CHAPTER 4 TK

Drama Series 10237

C H A P T E R 4

SUDAH seminggu perkahwinan diantara Zahra Insyirah dan Khairul Edrian , seperti biasa , bergaduh berpisah tiada tapi sejak kejadian 2 hari lepas Zahra dan Edrian masing masing mengelak untuk bertemu satu sama lain

Harini Edrian sudah memulakan tugasnya di Hospital Kuala Lumpur setelah seminggu bercuti . Biasanya orang lepas berkahwin mukanya ceria sahaja ini tidak monyok , muka tiada seri pengantin , serinya sudah hilang .

"Hey bro , asal monyok je ni" Soal Farid apa bila melangkah masuk ke bilik Edrian

"Macam mana nak pujuk perempuan ?" soal Edrian

"Asal ? bini kau merajuk ?"

"Takde lah biasa lah gaduh sikit" tipu Edrian

"Oh manjahh gitew , belikanlah dia bunga coklat ke , itu lan peberet kaum hawa" cadang Farid

"Porahhh idea kau ni , aku tak pernah pun tengok dia beli bunga ke makan coklat ke"

"Dah kau tak beli , dia pergi kerja pun bukannya sempat nak menyinggah"

"Dia tak kerja bro , aku pun tak nak kasi dia kerja" balas Edrian

"Wah senang nya jadi dia ek"

"Dah lah , kau ni asal masuk sini" Edrian membuka topik baharu

"Tak , aku nak ajak kau lunch , jom Dr.Khairul Edrian"

"Bini aku dah masak dah tu aku nak balik lunch" balas Edrain senada

"ye lah next time free kan masa , lepak macam dulu"

"Tengoklah , oklah bro aku gerak dulu

Sesudah Edrian sampai didepan rumah miliknya , dia keluar dari perut kereta terus menuju ke pintu masuk

"Assalamualaikum" Tiada Sahutan. Edrian memanggil nama Zahra , tiba tiba Edrian terdengar Zahra sedang muntah

Uwelkkk..uwelkkk....

"Kau kenapa ni" Soal Edrian sejurus telah sampai di sinki dapur

"Tak tahu , kepala saya pening lepastu tekak kembang semacam" adu Zahra , lalu Zahra terus pengsan

"Eh bangunn !!!" Kelam kabut Edrian seluk kocek seluarnya lalu terus menghubungi Farid supaya datang kemari dan bawa alat untuk cek pesakit

"Assalamualaikum , Edrian" panggil Farid apabila sudah sampai didepan rumah Edrian

"Masukk Farid , sini cepat"

Setelah Edrian rawat isterinya dibiliknya , takut kalau Farid tahu yang mereka tidur berasingan nanti kecoh lah dekat Ibu Ayah , sebab itulah dia bawa Zahra masuk kedalam biliknya

"Apasal dengan bini kau tu mengandung ke ?"

'Lah masabila pulak lah dia nak mengandungnya' gumam Edrian

"Er tak , tak tau lah nantilah aku tanya dia" balas Edrian gagap

"Lah buat apa kau nak tanya , kau sendiri boleh tau" balas Farid selamba macam berpengalaman

"Kau ni sebok je , dah lah pi balik , nanti scandle kau tunggu pulak , meroyan dia satgi" seloroh Edrian

"Ee kau niii , elok elok jaga bini" pesan Farid sambik tersenyum sumbing lalu terus keluar

"Ed-Edrian"

"Ha kenapa ni kau dah okay ke" soal Edrian cemas , muka Zahra begitu pucat

"Saya okay je , cuma lapar" Zahra membuat muka kasihan , sengaja je

"Kau tak makan ke pagi tadi ? Aku tau kau ada gastrik kan , asal kau tak makan" marah Edrian masih boleh dikawal

"Saya...." mata Zahra sudah merah , menahan air mata dari gugur

"Dah tunggu sini , kau sakit aku susah tahu tak" Marah Edrian dan terus keluar dari biliknya , lalu mengambil periuk dan terus memasak bubur

Setelah 15 minit Edrian memasak bubur dia terus masukkan bubur ke dalam mangkuk kaca dan terus bawa naik ke bilik

"Nah makan ni" arah Edrian

"Nak suap" sekali lagi Zahra membuat muka comel

"Kau sakit perut je bukannya kau tangan patah , makan je lah sendiri , aku ni dah lah ada kerja kena buat , aku balik nak makan tapi kau pulak macam ni , terpaksa aku ni cuti lagi" bebel Edrian , tanpa dia sedar yang dia dah guriskan hati seorang wanita yang bergelar isterinya

"Hehe takpelah , tapi boleh tak saya nak balik bilik saya" Airmatanya masih ditahan , cuba selindung disebalik tawa

"Pergilah , tapi elok elok bubur tu panas"

"Okay" sesudah sampai dibilik Zahra terus mengunci pintu bilik , lalu meletakkan bubur di atas meja dan terus berbaring di atas katilnya . Air mata yang di tahan sejak tadi akhirnya bocor temboknya lalu menangis sepuas puasnya di atas katilnya .

"Kenapa kau tak pandai nak jaga hati aku , aku isteri kau , kenapa ?" Syahdu ucapan Zahra , sambil tangisnya sudah mula berhenti , dia terus ke meja di sebelah katil nya lalu menjamah makanan yang dimasak Edrian . LAPAR !

"Zahra , aku keluar kejap"

"Okay" balas Zahra suaranya masih serak akibat menangis tadi

"Kau okay ke tidak " Tanga Edrian di hadapan bilik Zahra

"Okay je" balas Zahra , dalam diam dia tersenyum selepas berduka. Edrian tetap mengambil berat atas dirinya cuma kata kata dia sahaja masih tidak pandai untuk menjaga hati orang , dia masih tidak kebal dengan kata kata Edrian

TBC

Sorry if ada typo ahaks ! Thank for support me , love you ! Love , Red Rosee >3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience