Bab 4 Khairul Anuar

Romance Completed 410683

Jam menunjukkan pukul 2.30 petang. Kelihatan ada berapa lelaki datang ke gerai Khatijah. Mereka semua pekerja buruh binaan yang sedang membina rumah homestay yang tidak jauh dari gerai Khatijah. Khatijah dan Nurul Iman melayan dan menyediakan makanan dan minuman yang di minta oleh mereka.

Sedang menyediakan air minuman untuk pelangan tiba-tiba datang seorang lelaki berpakaian kemas dari yang lain. Lelaki tersebut masuk ke dalam gerai Khatijah. Nurul Iman dan Khatijah menoleh ke arah lelaki tersebut. Raut wajah Khatijah berubah bila melihat wajah lelaki tersebut. Kerana sudah 7 tahun Khatijah tidak melihat wajah lelaki ini. Tiba-tiba hari ini lelaki ini muncul di gerainya.

Nurul Amira juga menoleh ke arah lelaki tersebut. Dan wajah Nurul Amira juga berubah bila melihat wajah lelaki tersebut. Kerana Nurul Amira masih ingat lagi 7 tahun yang lalu, lelaki ini datang bersama Puan Salmah ke rumahnya. Di mana Puan Salmah sebangai majikan ibunya itu telah memberi wang 10 ribu kepada ibunya. Puan Salmah juga telah mengugut ibu dan kakaknya itu di depan lelaki ini yang datang bersama Puan Salmah.

Lelaki ini adalah anak pada Puan Salmah. Nurul Amira tidak pasti adakah lelaki ini yang telah menyebabkan hidup kakaknya musnah? Kerana ibu dan kakaknya tidak pernah memberitahu siapa sebenarnya yang telah merogol kakaknya itu. Sehingga kakaknya melahirkan 3 cahaya mata.

Tapi entah kenapa Nurul Amira seperti tidak suka dengan kehadiran lelaki ini. Kerana lelaki ini sama sahaja dengan ibunya Puan Salmah. Menindas mereka sekeluarga yang lemah. Nurul Amira memerhatikan wajah lelaki tersebut jika ada persamaan dengan si kembar anak saudaranya. Tapi tidak semua anak akan mempunyai wajah seperti orang tua biologinya.

Lelaki itu juga agak terkejut bila melihat wajah Khatijah. Kerana Khatijah adalah sepupu ibunya. Lelaki tersebut bernama Khairul Anuar anak pada Puan Salmah yang telah memberikan wang sebanyak 10 ribu kepada Khatijah dan Nurul Iman sebagai pampasan.

Khairul Anuar agak sedikit cuak melihat Khatijah sepupu ibunya itu. Khairul Anuar masih ingat tujuh tahun yang lalu ia datang bersama ibunya ke rumah Khatijah. Dan ibunya telah memberikan wang sebanyak 10 ribu kepada Khatijah kerana telah terjadi sesuatu pada anak Khatijah Nurul Iman.

Entah kenapa ada perasaan bersalah di hati Khairul Anuar dengan apa yang terjadi kepada Khatijah dan anaknya.

"Mak Cik Khatijah...tak sangka boleh jumpa Mak Cik dekat sini,"sapa Khairul Anuar sedikit cuak dengan pertemuan yang tidak di sangka.

"Khairul Anuar,anak kak Salmah kan,"balas Khatijah dengan wajah yang sukar untuk di tafsirkan.

"Mak Cik,saya ingin minta maaf bagi pihak ibu saya. Ibu pun dah tak sihat sekarang ni,"beritahu Khairul Anuar.

"Mak Cik dah maafkan...Anuar nak air apa?"tanya Khatijah.

"Buatkan saya ais kacang dan laksa...Dah lama tak makan makanan yang Mak Cik masak. Tentu sedap macam dulu juga,"kata Khairul Anuar.

"Amira,buat ais kacang satu,"arah Khatijah pada anaknya itu.

Nurul Amira pun mengambil mangkuk lalu meletakkan bahan-bahan untuk ais kacang. Dan mula mengisar ais di mesin. Manakala Khatijah meletakkan laksa dan bahan-bahan yang di potong kecil ke dalam mangkuk. Kemudian Khatijah meletakkan kuah laksa ke dalam mangkuk tersebut. Setelah siap meletakkan kuah laksa,Khatijah membawa laksa dan ais kacang itu kepada Khairul Anuar.

"Nah,laksa dan ais kacang."kata Khatijah sambil tangannya meletakkan mangkuk berisi laksa dan ais kacang di atas meja.

"Terima kasih....Apa khabar Nurul Iman sekarang ni?"tanya Khairul Anuar.

Khairul Anuar perasan tidak ada kelibat Nurul Iman di gerai ini.

"Nurul Iman,dia sihat je,"jawab Khatijah.

Tak lama kemudian kelihatan kereta Kancil berwarna merah berhenti tak jauh dari gerai. Kelihatan Nurul Iman keluar dari dalam kereta tersebut dan berjalan ke arah gerai. Nurul Iman melihat ibunya sedang berbual dengan salah seorang pelanggan di dalam gerai.

Nurul memandang ke arah adiknya yang memandang pada lelaki yang berbual dengan ibunya itu. Kelihatan raut wajah adiknya itu seperti tidak suka dengan kehadiran lelaki tersebut. Nurul Iman tidak dapat melihat wajah lelaki tersebut. Kerana terlindung dan hanya melihat bahagian belakang tubuh lelaki itu sahaja.

Nurul Iman melangkah kakinya ke arah ibunya dan kemudian ia menoleh ke arah wajah lelaki yang sedang berbual dengan ibunya itu.Raut wajah Nurul Iman berubah bila melihat wajah lelaki yang berbual dengan ibunya itu. Hatinya terasa sakit dan tubuhnya gementar sehingga ia rasa sukar untuk bernafas.

Tapi Nurul Iman cuba untuk mengawal perasaannya supaya kelihatan tenang di depan ibunya. Lelaki itu juga sepertinya agak tergamam melihat Nurul Iman di depannya.

"Iman apa khabar? Lama tak jumpa Iman,dah banyak berubah sekarang ni,"sapa Khairul Anuar.

"Alhamdulillah...Iman sihat je,"jawab Nurul Iman.

"Iman,abang nak minta maaf bagi pihak mak abang,"kata Khairul Anuar yang merasa bersalah dengan apa yang terjadi 7 tahun yang lalu.

"Iman dah lupa dah semua tu,"balas Nurul Iman.

Nurul Amira hanya memerhatikan sahaja kakaknya dan lelaki tersebut berbual. Hati Nurul Amira tertanya-tanya adakah lelaki ini ayah biologi si kembar.

"Maaf,sebab abang tak mampu tolong Iman,"kata Khairul Anuar lagi.

"Sudahlah,tak perlu di ingatkan lagi. Lagi pun perkara tu dah lama berlalu,"balas Nurul Iman.

"Anuar ke yang beli tanah dan buat homestay tu?"tanya Khatijah tiba-tiba untuk mengalih berbualan mereka.

"Tu bukan tanah Anuar. Anuar ni cuma kontraktor untuk buat Homestay tu je. Manalah Anuar mampu nak beli tanah dan buat homestay tu,"jawab Khairul Anuar pada pertanyaan Khatijah.

"Anuar,kamu tentu dah kahwin sekarang ni kan?"tanya Khatijah.

"Ya,Anuar dah kahwin hampir 3 tahun,"jawab Khairul Anuar.

"Dah berapa orang dah,anak Anuar sekarang ni?"tanya Khatijah lagi.

"Mmh... belum ada rezeki lagi,"jawab Khairul Anuar.

"Baru 3 tahun je,nanti adalah rezeki kamu dapat zuriat,"kata Khatijah.

Melihat ibunya berbual dengan Khairul Anuar,Nurul Iman pergi ke arah adiknya Nurul Amira.

"Mira, dah lama ke Anuar tu datang gerai kita ni?"soal Nurul Iman dengan nada berbisik.

"Baru je, sebelum kak Iman sampai tadi. Kak Iman lelaki tu ke ayah biologi anak kak Iman?"tanya Nurul Amira ingin tahu.

Kerana Nurul Amira masih ingat lagi wajah lelaki ni yang datang bersama Puan Salmah. Ketika itu lelaki yang kakaknya panggil Anuar tidak bersuara. Hanya Puan Salmah sahaja yang bersuara dan memberikan wang 10 ribu kepada ibunya.

Nurul Iman agak terkejut dengan pertanyaan adiknya itu. Tapi Nurul Iman hanya menggelengkan kepalanya,bermakna bukan Khairul Anuar yang menyebabkan ia mengandungkan 3 orang anaknya itu.

"Bukan dia, tapi dia kenal dengan lelaki tu,"jawab Nurul Iman dengan berbisik kepada adiknya itu.

"Kalau bukan dia,kenapa mak dia bagi duit 10 ribu dan halau kita dari rumah sewa tu?"soal Nurul Amira agak hairan.

"Akak pun tak tahu sebab apa...biarlah,nanti bila siap homestay tu kita tak akan nampak muka dia dekat sini dah,"kata Nurul Iman.

Setelah habis makan, Khairul Anuar membayar harga makanannya itu pada Khatijah. Khairul Anuar memberi wang 100 ringgit kepada Khatijah. Khatijah pun segera ingin memulangkan baki duit tersebut.

"Mak Cik, tak payah pulangkan duit baki tu,"kata Khairul Anuar lalu bangun dan berjalan keluar dari gerai.

Khatijah tidak sempat untuk memulangkan duit baki kepada Khairul Anuar. Khatijah hanya melihat sahaja Khairul Anuar berjalan pergi.

