CHAPTER 3 TK

Drama Series 10237

C H A P T E R 3

SETELAH selesai solat Maghrib ,

ZAHRA memakai tudung lalu turun menuju ke dapur untuk menyiapkan makanan buat 'suami mulut puaka' dia tu , Zahra memasak telur goreng kicap sahaja , sayur pula adalah timun sebab itu sahaja yang ada didalam peti ais . Nasi yang di tanak itu sudah pun masak

"Edrian dah siap dah ni , makan lah" panggil Zahra dari dapur . Edrian pun melangkah ke dapur

"Kau masak apa ?" soalan pertama yang dituju oleh Edrian

"Cicak masak kicap" perli Zahra , dia tu buta ke apa , dah nampak terang terang kot

"Mana kau tangkap cicak" Loyar buruk Edrian

"Dah lah makan lah saya penat pun tak habis lagi" Ujar Zahra lalu terus menuju ke tingkat atas

"Kau tak nak makan sekali ?" Soalan kedua Edrian

"Taknak"

"Kau makan apa sampai kenyang ? Gajah dalam beg kau tu ke ?" Perli Edrian

"Awak kalau lapar buat lah cara lapar tak payah nak sebok hal orang , saya pun tak sebok hal awak" Marah Zahra

"Eh kau lupa ke aku sapa ? Aku ni suami kau tau . Apa sahaja yang kau buat aku kena tahu , kena ambil kisah , nanti kau sakit aku yang susah" Tegas Daniel

"Lah suami ke ? Atas kertas ? Ke atas lantai ? Saya ni sebenarnya penat tahu tak , dah lah kena paksa kahwin , semua atas wasiat 7 keturunan yang entah apa apa tu , stres TAHU TAK !" Lantang suara Zahra

"Jangan sesekali kau naikkan suara kau dihadapan aku ! Potong stim aku nak makan je !" Marah Edrian lalu terus naik tangga dan masuk ke bilik tidurnya

"Salah ke aku nak cakap benda yang benar , aku penat dengan perkahwinan tanpa dasar cinta . Atok nenek kenapa buat wasiat bodoh ni , semata mata nak kekalkan keturunan , dengan orang lain pun boleh juga tambah keturunan , bukannya dengan keluarga sendiri sahaja" gumam Zahra seorang diri , tembok air mata Zahra sudah pecah , teresak esak dia nangis dihadapan tangga

Edrian terdengar tangisan Zahra cepat cepat dia letakkan telinga dipintu

"Aku pun tidak tahu selama mana perkahwinan ni boleh bertahan" Ujar Edrian sendirian dan terus menghenyakkan badannya ke atas katil

Zahra terus menaiki tangga masuk ke biliknya , lalu terus menghempas badannya dia atas katil , mata Zahra sudah berat seperti ada tong gas yang duduk di atas kelopa matanya , tidak lama lepastu dia pun tertidur

PUKUL 3 PAGI , Zahra bangun apabila terasa perutnya berkeroncong meminta makanan , dia pun terus keluar dari bilik dan terdengar bunyi sudu dan garfu berlaga , bayang bayang orang . Zahra sudah syak itu adalah pencuri cepat dia masuk bilik semula dan ambil batang mop didalam bilik airnya

"Sapa tu" soal Zahra takut takut

Diam.

Pakkk....pakkkkk

"aduhhh sakitlahhh , kau ni ganas sangat kenapa ?" Marah Edrian

"Aw—awak , sorry saya tak tahu pun yang awak ada dekat dapur , maaf saya tak sengaja , lain kali bukak lah lampu ni tak makan dalam gelap kenapa ? Nak jadi hantu ?"bebel Zahra

"Kau ni sempat nak membebel , sakit tahu tak , dah lah pukul dengan batang mop" Marah Edrian sekali lagi

"Sorry" Zahra terus berlalu naik tangga , kalau diikutkan kehendak perutnya dah lama dia makan terus , tapi sebab hati masih sakit , dia lupakan saja tentang laparnya

TBC

i know this chapter pendekkan ? hehe esok kita lanje panjang sikit <3 Enjoy reading , muahhh ! Love , Red Rosee

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience