:
Bunyi ketukan pintu yang sangat kuat itu menyebabkan Chel yang sedang tidur lena itu membuka mata nya sedikit. Kedengaran suara pembantu rumah mereka yang dipanggil Bik Teh itu memanggil Chel diluar ’ Bangun Chel hari ini hari pertama kamu bekerja cepat bersiap sekarang ’. Terbuka luas matanya apabila mendengar apa yang diberitau Bik Teh tadi.
Dia yang masih ditempat tidurnya tadi terus sepantas kilat belari menuju ke bilik mandi. ’ Aduh sudahla hari ini hari pertama aku bekerja ni mesti sebab marathon drama sampai pagi ‘ kata dia dalam hati sambil tangannya lincah memakai lipstick dan mengatur bajunya sedikit.
Setibanya dia dimeja makan dia terus mengambil sandwich dan makan dengan gelojoh sambil diperhatikan oleh kedua ibubapanya.
’ Haa itulah mumy kan dah cakap tidur awal semalam, anak sapalah yang degil ni ’ kata Datin Rose sambil menjeling ke arah TanSri Michael.
Kedengaran suara ketawa dadynya ‘ Ya lah yang jahat semua anak saya yang baik aja anak awak ’ katanya sambil ketawa.
Namun dia tidak memperdulikan kedua orang tuanya kerana dia ingin segara pergi ke tempat kerja barunya itu.
’ Mummy Daddy Chel pergi dulu ya doakan Chel tau semoga dipermudahkan segala urusan ’ katanya sambil menyalam kedua-dua tangan ibu bapanya.
———————————————————————
Kereta Mercedes Benz yang dipandu Chel itu tiba di depan tempat kerjanya iaitu di airport. Hari ini Chel akan memulakan kerjaya dia sebagai pramugari. Walaupun keluarganya sangat kaya tetapi tidak menghalang dia untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang pramugari.
Segera dia mempercepatkan langkahnya berjalan menuju ke lif dan menekan angka 3 pada butang tersebut kerana pejabat bossnya terletak di tingkat 3. Digerling sebentar jam tangannya yang menujukkan angka 8:00a.m. Didalam hatinya berdoa agar boss dia tidak mengamuk.
Dari jauh dia melihat rakan baiknya sedang menunggu .
’Sampai pun tuan puteri yang amat berhormat kita ni, aku ingat kau sesat sampai ke Thailand sana tadi ’ sinis Najla kepada Michelle.
‘Sorryla aku terlajak tidur tadi’ jelas dia sebaik sahaja mendengar sindiran kawan baiknya tadi.
“Dah2 jom masuk kalau boss mengamuk nanti siap kau, disebabkan kau aku juga terlambat ok nanti belanja aku makan okay“. Sambil tangan Najla memaut Chel. Dia hanya mengelengkan kepala saat Najla menyatakan permintaan tersebut.
“Apalah nasib aku dapat kawan kuat makan nasib baik tak gemuk HAHAHAHAHAHHA“ getusnya dalam hati, mahu makan penampar kalau dia cakap dekat Najla kang ada juga bemalam dihospital.
Mereka berdua bejalan menuju ke tempat pejabat bossnya dan diketuk pelahan sebelum masuk. “Haa dah sampaipun budak bertuah dua orang ni” kata bossnya sambil melihat ke arah dua gadis yang berada didepannya ini.
“ Sorry madam “ hanya itu sahaja mampu diucapkan mereka berdua kerana wajah bossnya saat ini sangat menakutkan.
Share this novel