BAB 2

Drama Series 2118

Setelah satu jam diceramahi oleh boss , dia dan Najla pun keluar dari bilik itu untuk memulakan latihan mereka yang pertama. Dia dan Najla akan mula bertugas di kapal esok dan jadual penerbangan adalah berbeza. Dia ditugaskan ke Seoul, Korea manakala Najla pula ke Shanghai, China.

“Huwaaaaaa dahla esok aku tak sama flight dengan kau, siapalah yang atur jadual memang aku mau hempuk dia siap-siap” Najla menghentak kakinya sambil bercakap dengan mukanya yang tidak puas hati kerana sesi penjadualan dia dengan Michelle.

“Alaaa bukan lama pun 3hari2malam je aku dekat sana janganla sedih kalau ada rezeki kita dua sama flightla. Mahu naik muak aku hadap muka kau hari-hari” kata Chel sambil menahan ketawa melihat muka Najla sekarang yang sememangnya tengah geram. Setelah sekian lama tercetus juga ketawa Chel

“weh muka kau kan memang tak boleh control sikit ke dah macam singa kelaparan aku tengok”.

“Kau diam sebelum aku sumbat mulut kau dengan batang penyapu. Kang esok tak jadi pulak kau fly pergi Seoul” Najla memandang Chel dengan jelingan maut. Terus senyap keadaan di bilik latihan apabila melihat wajah Najla begitu.

“Weh dah jom aku belanja kau makan jangan la merajuk” pujuk Chel sambil menunjukkan muka comelnya kepada Najla.

—————————————————

Akhirnya MCD yang berdekatan dengan airport juga pilihan mereka dua kerana waktu sekarang jalan memang jem dan perut Chel sememangnya lapar sekarang kerana pagi tadi dia hanya memakan sandwich sehaja sebagai alas perut.

“Weh jom duduk kat sana, sementara belum penuh lagi baik kita dua cepat “ Najla menunjukkan kepada Chel tempat yang kosong itu.

“Cepat sikit kau makan esok flight aku awal tau bukan macam kau flight tengah hari”. Chel kelihatan tergesa-gesa makan kerana jam sudah menunjukkan pukul 8 malam.

Selesai sahaja mereka berdua makan Chel bergegas menuju ke tempat letak kereta kerana keretanya terletak agak jauh dari orang lain. Dia merasa ada seseorang mengekorinya dari belakang namun dia tidak menghiraukannya kerana dia ingin bergegas pulang ke rumah.

——————————————————

Kini Chel sudahpun berada diatas katilnya sambil memikirkan kejadian di MCD tadi. Orang itu malahan mengekorinya sampai ke rumah. Namun dia tidak ingin memberitahu kepada ibu bapanya kerana tidak mahu merisaukan mereka apatah lagi sekarang bapanya sibuk menguruskan syarikat.

“Haii adik abang sorang ni jauh mengelamun sampai abang ketuk pun tak perasan. Boleh belubang dinding tu kalau adik makin tenung” Chel yang mengelamun tadi terus tersedar sambil tersengih melihat abangnya yang bersandar di pintu itu.

“Tak adalah bang adik cuma pasal esok, yalahkan first day bertugas naik flight esok” alasan Chel supaya abangnya tidak curiga.

“Hmm macamlah abang tak tahu adik mesti tengah fikir pasal orang yang ikut adik tadi kan ?” Kata Mateen Ryan itu mengejutkan Chel.

“Haa tengok tu kan abang dah cakap. Sebenarnya abang pun kena juga tapi akhir-akhir ni tak ada juga mereka ikut abang.”

Jeng3 Siapkah orang itu ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience