BAB 6

Drama Series 2118

Kak Sarah perasan yang tingkah laku Chel lain sangat malam ni. Setahu dia Chel seorang yang periang tapi sekarang Chel pula yang berdiam diri dari tadi. Sebenarnya Kak Sarah juga perasan yang macam ada orang memerhati mereka berdua sejak dari lobi hotel lagi.

“Hm mungkin perasaan aku je kot. Chel , Adam jam pun dah lewat ni jum kita balik.” Ditepis perasaan curiga itu.

“Aduh dahla aku nak lengahkan masa Kak Sarah ni kacau plan betul. Habislah rosak rancangan selama ni.” Adam sedaya upaya cuba untuk melengahkan masa supaya misi mereka dapat dijalankan.

“Em kak apa kita kita pergi jalan-jalan dulu. Jom ke sana.” Adam mengumpan supaya mereka menuju ke jalan yang tidak sesak dan sunyi.

Chel mula tidak sedap hati melihat perangai Adam yang pelik segera dia menekan sesuatu yang berada di dalam kocek hoodienya itu. Benda itu sudah dirancang oleh abangnya sebelum dia berangkat ke korea lagi. Jika dia menekan benda itu, menandakan dia lagi dalam bahaya.

Bijak kan Mateen Ryan ni ? :p Ada yg nak tak ? HAHA gurau jer.

Sedang mereka berjalan ada geng-geng yang menganggu mereka.

“Hey ladies. Urmmm damn you smell so good. Mind if i ask you to come with me.” Kata lelaki itu sambil hidungnya menghidu bau rambut Chel.

Mereka bertiga tidak dapat mengecam siapa yang berada dia sebalik mask hitam dan memakai kaca mata tersebut. Adam juga kelihatan terkejut melihat geng-geng mereka yang sangat banyak. ( Haaaa rasain lo adam kata nak culik Chel tapi takut juga dengan orang2 yang ganggu mereka)

“Heh dahla sesuka hati cium rambut orang pastu ajak orang keluar dengan dia. Dasar lelaki tak sedar diri. Jangan sampai aku lempang muka kau” Kak Sarah kelihatan berani melawan geng-geng yang datang mengacau mereka. Maklumla diantara mereka dia yang paling tua sini.

Chel merasa takut-takut melihat orang yang berada dihadapannya. Dia merenung ke dalam mata lelaki tersebut.

Melihat Chel tidak menjawab soalannya lelaki tersebut terus menarik tangannya supaya mengikuti dia. Dia juga mengarahkan geng-geng dia supaya mengheret sekali Kak Sarah.

Adam ? Korang tertanya ke pasal dia ? Dia sudah terok dibelasah oleh orang2 itu tadi. Sekarang dia dengan tubuh yang lemah ingin mendail bossnya untuk memberitahu yang rancangan mereka gagal.

Lain yang dirancang lain pula yang terjadi.

“Kalau aku tahu tadi memang tak aku nak pergi sini. Habislah mengamuk “DIA” nanti” Adam sedaya upaya untuk bangun tetapi tidak boleh. Teruk gak dibelasah orang2 tadi tu. Dahla tubuh besar aku sorang pula tu.
Dari jauh kelihatan yang Shah dan Hakim datang kearahnya.

“Macam mana boleh jadi macam ni Adam. Habislah rancangan kita gagal. Confirm aku “DIA” mengamuk macam singa nanti” bebel Shah sambil memapah Adam ke dalam kereta.

“Kalau ya pun jangan la bising. Korang berdua ni tak tengok ke aku ni dah setengah mati kena belasah tadi.” Hakim hanya memerhati sahaja karenah sahabatnya itu. Kalau berjumpa mesti bergaduh. Haishh macam budak2 padahal dah tua bangka.

——————————————————
Chel POV

“Hey what you want huh. If you want my money i can give you. But please let me go. I’m begging you” jelas kedengaran suara Chel dari tadi merayu supaya dilepaskan. Apakah daya para penculik itu tidak menghiraukan mereka dua. Sudahla Kak Sarah pengsan sebab terlalu takut tadi.

Dia melihat kereta yang sedang dinaiki mereka menuju ke suatu kawasan dia atas bukit. Jelas kelihatan di atas bukit itu hanya ada satu saja rumah agam. Rumah yang sangat menyeramkan kerana berada jauh daripada rumah orang lain. Dia leka memerhatikan sekeliling kawasan tersebut sehingga tidak perasan yang mereka telahpun sampai.

“Heyy get out from here. You please wake up your friend. We’ve arrive.” Chel pelik melihat lelaki tersebut lembut sahaja bercakap dengan penculik itu. Tadi bukan main kasar mamat ni dengan aku sekarang heh.

“Kak sarah bangun kita dah sampai. Kak Sarah bangunlah Chel takut ni” mendengar suara Chel kuat itu membangunkan Kak Sarah yang pengsan itu.

“Chel kita kat mana ni. Chel okay tak ? Takde cedera apa2 ?” Kak Sarah membelek-belek tubuh Chel. Kak Sarah ni overreacted la pula. Dia yang pengsan aku yang helok ni pula dirisaukan.

Chel hanya mengelengkan kepala sahaja. Kak Sarah menghembus nafas apabila melihat jawapan Chel. Sejujurnya dia lega melihat Chel tidak apa2 takutlah juga sekiranya penculik merogol ka mendera ka.

“Are both of you done with your drama. Now i want you to get out from here and follow me” Chel dan Kak Sarah hanya menurut sahaja takut melihat penculik itu mengapakan mereka.

Sesudah mereka masuk mereka berdua terpegun melihat rekaan dalaman itu. Rumah yang sangat moden dipenenuhi denga perabot2 yang sangat mahal dan berkonsepkan moden english style.

Sedang dia menghayati rumah tersebut. Dia seperti telah melanggar seseorang. Dia mendongak kepala untuk melihat siapakah orang tersebut.

Alangkah sangat terkejut dia melihat gerangan yang berada di hadapannya itu. Bergenang air matanya ditahan supaya tidak turun. Segera dia memeluk difigura itu. Air mata yang ditahan jatuh juga. Dia menangis teresak2 dan seakan tidak percaya apa yang dilihatnya sekarang juga.

Kak Sarah binggung melihat Chel yang menangis. “Aik tadi bukan pencuri tu ke yang bawa kami ke sini. Bukan kena culik ke. Yang Chel menangis ni apahal” Kak Sarah hanya berbicara dalam hati saja kerana dia sedang binggung dan tidak dapat mentaksir apa yang berlaku sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience