Pagi ini seperti biasanya Nurul Iman dan ibunya Khatijah bangun awal. Untuk membuat sarapan bagi mereka sekeluarga. Ketika jam hampir menunjukkan pukul 6.15 pagi, barulah Nurul Iman akan mengejutkan Danial, Danish dan Dania dari tidur. Yang paling senang bangun dari tidur adalah Danial. Manakala Danish dan Dania akan saling bergaduh menyuruh salah seorang dulu mandi. Sedangkan Danial sudah pun siap mandi.
"Danish,pergi mandi. Nanti baru Dania mandi pula,"arah Nurul Iman.
"Asyik Danish je mandi dulu...bagilah Danish mandi yang paling akhir pula,"kata Danish sambil mengambil tualanya dan berjalan ke arah bilik air.
"Tengok Danial, tiap-tiap hari mandi paling awal tak gaduh pun,"kata Nurul Iman pada anaknya itu.
"Danial lain,tak sama dengan Danish,"balas Danish.
"Abang Danial dengan abang Danish kan sama lelaki,Dania je perempuan tak sama dengan abang Danial dan abang Danish,"kata Dania sambil mencebikkan mukanya ke arah Danish.
Danish membalas dengan menjelirkan lidahnya ke arah Dania. Kemudian Danish terus masuk ke dalam bilik air dan menutup daun pintu. Nurul Iman menggelengkan kepalanya melihat gelagat Danish dan Dania.
Kemudian Nurul Iman memandang ke arah anak sulungnya Danial. Kelihatan Danial sedang memakai baju sekolahnya.
"Meh sini,mak betulkan baju sekolah tu,"kata Nurul Iman sambil memandang pada Danial.
"Tak pa,Danial pandai je pakai,"kata Danial pada ibunya itu.
"Yalah,"balas Nurul Iman.
Tak lama kemudian daun pintu bilik air di buka,dan Danish melangkah keluar dari dalam bilik air.
"Abang Danish dah selesai mandi tu. Sekarang Dania pula kena pergi mandi,"kata Nurul Iman pada anaknya Dania.
"Dania, nak mak mandikan,"kata Dania.
"Tak malu...dah besar pun nak suruh mak mandikan,"kata Danish.
"Biarlah,Dania dan mak sama-sama perempuan,"balas Dania sambil menjelir lidah ke arah Danish.
"Dania,tak baik jelir lidah tu,"tegur Nurul Iman pada anak perempuannya itu.
Nurul Iman mengikuti permintaan anaknya Dania. Selesai mandi, Dania dan Nurul Iman keluar dari bilik air. Danial sudah pun siap berpakaian sekolah dengan kemas. Manakala Danish baru siap memakai baju sekolahnya.
Nurul Iman segera mengambil baju sekolah untuk di pakai oleh Dania. Setelah semuanya siap memakai baju sekolah,Nurul Iman mengajak anak-anaknya itu sembahyang subuh dahulu. Kemudian barulah mereka bersarapan dahulu sebelum ke sekolah.
Pulang dari mengantar anak-anaknya ke sekolah. Seperti biasa Nurul Iman membantu ibu dan adiknya menyediakan kuah laksa dan sup. Kuah rojak pun mereka buat sendiri di rumah. Barang dan bahan-bahan yang sudah siap akan di letak dalam bekas. Kemudian akan di letak ke dalam bonet kereta untuk di bawa ke gerai.
Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Bahan-bahan yang hendak di bawa ke gerai sudah pun siap di letakkan di dalam bekas.
"Kak Iman,Mira dengarkan tanah tak jauh dari pantai tempat kita berniaga tu kan...katanya ada orang beli tanah tu nak buat homestay,"kata Nurul Amira memberitahu kakaknya itu.
"Syukurlah,lepas ni bila hujung minggu dan cuti sekolah makin ramai orang akan datang sini,"balas Nurul Iman.
"Betul,kata Iman tu. Makin ramailah nanti orang akan bercuti dekat sini,bila homestay tu dah siap. Dengar ceritanya dalam 5 buah juga diorang nak buat homestay dekat situ. Tanah dia pun besar juga tu,"beritahu Khatijah pada anaknya itu.
"Mak tahu tak,orang mana yang beli tanah tu?"soal Nurul Amira.
"Dengar kata orang luar yang beli tanah tu nak buat Homestay. Tapi tak tahulah orang mana,"jawab Khatijah pada pertanyaan anaknya itu.
"Alah,tak kisahlah orang mana pun yang beli tanah tu. Yang penting diorang nak usahakan tanah tu jadi homestay,kalau tak tanah tu terbiar je,"kata Nurul Iman sambil mengangkat bekas-bekas yang sudah di isi dengan bahan masakan.Untuk di letakkan dalam bonet keretanya.
"Alah,saja je Mira tanya. Mira pun tak kisah,sebab bukannya tanah kita pun,"kata Nurul Amira.
"Haa,tahu pun,"balas Nurul Iman sambil tangannya meletakkan barang ke dalam bonet kereta.
"Mira,kamu tu cepat bawa bekas yang ada kuah laksa tu. Letak dekat dalam bonet kereta ni,"arah Khatijah pada anak keduanya itu.
"Yalah,Mira tengah bawa ni,"balas Nurul Amira sambil tangannya mengangkat bekas yang ada kuah laksa di dalamnya.
"Ada lagi tak,barang yang belum masuk dalam bonet kereta ni?"tanya Nurul Iman pada ibu dan adiknya.
"Mira rasa,semua barang dah letak dalam bonet dah,"jawab Nurul Amira pada pertanyaan kakaknya itu.
Lalu Nurul Iman menutup bonet kereta Kancilnya itu. Kemudian Khatijah dan Nurul Iman masuk ke dalam kereta untuk pergi ke gerai. Manakala Nurul Amira akan menunggang motosikal untuk pergi ke gerai tempat ibu dan kakaknya itu berniaga.
Sampai di gerai tempat mereka berniaga,Khatijah dan Nurul Iman menyusun barang-barang yang mereka bawa tadi. Tak lama kemudian Nurul Amira sampai ia pun membantu ibu dan kakaknya itu menyusun barang-barang yang dibawa tadi di dalam gerai.
Tak lama kemudian datang 2 orang lelaki datang ke gerai mereka. Khatijah dan anak-anaknya sudah kenal dengan 2 pemuda itu. Boleh dikatakan setiap hari 2 pemuda ini akan datang ke gerai mereka. Dua pemuda ini adalah kawan satu sekolah Nurul Amira. Mereka berdua juga sedang menunggu keputusan SPM sama seperti Nurul Amira.
"Laksa dua,Mira,"beritahu pemuda yang bernama Zulkifli.
"Air,nak air apa?"tanya Nurul Amira pula.
"Air, buat kami berdua ais kacang,"beritahu Nordin rakan Zulkifli.
"Awal hari ni datang gerai Mak Cik,"tegur Khatijah pada rakan sekolah anaknya itu.
"Hari ni kami berdua ingat nak minta kerja,"beritahu Zulkifli.
"Nak minta kerja? Mak Cik tak ambil pekerja,"kata Khatijah sambil memandang pada Zulkifli dan Nordin.
"Kami berdua ingat nak minta kerja buruh bangunan,dekat sana tu katanya nak buat rumah homestay,"beritahu Zulkifli.
"Sementara nak tunggu SPM ni, bolehlah kumpul duit sikit untuk sambung berlajar nanti,"kata Nordin pula.
"Oo,pergilah mana tahu diorang mahu ambil kamu berdua,"kata Khatijah.
"Boleh ke kamu berdua nak buat kerja-kerja berat ni?"soal Nurul Amira.
"Mestilah boleh,lagi pun Zul dah biasa tolong ayah renovate rumah dulu. Tapi kalau Nordin tak tau la pula,"jawab Zulkifli pada pertanyaan Nurul Amira.
"Hei,tengok oranglah. Setakat jadi buruh bangunan ni tak dak hal la,"balas Nordin.
"Tapi,akak tengok pekerja dia kebanyakan bukan orang tempatan. Banyak warga asing je yang buat rumah homestay tu,"beritahu Nurul Iman.
"Betul tu apa yang kak Iman cakap tu,"kata Nurul Amira mengiakan kata-kata Nurul Iman.
"Alah,kamu berdua pergi je minta dulu. Kalau ada rezeki kamu berdua,diorang ambil je,"kata Khatijah memberi semangat.
"Tu lah,kita orang nak cuba minta je dulu,"kata Nordin lalu menghirup ais kacangnya.
Setelah selesai makan Zulkifli dan Nordin membayar harga makanan mereka kepada Khatijah. Kemudian mereka berdua pun pergi ke arah tempat yang sedang dalam pembinaan membuat rumah homestay. Tidak berapa jauh dari gerai Khatijah.
"Mak, Iman nak pergi ambil Si kembar balik sekolah dulu la. Dah dekat pukul 1.00,"beritahu Nurul Iman.
"Pergilah...nanti lambat tertunggu-tunggu pula diorang tu,"kata Khatijah menyuruh Nurul Iman cepat mengambil anak-anaknya itu.
Nurul Iman segera berjalan ke arah kereta Kancilnya. Dan masuk ke dalam kereta,lalu memandu ke arah sekolah anak-anak kembarnya. Sampai di sekolah kelihatan anak-anak kembarnya sudah pun keluar dari kelas.Nurul Iman keluar dari dalam kereta dan berjalan ke arah anak-anaknya. Nurul Iman memimpin tangan Dania dan Danish,manakala Danial memengang tangan Dania. Mereka berempat masuk ke dalam kereta.
Nurul Iman memandu keretanya ke arah rumah. Sampai di rumah Nurul Iman meminta anak-anaknya itu mandi. Selesai mandi mereka semua menjamu selera sebelum ke sekolah KAFA pula. Setelah menghantar anaknya ke sekolah KAFA. Nurul Iman memandu keretanya ke arah gerai kembali. Yang sudah ada ibu dan adiknya di situ.
Nurul Iman memarkir keretanya berhampiran gerai. Setelah mematikan enjin keretanya,Nurul Iman melangkah keluar dari dalam kereta.Nurul Iman berjalan menuju ke arah gerai. Nurul Iman melihat ada dua tiga orang pelangan di gerai. Ada seorang lelaki berpakaian kemas sedang berbual dengan ibunya. Nurul Iman hanya melihat belakang tubuh lelaki itu sahaja.
Tapi kelihatan air muka ibunya itu tidak seperti biasanya. Nurul Iman juga dapat melihat Nurul Amira sepertinya menjeling ke arah lelaki tersebut penuh kebencian. Dengan langkah perlahan-lahan Nurul Iman menghampiri ibunya dan menoleh ke arah lelaki yang berbual dengan ibunya itu.
Raut wajah Nurul Iman berubah bila melihat wajah lelaki yang berbual dengan ibunya. Hatinya terasa sakit dan tubuhnya terasa gementar sehingga ia rasa agak sukar untuk bernafas.
Bersambung...
Rasanya siapa lelaki tersebut. Tunggu bab seterusnya tau.Maaf jika ada salah ejaan dan tatabahasa.
Share this novel
tq update