira berkata dengan risau sebab dia tak kenal Muiz . Muiz menjawabnya ' Eh mestilah aku tahu nama kau , kau kan girlfriend aku ? ' . Muiz telah membuat Mira terkejut dan Mira beredar dari
situ . Saya terus sahaja mengejarnya kerana saya melihat langkahnya seperti mahu tubang . Saya memeluk bahunya dan berpaling ke belakang kerana saya melihat Muiz mahu menolong Mira .
Jadi saya memberi isyarat untuk
menghalangnya . Minta maaf sekali lagi , doktor " kata Finas .

" Jadi nama lelaki itu Muiz lah ye . Saya rasa dia mahu pengsan kerana perutnya kosong dan Muiz telah membuat Mira mengingatkan tentang mereka " kata Dr. Umaiyah sambil mengangkat keningnya .
" Mira bukan tidak mahu makan tetapi dia tidak selera . Lagipun tadi saya sudah memaksanya minum sebagai alas perut tetapi dia tetap tidak mahu . Dia terlalu fokus dengan buku kerana dia nekad untuk menyiapkan kerjanya harini jugak " kata Finas .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience