Di tepi tingkap kelihatan seorang gadis bernama Nurul Iman termenung dan matanya memandang ke arah kanak-kanak dan remaja-remaja yang pulang dari sekolah. Tak lama kemudian muncul seorang gadis berusia 11 tahun di depan pintu. Gadis tersebut bernama Nurul Amira adalah adik kepada Nurul Iman.
Nurul Amira memang sudah faham dengan kakaknya Nurul Iman yang akan termenung di tepi tingkap sambil memandang keluar tingkap. Amira berasa simpati dengan nasib kakaknya itu. Kerana telah terjadi sesuatu pada kakaknya itu.
Amira masih ingat lagi 6 bulan yang lalu kakaknya terpaksa menggantikan ibu mereka melakukan tugas sebagai orang gaji di sebuah rumah banglo. Kerana ketika itu ayah mereka sedang sakit dan berada di hospital. Ibu mereka terpaksa menjaga ayah di hospital.
Ibu kepada Nurul Iman dan Nurul Amira bernama Khatijah. Khatijah terpaksa meminta anaknya Nurul Iman menggantikannya sebagai orang gaji pada hari itu. Jika tidak majikan Khatijah akan memotong gajinya. Nurul Iman sanggup menggantikan tempat ibunya pada hari itu. Walaupun umur Nurul Iman baru berusia 15 tahun,tapi ia tahu ke susahan ibunya itu. Apa lagi dengan keadaan ayah mereka yang tidak sihat. Mereka memang sangat memerlukan wang untuk kegunaan ulang alik ke hospital.
Nurul Iman terpaksa ponteng sekolah untuk menggantikan ibunya itu. Nurul Iman hanya mengayuh basikal dari rumahnya ke rumah majikan ibunya itu. Tapi sesuatu telah terjadi pada hari Nurul Iman menggantikan ibunya itu.
Petangnya Nurul Iman pulang ke rumah dengan menangis teresak-esak. Berkali-kali Nurul Amira bertanya kepada kakaknya itu. Kenapa kakaknya itu menangis tapi kakaknya itu tidak menjawab. Hanya air mata kakaknya itu sahaja yang mengalir.
Sehinggalah Khatijah pulang ke rumah dari hospital. Khatijah agak hairan melihat anak sulungnya meratap dan menangis sehingga bengkak matanya. Nurul Amira juga telah memberitahu bahawa keadaan kakaknya jadi begitu setelah pulang ke rumah.
Nurul Amira melihat Khatijah menghampiri Nurul Iman dan cuba mencari tahu kenapa dengan anak sulungnya itu.Nurul Amira memandang dari jauh tapi masih boleh mendengar suara ibunya itu memunjuk kakaknya itu.
"Apa yang sudah terjadi ni? Beritahulah mak. Majikan mak ada marah Iman ke?"tanya Khatijah sambil menatap wajah anaknya itu.
Nurul Iman hanya menggelengkan kepalanya. Sambil air matanya terus mengalir membasahi pipinya.
"Tolonglah beritahu mak,tak sanggup mak tengok Iman macam ni,"kata Khatijah sambil air matanya jatuh kerana tidak sanggup melihat keadaan anaknya itu.
"Mak...Iman kotor mak...Iman dah tak suci,iman kena rogol,"kata Nurul Iman dengan teresak-esak.
Mendengar kata-kata anaknya itu membuatkan Khatijah terkejut. Khatijah merasakan dirinya di hempap batu yang sangat besar di dadanya. Ia tidak menyangka anaknya itu akan mengalami nasib begitu rupa kerana telah menggantikan dirinya. Anaknya itu baru berusia 15 tahun masih terlalu muda.
Khatijah memeluk anak sulungnya itu untuk cuba menenangkan. Sedangkan dirinya sebagai ibu juga begitu sedih mendengarnya. Apa lagi anaknya itu,tentu tidak mudah untuk melupakan kejadian yang meragut ke suciannya secara paksa.
Khatijah merenung tubuh anaknya itu. Kelihatan di leher dan berapa bahagian tubuh anaknya kemerahan kerana ulah si durjana yang telah meragut ke sucian anaknya itu.
Nurul Amira telah mendengar apa yang di katakan oleh kakaknya itu. Tapi dia tidaklah begitu faham apa yang di maksudkan kakaknya itu. Yang Nurul Amira faham bahawa ada seseorang telah menyakiti kakaknya itu.Tak lama kemudian Khatijah mengajak Nurul Iman masuk ke dalam bilik. Kerana ia ingin berbual berdua tanpa ada orang lain mendengarnya,termasuk anak keduanya Nurul Amira.Selepas itu Nurul Amira tidak mendengar apa yang telah di bualkan oleh kakak dan ibunya itu di dalam bilik.
Selang beberapa hari setelah kejadian menimpa Nurul Iman itu ada seseorang datang bertemu dengan Khatijah. Orang itu adalah majikan Khatijah.
Nurul Amira pulang dari sekolah menaiki basikal dan melihat di depan rumahnya ada sebuah kereta yang jarang ia lihat di kawasan perumahannya ini. Nurul Amira melihat ada seorang wanita yang lebih tua dari ibunya. Dan seorang lelaki berada di dalam rumahnya.
Nurul Amira dapat melihat dengan jelas ibunya itu merayu dan menangis pada wanita tersebut. Tapi wanita tersebut tidak mengendahkan. Kerana ingin tahu apa yang terjadi,membuatkan Nurul Amira datang mendekati pintu rumahnya untuk mendengar apa yang di ucapkan oleh ibu dan wanita tersebut.
"Ni duit 10 ribu...kamu tak perlu dah datang kerja dekat rumah aku mula hari ni. Lagi satu, jangan sesekali kamu pergi report pasal anak kamu tu kena rogol. Kalau tak, aku akan report anak kamu tu yang sengaja menceroboh masuk ke dalam rumah dan mencuri barang,"ugut majikan Khatijah.
"Apa salah anak saya?...Masa depan anak saya dah musnah,"kata Khatijah sambil air matanya mengalir membasahi pipinya.
"Duit sepuluh ribu tu sebagai pampasan untuk kamu anak beranak. Lagi satu,aku nak dalam bulan ni kamu semua kena keluar dari rumah ni dan juga kampung ni,"kata majikan Khatijah.
Rumah yang didiami oleh Khatijah sekeluarga adalah rumah sewa kepunyaan majikan Khatijah.
"Berilah kami masa... sebab suami saya sakit,"rayu Khatijah pada majikannya itu.
"Aku akan bagi masa,tapi walau macam mana pun kamu sekeluarga kena keluar dari rumah ni,"kata majikan Khatijah yang bernama Puan Salmah.
Setelah itu Puan Salmah melangkah kakinya keluar dari rumah Khatijah. Nurul Amira melihat ke arah wanita dan lelaki yang telah keluar dari rumahnya itu. Nurul Amira tak akan lupa dengan wajah wanita yang telah menyebabkan ibu dan kakaknya menangis.
Dua hari setelah ke datangan Puan Salmah ke rumah Khatijah. Suami Khatijah telah menghembuskan nafas terakhirnya. Mereka sekeluarga benar-benar merasa kehilangan. Apalagi dengan keadaan Nurul Iman yang tidak banyak bercakap. Dan sering menyendiri di dalam bilik setelah kejadian menimpa dirinya. Dengan pemergian ayahnya itu membuatkan Nurul Iman makin di rundung duka.
Setelah hampir 2 minggu permergian suaminya.Khatijah mengambil keputusan untuk keluar dari rumah dan kampung ini. Dengan membawa kedua-dua anaknya berpindah ke satu tempat yang jauh. Khatijah lakukan ini demi anak-anaknya.
Hubungan Khatijah dan Puan Salmah adalah sepupu. Tetapi Khatijah menjadi yatim piatu dari umurnya belasan tahun. Kedua orang tuanya meninggal dunia akibat kemalangan. Setelah ia menjadi yatim piatu, ketika umur 17 tahun bapa saudaranya yang juga ayah pada Puan Salmah telah mengahwinkan Khatijah dengan suaminya. Suami Khatijah adalah pekerja bapa saudara Khatijah yang juga ayah pada Puan Salmah. Suami Khatijah yatim piatu tidak mempunyai keluarga. Dari umur belasan tahun suami Khatijah bekerja dengan bapa saudara Khatijah. Tapi semuanya berubah bila bapa saudaranya itu meninggal dunia. Sampailah suaminya yang mula sakit kerana kanser. Khatijah pergi ke rumah Puan Salmah sepupunya itu untuk meminjam wang.Tapi Puan Salmah menyuruh Khatijah menjadi orang gajinya,barulah ia akan memberikan wang pada Khatijah.
Setelah sebulan berpindah Nurul Iman kerap mual dan muntah-muntah. Khatijah dapat mengagak anaknya itu mengandungkan benih lelaki yang telah meragut kesucian anaknya itu. Setelah apa yang terjadi pada dirinya itu,Nurul Iman kerap termenung di balik tingkap. Setelah kejadian kesuciannya diragut,Nurul Iman memang tidak mahu ke sekolah lagi.
Nurul Amira berasa simpati dengan nasib kakaknya itu. Apalagi sekarang ini perut kakaknya itu sudah kelihatan buncit. Kerana kandungan Nurul Iman sudah masuk 6 bulan.Nurul Amira dapat melihat perubahan kakaknya itu,yang semangkin tidak mahu bercakap. Serta kurang selera makan,sudah berkali-kali Nurul Amira dan Khatijah cuba membuat Nurul Iman ceria seperti dulu. Tapi segalanya sia-sia sahaja.
Nurul Amira dapat melihat kakaknya itu sepertinya tidak suka dengan anak yang ada di dalam kandungannya itu. Sudah berapa kali Nurul Amira melihat kakaknya itu cuba untuk memukul-mukul perutnya.
Dalam pukul 4.30 petang kedengaran bunyi motor masuk ke halaman rumah. Nurul Amira tahu itu adalah Khatijah ibu mereka yang baru pulang dari kerja. Khatijah memarkir motornya di depan rumah. Kemudian Khatijah masuk ke dalam rumah.
Masuk ke dalam rumah,Khatijah dapat melihat anak sulungnya Nurul Iman masih berada di tepi tingkap sambil matanya memerhatikan keadaan di luar tingkap. Khatijah menghampiri anak sulungnya itu.
"Iman,mak ada beli makanan kegemaran kamu ni. Nanti Iman makan tau,"kata Khatijah dengan nada yang lembut.
Nurul Iman tidak merespon dengan apa yang di katakan oleh ibunya itu.
"Iman tak boleh terus macam ni. Iman kena kuat, kesian dekat baby dalam perut Iman tu,"kata Khatijah pada anaknya itu.
Tiba-tiba Nurul Iman merasakan tendangan kecil dalam rahimnya. Membuatkan tangannya tiba-tiba menyentuh perut. Nurul Iman dapat merasakan tendangan di dalam perutnya. Membuatkan Nurul Iman sedar sekarang ia bukan sendiri. Tapi ada nyawa lain di dalam rahimnya. Ia kena kuat demi anak di dalam kandungannya. Walau anak ini akan lahir tanpa seorang ayah. Dan benih dari orang yang telah meragut kesuciannya dengan secara paksa. Mungkin anak ini adalah penganti arwah ayahnya yang telah pergi buat selamanya.
Bersambung...
Maaf jika ada masalah tatabahasa dan salah ejaan.
Share this novel
ada dibukukan x.. saya nk beli
sedih nya