CHAPTER 2 TK

Drama Series 10237

C H A P T E R 2

KEESOKAN harinya,

AllahuAkbarr......

Zahra terjaga apabila terdengar bunyi azan berkumandang , tapi dia terasa sakit kerana pinggang rampingnya dihimpap . Sah ! Mamat Gatal tu punya tangan

Dushhh!!!

"Aduhh" Edrian mengaduh kesakitan bila dia terjatuh dari atas katil , gorila mana yang tolak dia jatuh ni

"Woi , kau tidur ke bergusti atas katil ni , sakitlah" Marah Edrian , kacau moodnya mahu tidur

"Awak tu ! Siapa suruh alihkan penghadang tengah tengah , lepastu siap letak tangan atas pinggang orang , fikir pinggang saya ni apa ? Tempat letak tangan awak ?" Marah Zahra , tapi diperlahankan suara , nanti keluarganya fikir yang dia ni pagi pagi dah gaduh

"Mana lah aku sedar , kau fikir aku tidur buka mata ke ? boleh nampak apa yang jadi ?" Balas Edrian tak mahu kalah

"Dah lah , lawan awak memang awak yang menang . Dah subuh dah bangun , solat !" Arah Zahra , lalu terus masuk kebilik air , nasib bilik air itu berada dalam bilik tidur , tak ada lah kena keluar

PAGI itu keluarga Edrian dan keluarga Zahra bersarapan bersama , mereka tidur sehari disini , kerana letih , mereka pun membuat cadangan supaya tidur dirumah keluarga Zahra

"Macam mana malam pertama kamu Drian ?" soal Puan Suraiya

Uhukk...Uhukk...

"Macam biasa saja lah ma , tidur lepastu bangun pagi" balas Edrian selamber badak dia

"Nothing happen ?" soalnya lagi

Edrian buat tidak tahu saja soalan yang diberikan , hais lah mama ni sebok je nak tahu , kalau aku cakap yang kitorang gaduh , ha tau terkejut

"Ha , Daniel . Ayah nak sponsor kamu honeymoon ! So korang pilih lah mana je yang korang nak pergi" Encik Zharif memecahkan kesunyian di meja makan

"Honeymoon ?" serentak Edrian dan Zahra , lalu berpandangan antara satu sama lain

"Yes honeymoon . Ayah sponsor 100% just choose mana yang korang nak pergi"

"Tapi Edrian kena start kerja awal , patient dekat hospital tu siapa nak handle . Maybe boleh tapi next time lah" balas Edrian hati hati , takut kalau kata katanya boleh guriskan hati bapa mertuanya

"Zahra ?" pandangannya dialihkan kepada Zahra

"Er Zahra ikut Edrian je , Zahra tak kisah" balas Zahra

"Okaylah macam tu , take your time . Tapi bahagikan masa dengan family dan kerja ! Ingat tu ! Zahra , panggil suami jangan guna nama guna lah panggilan yang sweet sikit" Kata Encik Zharif sambil itu dia menyelitkan sedikit pesanan untuk Zahra

"B—baik ayah"

TENGAH HARI itu mereka sekeluarga berkumpul setelah selesai makan tengah hari ,

Zahra Insyirah adalah seorang anak tunggal sama dengan Khairul Edrian , amat membosankan ! Edrian asyik hadap fon nya sahaja tanpa hiraukan sekeliling , Zahra bagai cacing kepanasan tidak tahu mahu buat apa apa , tiba tiba Edrian bersuara

"Ibu , Mama , Babah dan Ayah" Panggil Edrian , 5 pasang mata itu semua pandang ke arah Edrian termasuk Zahra

"Edrian dah buat keputusan , Edrian nak berpindah ke rumah sendiri lusa" semua terkejut dengan keputusan Edrian , apatah lagi Zahra , mahu tidak terkejut tanpa perbincangan kot , tiba tiba nak pindah

"Awalnya kamu nak berpindah" Balas Puan Aminah

"Takpe ibu , Edrian tak nak lah susahkan ibu ayah kalau duduk sini "

"Tapi tak menyusahkan pun , duduk saje lah disini" pujuk puan Aminah

"Biarlah diorang tu Mina , diorang nak privasi diorang juga" tegur Encik Zharif

"Tidak mengapalah begitu , jaga anak ibu elok elok , itu sahaja yang ibu nak" pohon Puan Aminah

"InshaAllah ibu" jawab Edrian

'Eleh , ye lah tu , nanti tau kena buli je . Ibu !!!!! Taknak pindahhhh' jerit Zahra dalam hati , mukanya ditundukkan sahaja

2 Hari Kemudian ,

"Ibu dan Mama doakan kamu selamat sampai di KL , hati hati memandu Edrian" pesan Puan Aminah dan Puan Suraiya

"Cepat sikit dapat cucu tu , kami dah tak sabar dah ni" Sampuk Encik Suleiman dibelakang

"Eish awak ni menyempat pula dia , kalau ada rezeki ada lah cucunya" Tegur Puan Suraiya

'Macam mana nak dapat cucu babah oii , kitorang pun tak sehaluan' bebel Zahra dalam hati

"Okay lah Ma Bah Ayah Ibu , kami gerak dulu , sesudah sampai kami talifon ya" Ujar Edrian , lalu terus menyalam keempat orang tuanya diikuti Zahra

"Jaga suami elok elok , jangan sampai di 'makan' dekat luar" pesan Puan Aminah

"Baik ibu" balas Zahra , terus melangakah ke arah kereta Edrian

"BYEEE!!!" Laung Edrian dan Zahra

Didalam kereta ,

"Nanti di rumah , kau jangan sebok pasal aku, apa yang aku buat kau tidak perlu pun ambil tahu , kau hanya perlu kemas rumah , masak , sediakan apa yang patut itu sahaja , hal peribadi aku , kau jangan sebok nak masuk campur " Tegas Edrian , dia tidak mahu Zahra ambil perkara itu remeh temeh

"Okay" balas sepatah Zahra , malas mahu melayan

Akhirnya mereka diam sehingga sampai ke destinasi yang dituju , hanya radio era yang memecahkan kesunyian

Edrian mengerling matanya ketepi melihat wajah polos Zahra sedang nyenyak tidur

"Macam mana lah aku boleh kahwin dengan minah ni" gumam Edrian seorang diri

*********

"Bangun Zahra , dah sampai !" Kejut Edrian

"Herm" pantas Zahra bukak mata , terkejut dia melihat banglo 3 tingkat itu , gila lah mamat ni , dia nak suruh aku kemas 3 tingkat ni ke apa ? Dah lah besar nak mampos

"Ni ke r—rumah nya ?" Tanya Zahra

"Yes" jawab Edrian

"Tapi takkan lah saya kemas sorang sorang rumah ni"

"Yes , memang kau yang akan kemas , rumah ni sorang sorang" Seloroh Edrian , lalu terus keluar dari perut kereta sambil tersengih riang

'IBUUU !!!! ADIKK TAK SUKA !!! EDRIAN SUKAA BULI ADIKK!!!!' Tangis Zahra dalam hati

"Woii , kau nak berkelah dalam kereta ke , keluarlah tolong aku ni" laung Edrian di belakang kereta , sedang mengeluarkan bagasi mereka

"Tahu lah saya" balas Zahra dengan ketidak puasan hatinya

"Apa yang saya boleh tolong ?" soal Zahra sesudah sampai di bahagian bonet kereta

"Ambil lah bagasi kau ni , bawak masuk , tak larat aku nak bawak barang kau , aku pun tak tahu kau bawak baju ke bawak gajah" perli Edrian , lalu terus masuk ke dalam rumah barunya

"Ishhh , dah lah berat" keluh Zahra , matanya rasa mahu menangis tapi ditahan

"Kau kuat Zahra , baru hari pertama kau jadi bini mamat sewel ni , jangan tunjuk yang kau lemah" Zahra memberi kata kata semangat untuk dirinya sendiri , Zahra terus menarik bagasinya masuk kedalam rumah , salam diberi

"Zahra , ni aku nak pesan . Kau naik tingkat dua pintu bilik pertama yang kau nampak tu , ha itu bilik aku , so kau boleh pilih mana mana je bilik melainkan bilik aku... Oh lupa , sebelah bilik aku tu , ialah bilik kerja aku , so itu pun kau tidak boleh sama sekali masuk" Ujar Edrian tegas

"Okay" balas Zahra , lalu terus menuju ke bilik di tingkat dua sebelah bilik kerja lelaki itu

Zahra terus memasuki bilik tanpa hiraukan pandangan mata Edrian

"Sampai bila aku nak jadi macam ni , perkahwinan atas wasiat keluarga , kahwin atas kertas" sayu saje apanyang dituturkan oleh Zahra , hanya dia sorang sahaja mendengar , akhirnya dia terlelap

"Zahra" panggil Edrian didepan pintu bilik Zahra

Tok..tokk...

"Awak nak apa ?" serak suranya , kacau mood betul nak tidur

"Kau tau tak sekarang dah pukul berapa ?!" Jerit Edrian

"Awal lagi , biarlah saya tidur"

"Awal kepala kau , dah pukul 8 malam kau tahu tak ! Aku ni lapar nak makan" marah Edrian

"Hah 8 , Ya Allah Asar , Maghrib " bebel Zahra , kelam kabut dia lari masuk bilik air ambil wudu' , terus solat Maghrib dah qada' Asar

TBC

Sedap Edrian je maki isteri dia hais || hope you enjoy it ! Don't forget to rate ! and give some comments ! thankyou ! Love , Red Rosee >3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience