Someone POV
“Keturunan kau akan aku musnahkan, disebabkan kau keluarga aku jadi macam ni. Kau sabar bergembira dulu sebab sekejap lagi sebab keturunan kau akan pupus” ujar seseorang dengan sinis sambil matanya memandang gambar TanSri Mukhriz iaitu datuk kepada Michelle Ryne.
Anak-anak buahnya disitu hanya diam sahaja sambil memerhatikan boss mereka. Bukan mereka tidak tahu yang boss panas baran.
Aryan hanya memandang sekilas sahaja kepada kawan baiknya itu. “Kau sabarlah sekejap lagi kita akan buat macam yang kau rancang tu”.
“Tak sabar aku nak jalankan rancangan tu. Mereka belum kenal lagi aku sapa” mukanya sinis memandang kepada anak buahnya yang berada di hadapan sekarang.
“Kevin sediakan apa yang patut aku bawa untuk esok ! Esok semua orang sedia ingat apa rancangan kita” Kevin merupakan PA dan juga kawan baiknya mengganguk sahaja. Kalau tak dituruti ada juga yang hilang kepala.
—————————————————
Hari ini merupakan first day Chel bertugas, dia berasa sangat teruja kerana sudah lama dia berimpian untuk menjadi pramugari sekarang sudah tercapai. Namun apabila mengingatkan kejadian semalam. Lantas riak wajahnya yang gembira terus berubah.
Flashback
“Adik lepasni kalau ada apa-apa jer yang mencurigakan makesure call bagi tahu abang jangan pendam sorang2”
“Adik tahukan yang grandpa banyak musuh, so abang taknak yang nyawa adik abang terancam sudahlah abang ada adik sorang saja” ujar mateen sambil melihat wajah adiknya sekarang.
Sejujurnya dia juga berasa sangat takut andai adiknya yang menjadi sasaran musuh datuk mereka. Datuknya dulu seorang Mafia yang sangat terkenal. Sebut saja nama kumpulan mereka iaitu BLOODY M. Pasti ramai yang merasa takut. Sekarang tahu kan kenapa nama mereka sekeluarga bermula dari M ?
Tapi sekarang datuknya sudah cuci tangan dari dunia Mafia tetapi musuhnya masih juga mencarinya. Bukan sekali tapi banyak kali kejadian ini belaku.
Sampaikan mereka sekeluarga terpaksa mengupah bodyguard untuk menjaga rumah dan mengikuti mereka ke mana juga.
End flashback
Lamunan Chel terhenti apabila mummy mengetuk pintu. “Chel boleh mumy masuk” kata mummy sambil membuka pintu bilik anak daranya itu.
“Mummy buat apa bangun awal macam ni “ ujar Chel apabila melihat mummy sudah berada di biliknya seawal jam 530pagi.
Yaa Chel bangun seawal begini untuk bersiap untuk turun kerja kerana flight akan berlepas pukup 640 pagi nanti. Dia perlu tiba sekurang-kurangnya 30 minit sebelum berlepas.
“Mummy tahu harini Chel fly pergi korea kan ? Mummy doakan supaya Chel selamat tiba ya, kalau dah sampi jangan lupa call” sebak hatinya melihat anak daranya kini berjauhan dengan mereka. Walaupun dia dan suaminya pernah membantah kerja Chel namun anaknya tetap berkeras juga hendak menjadi seorang pramugai. Mereka juga tidak boleh berbuat apa melihat Chel nekad untuk mencapai impiannya.
Chel juga turut sebak melihat mummynya begitu. Jauh sekali difikiran bakal berjauhan dengan keluarga. Dia belajar pun dalam Malaysia juga disebabkan dia takut akan rindu kepada keluarganya jika melanjutkan pelajaran ke luar negara nanti.
“Mummy terima kasih banyak tau sebab sokong segala keputusan Chel ni” dia sememangnya anak manja asyik berkepit saja dengan mummynya.
“Jangan lupa tau carikan mummy menantu mana tahu ada sangkut dengan orang sana” kata mummy sambil mengenyit mata.
“Amboi mummy ni kalau bab tu laju saja ya. Tu abang pun belum kawin lagi ada hati nak suruh Chel dulu. Chel masih muda okay, masih 22tahun lagi. Bagi Chel enjoy dulu nanti dah puas baru carikan mummy dan daddy menantu macam kpop tu. Nak cari yang macam EXO SUHO tau HAHAHAHAHHAHAHAHHA” Chel sudah terbahak-bahak ketawa apabila dapat mengenakan mummynya.
Bukan dia tak tahu yang mummynya peminat setia korea dan group yang paling diminatinya adalah EXO. ( Ewahh korang ada tak ?) Sampai Chel sekali pun terikut perangai mummynya itu meminati korea.
“Haaa sudahla cepat siap mummy dah masak tadi nanti kita makan sama2 ya” ujar mummy lalu mengusap kepala anak daranya. Hatinya resah memikirkan apa yang diberitahu anak lelakinya semalam. Dia berdoa agar anaknya diberi pelindungan. Hati ibu mana tak risau bila melihat anak yang tidak tahu akan apa-apa menjadi mangsa.
Chel mengikuti langkah mummy turun ke meja makan. Dilihat daddy dan abangnya turut berada di meja makan. “Hmmmm awal juga eh abang dan daddy bangun tak payah susah-susah bangun bukan adik nak pergi mana pun pergi Korea jer. Jangan risau nanti adik carikan awek untuk abang dan daddy sekalipun boleh” daddynya hanya ketawa kecil saja melihat anak daranya itu mengusik. Bukan dia tak tahu yang Chel memang seorang yang suka menyakat dan peramah orangnya.
Abang disisi melihat saja perangai adiknya itu. Sudahlah dia kena paksa bangun pagi ni dengar pula usikan.” Adik abang masih muda lagilah umur pun baru 26. Ilek dulu kasi lu punya abang ini enjoy maa” haa keluar sudah dialog cina tak menjadi dia tu. Mummy dan daddynya turut ketawa melihat anak-anak bergurau begitu, geli hati melihat telatah mereka berdua ada-ada saja benda yang mau diguraukan.
Tapi dalam berguraunya abangnya Mateen yang paling serious bab kerja. Daddynya pun hanya geleng kepala sahaja melihat sikap anak terunanya itu. Ikut perangai sapalah yang kuat bekerja. Itulah sampai sekarang masih tidak ada juga seorang perempuan berkenan.
Share this novel