Khairul Anuar masuk ke dalam keretanya dan memakai tali pinggang keselamatan. Lalu ia mula memandu keretanya keluar dari kawasan pembinaan Homestay. Khairul Anuar memandu kereta menuju ke arah hotel,tempat ia menginap ketika berada di sini untuk melihat projek homestay dari pelanggannya itu

Khairul Anuar tidak sangka akan bertemu dengan Khatijah dan anak-anaknya. Ada perasaan bersalah pada dirinya dengan apa yang terjadi 7 tahun yang lalu kepada Nurul Iman.

Khairul Anuar sedar keluarganya agak kejam pada Khatijah dan anak-anaknya. Segalanya berpunca dari cek untuk diberikan kepada Nurul Iman oleh perogol yang telah merogol Nurul Iman. Ibunya Puan Salmah dan dirinya sendiri jadi gelap mata. Kerana jumlah wang yang di berikan oleh perogol itu agak besar jumlahnya. Mereka hanya memberi 10 ribu ringgit sahaja kepada Khatijah dan Nurul Iman. Baki 40 ribu ringgit yang lain mereka guna untuk diri sendiri.

Sampai di hotel tempat ia menginap,Khairul Anuar terus berjalan masuk ke dalam biliknya. Khairul Anuar merebahkan badannya ke atas katil. Perasaan bersalahnya bersarang di lubuk hatinya. Tidak sepatutnya ibunya Puan Salmah menghalau Khatijah dan ahli keluarganya keluar dari rumah sewa tersebut 7 tahun yang lalu. Tapi kerana risau Nurul Iman akan tahu siapa lelaki yang telah merogolnya itu. Mungkin Nurul Iman akan memberitahu pada lelaki tersebut. Lagi pula ibunya telah menggunakan separuh duit yang perogol berikan untuk Nurul Iman.

Khairul Anuar juga tahu perogol tersebut tidak mengingati wajah Nurul Iman. Kerana perogol tersebut telah merogol Nurul Iman tanpa sedar kerana di anaiya oleh rakan-rakannya. Dengan meletakkan ubat di dalam air alkoholnya. Mungkin niat rakan-rakannya itu baik supaya lelaki tersebut boleh melupakan masalahnya. Tetapi lelaki tersebut telah menelefon ayah Khairul Anuar dan menyuruh mangambil dirinya di kelab malam. Kerana ayah Khairul Anuar telah mendapat sebuah projek besar dengan lelaki tersebut. Ayah Khairul Anuar yang bernama Mustafa terus menyuruh Khairul Anuar pergi ke kelab malam tersebut supaya membawa lelaki tersebut pulang ke hotelnya.

Khairul Anuar mengikuti arahan ayahnya itu, walaupun jam sudah hampir pukul 3.00 pagi. Khairul Anuar sampai di kelab malam merasa malu dan segan kerana dirinya tidak pernah datang ke tempat begini. Khairul Anuar melihat lelaki tersebut sudah berada di luar kelab. Lelaki tersebut berumur dalam lingkungan 30 an. Khairul Anuar masih ingat wajah ayahnya yang gembira dapat projek dari lelaki ini. Kerana ini pertama kali ayahnya mendapat projek besar puluhan ribu. Khairul Anuar telah pergi ke arah lelaki tersebut dan mambawanya masuk ke dalam kereta. Boleh di lihat dengan jelas lelaki tersebut terlalu mabuk dan mulutnya berbau air alkohol.Kerana tidak tahu di hotel mana lelaki ini menginap. Khairul Anuar membawa lelaki ini pulang ke rumah orang tuanya.

Tapi Khairul Anuar tidak menyangka pagi itu Nurul Iman yang menggantikan Khatijah. Nurul Iman telah masuk ke dalam bilik tetamu yang ada lelaki tersebut di dalamnya. Dan tak di duga lelaki tersebut telah merogol Nurul Iman. Tetapi bila lelaki itu mendapat tahu perempuan yang telah ia rogol masih perawan. Membuatkan ia memberikan cek yang tertulis amaun sebanyak 50 ribu ringgit kepada Mustafa supaya di berikan kepada wanita yang telah ia rosakkan.

Bersambung...

Di sebabkan ramai yang komen nak tahu sangat siapa lelaki yang telah rogol Nurul Iman. Bab ni saya dah bagi sedikit petunjuk siapa lelaki tersebut. Yang pasti lelaki tu memang tak kenal dengan Nurul Iman. Tunggu bab seterusnya okay,dan seterusnya. Macam mana Nurul Iman akan bertemu dengan ayah biologi anak-anaknya itu nanti.

Share this novel

SAIDS
2021-04-08 09:21:42 

trlalu tua lh lelaki tu nk digandingkn brsama

Atirah Zakaria
2021-03-06 13:49:05 

Macam mna kalau lelaki tu dah kahwin?


NovelPlus Premium

The best ads free experience