Tujuh tahun sudah berlalu.
Jam sudah menunjukkan hampir pukul 7.00 pagi. Kelihatan Nurul Iman sedang sibuk menolong tiga orang anak kembarnya bersiap untuk pergi ke sekolah.
"Danish,pakai tali pinggang ni. Danial,cepat pakai seluar tu...Dania dah kenapa ni? Meh sini mak sikatkan rambut tu,lepas tu baru pakai tudung,"arah Nurul Iman pada anak-anak kembarnya itu.
Tahun ini tiga orang anak kembar Nurul Iman sudah bersekolah. Kerana kejadian tujuh tahun yang lalu,Nurul Iman di kurniakan tiga orang anak kembar yang sangat cerdas dan cerdik. Kehadiran tiga permata hatinya ini telah membuatkan Nurul Iman menjadi lebih kuat dan melupakan apa yang telah terjadi padanya. Kehidupan Nurul Iman sekarang lebih bermakna dengan kehadiran 3 orang anaknya ini.
Kehadiran 3 permata hatinya ini bukan kehendaknya. Walaupun pada mulanya Nurul Iman memang benci dan tidak suka pada kandungannya. Tapi bila kandungannya sudah semakin besar,dan Nurul Iman sudah mula merasa pergerakan di dalam perutnya itu. Membuatkan Nurul Iman mula merasa sayang pada anak yang ia kandungkan.
Kehadiran 3 orang anaknya ini telah menceriakan rumah keluarga Nurul Iman. Khatijah juga begitu sayang dengan 3 orang cucunya itu. Begitu juga dengan Nurul Amira adik Nurul Iman yang sangat menyangi 3 orang anak saudaranya itu.
"Dania,kenapa ni?"tanya Nurul Iman pada anak bongsunya itu. Bila melihat wajah anaknya itu agak masam mencuka.
Dania adalah yang terakhir lahir. Yang pertama lahir Muhamad Danial di ikuti oleh Muhamad Danish, kemudian barulah Nurul Dania.
"Dania,tak nak pergi sekolah,"beritahu Dania pada ibunya itu.
"Kenapa Dania tak mahu pergi sekolah? Tengok abang Danial dan abang Danish seronok je pergi sekolah,"kata Nurul Iman memujuk anak bongsunya itu.
"Sebab...ramai yang ejek Dania,abang Danial dan abang Danish anak haram. Sebab kami tak dak ayah,"kata Dania sambil memandang ke arah abang-abangnya.
Nurul Iman terkejut dengan kata-kata anaknya itu. Ya,betul ketiga orang anaknya lahir tanpa ayah. Mereka terlahir kerana dirinya menjadi mangsa pada seorang lelaki yang terlalu mengikutkan nafsu syaitannya. Tiba-tiba tanpa sedar air mata Nurul Iman mengalir. Kerana berasa bersalah dengan nasib anaknya itu. Telah begitu banyak hinaan dan cacian dari orang sekeliling tentang dirinya. Mereka menganggap Nurul Iman mengandung anak luar nikah kerana terlanjur dengan sang kekasih.
Nurul Dania yang melihat air mata ibunya jatuh,terus mendekati ibunya itu dan mengelap air mata ibunya itu.
"Mak,janganlah nangis. Dania akan pergi sekolah,"kata Dania cuba memujuk ibunya itu.
Danial dan Danish yang melihat ibu mereka menitiskan air mata datang menghampiri ibu mereka itu.
"Mak,jangan risaulah. Dania ni je manja sangat,"kata Danial.
"Betul tu,"sahut Danish pula mengiakan kata-kata abangnya Danial.
"Dania nak tahu tak? Setiap bayi yang lahir di dunia ni dia suci. Mana ada wujud anak haram tu,tak kisahlah dia lahir ada ayah atau tak dak. Kalau binatang khinzir tu barulah haram,"kata Nurul Amira adik pada Nurul Iman yang kebetulan mendengar kata-kata anak saudaranya itu.
"Betul,apa yang Mak Su cakap tu,"kata Nurul Iman sambil tangannya mula memeluk anak-anaknya itu.
"Kalau macam tu,Dania nak bagitahu dekat orang yang ejek tu. Dania,abang Danial dan abang Danish bukan anak haram,"kata Dania sambil tersenyum.
"Macam tulah...ni barulah anak saudara Mak Su. Cepat siap nanti lambat pula,"kata Nurul Amira.
Danial,Danish dan Dania mula berjalan ke tempat kasut dan memakai stokin. Kemudian baru mereka bertiga memakai kasut sekolah. Nurul Iman sudah meletakkan 3 beg sekolah anaknya itu di depan pintu.
Sebelum bertolak ke sekolah Nurul Iman menyuruh anak-anaknya itu menyalami Khatijah,yang anak-anaknya panggil Opah. Setelah menyalami Opah barulah Danial,Danish dan Dania akan bertolak ke sekolah di hantar oleh Nurul Iman dengan menggunakan kereta kancil. Kereta kancil terpakai ini Nurul Iman telah membelinya hampir 2 tahun. Setelah Nurul Iman mendapat lesen kereta. Kerana agak sukar untuk membawa anak-anak kembarnya jika menggunakan motorsikal.
Kebetulan pula rakan Khatijah ingin menjual kereta kancilnya ini. Kerana ingin membeli kereta yang baru. Dapatlah Nurul Iman membeli kereta kancil tersebut menguna wangnya asil dari meniaga di gerai bersama ibunya. Nurul Iman dan Khatijah membuka gerai berhampiran dengan persisiran pantai tak jauh dari rumah mereka. Khatijah telah membuka gerai ini 7 tahun yang lalu,ketika baru berpindah ke kampung ini. Waktu petang dan hari minggu paling ramai pelanggan.
Setelah menghantar anaknya ke sekolah,Nurul Iman akan membantu ibunya menyiapkan bahan masakan dan barang lainnya. Untuk di bawa ke gerai kepunyaan mereka.Nurul Amira juga akan membantu kakak dan ibunya itu. Lagi pula sekarang ini Nurul Amira sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM nya.
Gerai yang di usahakan oleh Khatijah dan anak-anaknya, kecil sahaja. Mereka hanya meniaga makanan seperti laksa,rojak,bihun sup serta berbagai jenis air,di gerai ini.
Jam sudah hampir pukul 1.00 petang. Nurul Iman segera bergegas mengambil kunci kereta dan berjalan ke arah kereta kancilnya. Kerana sudah masanya mengambil si kembar di sekolah. Setelah pulang sekolah Danial, Danish dan Dania akan mandi dan makan. Kemudian akan bersiap-siap pula untuk pergi ke sekolah KAFA.
Kebetulan Sekolah KAFA tidak begitu jauh dari gerai tempat Nurul Iman dan Khatijah meniaga. Petangnya pukul 6.00 anak-anak Nurul Iman akan pulang dari sekolah KAFA. Nurul Iman akan ambil anak-anaknya itu dan dibawa ke gerai tempat ia dan ibunya berniaga.
"Macam mana sekolah hari ni?"tanya Nurul Amira pada anak-anak saudaranya itu.
"Sekolah hari ni biasa je,"jawab Danial.
"Betul tu,"sahut Danish mengiakan kata-kata abangnya.
"Dekat sekolah tadi, Dania dah bagitahu dekat Yati,"kata Dania pula.
"Dania bagitahu apa dekat Yati?"soal Nurul Amira agak hairan dengan kata-kata anak saudaranya itu.
"Macam Mak Su cakap pagi tadilah, mana ada anak haram. Dania,abang Danial dan abang Danish bukan anak haram,"beritahu Dania pada ibu saudaranya itu.
"Oo,yang selalu ejek Dania tu nama dia Yati,"kata Nurul Amira sudah mula faham maksud Dania.
"Tapi...Yati bagitahu mak dia yang cakap Dania dan abang adalah anak haram," kata Dania sambil memuncungkan mulutnya.
"Alah,Dania bukan anak haram. Lagi pun bukan mak Yati tu yang lahirkan Dania dan abang-abang Dania,"kata Nurul Amira memujuk anak saudaranya itu.
"Betul tu,apa yang Mak Su cakap tu," sahut Danial.
"Dania ni,manja sangat. Sikit-sikit nak mengadu,"balas Danish.
"Biarlah,Dania nak mengadu,"kata Dania sambil tangannya memeluk tubuh sambil mata menjeling ke arah Danial dan Danish.
"Sudah,sudahlah tu. Jangan nak mengaduh dekat sini,"tegur Nurul Iman pada anak-anaknya itu.
"Danish yang mulakan dulu,"adu Dania.
"Yalah, Danish janganlah nak usik adik tu,"kata Nurul Iman sambil tangannya mula mengemas meja bekas pelanggannya makan tadi.
Danial hanya tersengih sahaja melihat gelagat adiknya Danish dan Dania. Danial memang jenis tak banyak cakap dan lebih suka membaca buku. Danial juga agak cerdas dan cerdik dari Danish dan Dania.
Nurul Iman dan ibunya akan membuka gerai dari pukul 11.00 tengahari sehingga pukul 9.00 malam. Tapi sekiranya jualan mereka habis sebelum pukul 9.00 malam mereka akan tutup lebih awal. Beginilah adat meniaga kadang-kadang ramai pelangan sehingga dapat tutup gerai lebih awal. Kadang-kadang hari pelangan tidak berapa ramai,banyak barang niaga yang tidak habis. Barang niaga yang tidak habis itu mereka akan berikan pada orang secara percuma.
Setelah mengemas dan menutup gerai mereka sekeluarga masuk ke dalam kereta. Kemudian Nurul Iman akan memandu keretanya itu ke arah rumah. Dari rumah ke tempat berniaga tidaklah jauh,hanya mengambil masa dalam 15 minit sahaja.
Sampai di rumah kelihatan si kembar sudah mengantuk dan asyik menguap sahaja. Nurul Iman segera menyuruh anak-anaknya itu membersihkan diri dan memakai baju tidur masing-masing.
"Cepat pergi mandi,lepas tu pakai baju ni,"kata Nurul Iman pada anak-anaknya.
"Baik, mak" jawab mereka serentak.
Selesai mandi dan siap memakai baju, Danial dan Danish pergi ke arah katil tempat tidur mereka berdua. Manakala Dania akan tidur bersama dengan Nurul Iman.
Melihat Danial dan Danish sudah memejamkan matanya. Nurul Iman pergi ke arah biliknya pula untuk melihat anak bongsunya Dania. Nurul Iman tersenyum bila melihat Dania juga sudah tertidur pulas di atas katil. Nurul Iman keluar dari biliknya dan pergi ke arah adik dan ibunya.
"Si kembar dah tidur ke?"tanya Khatijah sambil menoleh ke arah Nurul Iman.
"Tiga-tiga dah tidur. Ada apa lagi yang boleh Iman tolong ni?"tanya Nurul Iman.
"Dah siap dah, mak dengan Amira angkut barang dalam kereta tadi,"beritahu Khatijah.
"Akak pergilah rehat,esok nak bangun awal lagi. Nak hantar 3 orang tu pergi sekolah pula,"kata Nurul Amira pada kakaknya itu.
"Tak pa...akak tak mengantuk lagi ni,"kata Nurul Iman sambil duduk di sebelah ibunya.
"Kamu Mira, lepas dapat keputusan SPM nanti nak sambung dekat mana?"soal Khatijah pada anak bongsunya Nurul Amira.
"Dapat keputusan SPM ni...Mira ingat nak sambung tingkatan 6 je,"jawab Nurul Amira.
"Baguslah, taklah jauh sangat. Kalau sambung berlajar dekat tempat lain jenuh mak dan akak kamu nak kumpul modal pulak nak hantar kamu. Kalau tingkatan 6 ni, tinggal bayar duit yuran jelah"kata Khatijah.
Bersambung...
Jika ada salah ejaan atau tatabahasa minta maaf. Kalau ada yang perasaan boleh beritahu. Nanti saya akan edit lain.Okay, tunggu bab seterusnya tau.
Share this novel
sapa bapa kandung ank2 dia tu ...takkan lah sepupu sendiri kot kalau org tu saudara sendiri