Tiba-tiba munculah sebuah cahaya kebiru-biruan di dalam bilik tidur wenses dan Ghailen secara serentak. Mereka berdua terbangun secara bersamaan.
Kelihatan seseorang budak perempuan muncul dari cahaya tersebut.
"Salam hormat putera"kata budak perempuan itu lalu berlutut di hadapan wenses.
Wenses yang masih kebingungan masih mendiamkan diri tanpa reaksi apa-apapun.
"Kau siapa?"soal Wenses.
"Hamba ialah Gita orang yang diminta oleh yang mulia ratu Welia untuk membawa tuanku kembali"sahut perempuan itu.
Wenses menggosok-gosok matanya.
Dia masih merasakan bahawa itu semua mimpi, tetapi ketika membuka matanya perempuan itu masih juga berlutut dihadapannya.
"Maafkan hamba tuanku"kata perempuan yang bernama Gita lalu berdiri dan mengikat kedua mata Wenses dengan sebuah kain.
Tidak berselang terlalu lama Gita pun melepaskan ikatan mata tersebut.
Wenses membuka matanya perlahan-lahan.
Alangkah terkejutnya dia ketika melihat ada sebuah istana megah berwarna biru dihadapannya.
"Mari tuanku"kata Gita sambil berjalan.
Kaki Wenses melangkah tanpa ragu mengikuti langkah kaki Gita walaupun dia bingung dengan kejadian itu.
Setelah tiba di depan pintu masuk istana kedengaran bunyi bising di dalam istana.
Mereka berdua bergegas untuk masuk ke dalam istana.
"Berani sekali kau Medina!"jerit seorang lelaki.
Langkah kaki Gita dan Wenses terus terhenti di depan pintu masuk istana.
"Dengarkan baik-baik Wendra, saya tidak main-main dengan perkataan saya tadi"sahut perempuan yang bernama Medina itu.
"saya sudah mengikuti keinginan kau untuk menghantar putera saya sendiri di alam manusia, sekarang kau ingin saya memberikan kerajaan air ini kepada kau?. Jangan bermimpi!" Sahut lelaki itu lagi.
Rupanya lelaki itu ialah raja Wendra yang memimpin kerajaan air.
Dan budak perempuan yang sedang beradu mulut dengannya ialah Ratu kerajaan dua elemen iaitu Ratu Medina.
"Benarkah?"soal Ratu Medina sambil tersenyum sinis.
"Pengawal tangkap perempuan ini!" Jerit Raja Wendra.
Para pengawal pun berlari ke arah Ratu Medina.
Ratu Medina hanya mengibaskan tanganya sedikit lalu seekor ular Perak yang besar muncul di sampingnya, lalu menyerang para pengawal itu.
Beberapa saat saja para ratusan pengawal itupun tumbang.
Raja Wendra yang sudah emosi terus maju untuk menyerang Ratu Medina.
Pada awalnya kelihatan Ratu Medina hanya mengelak serangan demi serangan Raja Wendra tetapi pada akhirnya dia pun menyerang Raja Wendra dengan sebuah serangan yang mematikan iaitu serangan menghisap roh.
Beberapa saat kemudian badan Raja Wendra pun tumbang di atas lantai.
Ratu Medina terdiam sejenak sambil memandang telapak tangannya. Dia melepaskan keluahan lalu memunculkan sepasang sayap di belakangnya lalu terbang entah kemana.
Gita sedari tadi sudah basah air mata melihat kejadian itu. Manakalah Wenses hanya terdiam.
"Gita, diama orang tua saya?"soal Wenses.
"Tuanku...lelaki itu ialah ayahanda tuanku, dan wanita yang sedang terduduk di singsana tanpa sadarkan diri itu ibunda tuanku"sahut Gita sambil menunjuk ke arah Raja Wendra dan ratu Welia.
Jantung Wenses tiba-tiba terasa sakit mendengar penerangan Gita.
Wenses berlari ke arah tubuh ayahanda nya yang sudah tidak sadarkan diri.
Wenses menyentuh wajah ayahandanya.
"Maafkan Wenses ayahanda kerana hanya berdiri melihat ayahanda dibunuh oleh perempuan kejam itu"kata Wenses sambil menagis.
Gita yang berdiri di belakang Wenses juga turut berasa sedih.
Wenses berdiri lalu berjalan ke arah ibundanya yang tidak sadarkan diri juga.
"Maafkan Wenses ibunda, Wenses berjanji satu saat nanti Wenses akan balaskan semua perbuatan perempuan itu!" Kata Wenses dengan suara yang lantang.
"Perempuan itu ialah Ratu Medina dari kerajaan dua elemen"kata Gita.
"Mari cari bantuan kita kena siapkan penghantaran terakhir ayahanda dan ibunda dengan layak"kata Wenses.
Baru beberapa langkah selepas keluar dari pintu masuk kedengaran deratan kaki kuda sedang menuju ke arah istana itu.
Kelihatan beribu-ribu tentera berkuda dan berjalan kaki kini sedang berada di depan istana itu.
"Tangkap semua orang yang hidup dan penjarakan"arah seorang lelaki.
Semua tentera lelaki itupun bersurai mencari dan menangkap semua orang di dalam kerajaan yang masih hidup termasuk Wenses dan Gita.
(bersambung☺️)
Share this novel