CHAPTER 1 TK

Drama Series 10237

C H A P T E R 1

"AKU terima nikahnya Zahra Insyirah binti Muhammad Zharif dengan emas kahwinnya 1 Ribu runggit tunai "

"Sah ?"

"Sah"

"Sah"

Hanya sekali lafaz Zahra Insyirah milik Khairul Edrian , lelaki yang tidak pernah terfikir untuk berkahwin.
Dengan berat hatinya Khairul Edrian melangkah menuju ke tempat pengantin perempuan duduki

"Assalamualaikum" salam diberikan kepada Zahra

"W—waalaikumussalam" Zahra menjawab dalam keadaan menunduk , malu ditambah dengan cair apabila mendengar suara Khairul Edrian serak serak bahasa gituwww !!

"Hulur tangan kamu tu Zahra" Tegur Ibu Zahra , bila nampak menantu nya dan anaknya itu kaku seperti tidak tahu mahu buat apa

"Ha ? Er....." Perlahan perlahan tangan itu diangkat dan dipegang oleh sang suami...dupp...dappp..dupp...dapp....jantung nya menyanyi lagu tone yang terlampau tinggi , berdebar lain macam.

Selesai sarung cincin , Zahra teragak agak mahu menyalam tangan Khairul tetapi dia tetap menyalam tangan itu , perghh wangi , dia ni pakai losen ke apa ? Bagai renjatan elektrik pabila Edrian mencium dahi Zahra . Syahdu , terpegun !

Juru kamera yang diupah tidak berhenti henti mengambil gambar mereka , peluang yang tidak akan dilepaskan

"Dah cukup sambung malam ni" tegur Puan Suraiya , terkejut mereka , pantas mengalihkan pandangan masing masing

"Woii Zahra" Tegur sahabat baiknya , Farisha .

"Opocottt , eh makk" melatah Zahra , tergelak gelak dibuatnya , nasib tiada orang disitu

"Kau ni bagilah salam ! Ni tak , tiba tiba main terjah je terkejut aku" Marah Zahra

"Sorry lah beb , ni macam mana lepas kahwin ? Okay ?" Soal Farisha

"Apa yang okay nya , aku pun tak kenal dia tiba tiba ibu suruh aku kahwin dengan sepupu aku yang tak pernah kenal pulak tu , nasib aku ni single"

"Tapi untunglah tak payah susah susah cari"

"Memang untung tapi aku pun tak tau sampai bila perkahwinan ni boleh bertahan"

"Hurm , aku doakan yang terbaik untuk kau , semoga kau boleh bertahan dan kau mesti kuat" sokong Farisha

"hurm Aamiin"

"Oh okay lah aku pun dah nak balik ni , sorry tak boleh lama , nanti café aku tu siapa mau jaga hahahah"

"Lahh hurmm , nak buat macam mana , take care babe"

"okay" balas Farisha , terus pergi menuju ke keretanya

Waktu malam sudah menjelma , waktu yang paling ditakuti oleh Zahra

"Zahra , lepas ni banyak tanggungjawab yang kamu kena buat , jangan fikir kamu ni anak dara lagi , kamu dah kahwin . Hormat suami , dengar kata" Pesan Puan Aminah , ibu kepada Zahra

"Baik ibu , inshaAllah Zahra boleh buat yang terbaik" ucap Zahra sedangkan dia pun tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini

"Ibu masuk bilik dulu , kamu pergilah masuk bilik , suami kamu ada diluar tengah berborak tu agaknya"

"Ha err okay nanti Zahra masuk" takut bila ibunya suruh masuk bilik

'baik aku masuk bilik dulu sebelum dia masuk , kalau dia dah ada lagi parah' getus hati Zahra , kelam kabut dia lari masuk kebilik

Terbuntang biji mata Zahra bila ternampak 'suaminya' sudah baring di atas katil

'aduhh dia ni , awalnya masuk' bebel Zahra

"Kau nak jadi patung cendana ke , berdiri tegak depan tu" Tegur Edrian

"Hah ? Er saya nak tidur lah , tapi kenapa awak ada atas katil saya ?" soalan bodoh yang diberikan oleh Zahra

"Sekarang ni , semua milik kau adalah milik aku , so katil ni bantal ni semua milik aku sekarang ni termasuk kau" ujar Edrian sambil tersenyum sinis

"Er b—bukan awak tengah berborak dengan babah dan ayah ke ?" Zahra ubah topik , kalau difikirkan apa yang Edrian cakap mahu dia lari tidur dengan ibu

"Tu tadi , ni sekarang ! Now aku nak berborak dengan kau pulak" Jawab Edrian macam lelaki miang , senyuman nya memang tak ubah macam lelaki gatal

"Oh , saya nak tidur" Jawab Zahra terus berjalan ke katil dia mengambil tempat di sebelah Edrian , terus letak penghadang sebagai tembok supaya Edrian tidak boleh mengacaunya

"Awalnya tidur , tudung pun tak nak buka ke ?" sengaja mahu mengacau Zahra

Zahra diam , malas mahu melayan baik dia tidur dari melayan mamat gila ni

"Aku kira sampai tiga kalau kau tak jawab aku cium kau"

Satu...

Dua...

"Saya wajib pakai , aurat saya kena jaga"

"Kau dengan aku dah tak ada batas aurat , kau buka tudung tu sekarang" Arah Edrian

"Dah lah janganlah kacau saya , penat tahu tak" Marah Zahra , lalu terus memejamkan mata

Kruhhhh....kruhhhh

"Tidur dah , hari ni hari kau esok hari aku" bebel Edrian lalu terus melelapkan matanya

TBC

Harap korang suka <3 Enjoy ! Love , Red Rosee >3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience