BAB 3

Fantasy Series 191

Mata Wenses terbuka perlahan-lahan dia melihat di sekelilingnya.
Dia awalnya masih teridam tetapi dia tiba-tiba teringat dengan Gita.
Matanya melilau mencari keberadaan Gita dari kerumunan orang yang dipenjara bersama dengan mereka. Dan pada akhirnya dia tidak menemukan keberadaan Gita.
"Kau cari seseorang ke?"soal seorang budak yang seusia dengannya.
"Iya..saya cari perempuan yang bernama Gita. Yang guna baju kuning"sahut Wenses.
"Ouh kau tak perasan ke kat sini takde perempuan?"soal budak lelaki itu.
Mata Wenses melilau sekali lagi .
Memang benar tempat itu tidak ada seorang pun perempuan.
"Iya takde kenapa?"soal Wenses.
"Semua perempuan yang ditangkap dijadikan pelayan oleh raja kerajaan api. Istana ini juga menjadi milik mereka sekarang"Terang budak lelaki itu.
"Raja api itu sekutu ratu Medina ke?"soal Wenses.
"Tak.. Ratu Medina tu tak pernah ada sekutu dan tak pernah nak bersekutu.
Dia menjaga kerajaan dia sendiri"sahut budak lelaki itu lagi.
"Siapa nama kau?"soal Wenses.
"Kenalkan nama saya Adref"sahut budak yang bernama Adref itu.
"Kenapa Adref tertangkap?"soal Wenses.
"Saya anak penasihat raja..tapi ayah saya dah dibunuh tadi"sahut Adrif dengan suara sayu.
"Saya anak raja"kata Wenses secara tiba-tiba membuat Adref teridam sejenak.
"Anak raja?. Bukan anak raja dihantar kat dunia manusia ke?"soal Adref.
"Saya baru balik hari ini tapi..tak sangkah pula ada kehancuran yang menanti saya"sahut Wenses.
"Semua ne salah Ratu ketot tu"kata Adref dengan nada suara yang marah.
"Apa salah keluarga saya..sampai ratu tu nak bunuh?"soal Wenses kepada Adref berharap ada pencerahan dengan kemelut di hatinya.
"Setahu saya..kejap..apa saya nak panggil kau ne..tuanku atau putera?"soal Adref.
Kerana mengikut adat istana, kerabat raja tidak boleh disebut nama sebenar mereka.
"Panggil Wenses saja,lagipun sy bukan dalam istana sekarang"sahut Wenses.
"Ouh ok, menurut cerita ayah saya... Ratu Medina tu memang macam tu suka sangat bunuh orang. Tapi dengar-dengar setiap orang yang dia bunuh roh mereka akan dibelenggu di dalam cincin perak yang tersarung di jari tangan kanannya. Dia tak pilih orang untuk dibunuh dia tu kejam sangat. Orang tua dia sendiri pun dibunuh tulah di usia sekarang dah jadi ratu".cerita Adref.
"Saya fikir ada kesalahan Besar yang orang tua saya lakukan sehingga patut untuk dibunuh..rupanya itu kekejaman semata dari Ratu Medina"kata Wenses.
Kini hatinya hanya ada dua hasrat, iaitu membebaskan roh kedua orang tuanya dan membunuh Ratu Melia.
"Nampak tak badan Ratu Medina?"soal Adref.
"Saya tak hingin langsung lihat perempuan tu" sahut Wenses.
"Tak maksud saya..badan Ratu tu ada dua warna merah terang dan biru terang. Konon ceritanya bila dia berbuat kejahatan maka bahagian badan yang berwarna merah tu bertambah tapi kalau dia berbuat kebaikan yang berwarna biru yang akan bertambah. Dari apa yang ayah saya cerita badan bahagian warna merah Ratu tu dah sampai leher, itu maknanya dia dah buat banyak kejahatan"Terang Adref.
"Dah sah ratu tu jahat nak heran apa"sahut Wenses.
Tiba-tiba sekumpulan budak perempuan datang menghampiri penjara di bahagian mereka sambil membawa dulang.
"Silakan berbaris untuk mengambil makan kamu"kata seorang perempuan.
Semua orang pun saling bertolak-tolak untuk mendehalui barisan, sedangkan Wenses dan Adref hanya terdiam di sudut penjara melihat semua orang.
"Yang di sudut tu taknak makan ke!"jerit para pelayan penjara itu.
Wenses dan Adref pun bergegas mengambil makanan.
Setelah mengambil makanan mereka berdua pun kembali di tempat mereka tadi.
"Ini ke makanan kita?"soal Wenses sambil memandang Adref. Makanan yang dimaksudkan hanya sepotong roti dan beberapa hiris sayur.
Adref mengangkat kedua bahunya.
"Kita makan jelah apa yang ada nanti kebuluran"kata Adref sambil mengunyah roti itu.
Wenses dengan terpaksa pun memakan roti itu juga.
KEESOKKAN.....
awal pagi lagi mereka semua dibangunkan untuk disuruh bekerja dan siapa yang lambat bangun akan dipukul menggunakan batang besi.
Disebabkan Wenses dan Adref terlambaf bangun mereka juga terkena pukulan batang besi itu di bahagian belakang.
Para pelayan itu tidak langsung memandang usia para tahanan walaupun Wenses dan Adref masih kanak-kanak tetap juga pukulan yang diberikan sama dengan orang dewasa juga.
Sudah berlalu dua minggu kesengsaraan di dalam penjara tetap juga seperti itu Kadang-kadang Wenses terfikir juga untuk menyerah dan ingin mati saja tetapi demi membalaskan dendam orang tuanya dia meneguhkan hatinya untuk tetap kuat.
Pada malam hari itu para pelayan yang menghantar makanan seperti biasa tidak lagi kelihatan untuk memberikan makanan padahal semua tahanan sudah sangat lapar di dalam penjara.
Tiba-tiba kelihatan seorang budak kecil yang berselumbung baju berwarna hitam masuk di kawasan penjara bersama dengan 20 orang pengawal yang sedang membawa bakul besar.
"Berikan makanan itu sekarang"arah gadis kecil itu. Lalu para pengawal pun mengagihkan makanan kepada tahanan di dalam penjara.
semua orang berbaris untuk mendapatkan makanan. Kelihatan beberapa orang tahanan menagis melihat makanan yang diberikan.
Kini tibalah giliran Wenses untuk mendapatkan makanan. Setelah dia mendapatkan makanannya dia pun kembali di tempat biasa dia dengan Adref.
"kau dapat apa?"soal Adref terus.
Wenses pun membuka kertas pembalut makanannya. Terlihatlah sepotong paha ayam, nasi dan buah epal di dalamnya.
Wenses terkejut.
"kenapa makanan hari ini berbeza?"soal Wenses.
"Mungkin pemimpin berbaik hati"sahut Adref lalu dengan rakus memakan makanan miliknya.
"taklah buruk mana perangai pemimpin kerajaan api kalau macam ne"kata Wenses lalu mula memakan makanannya.
berbulan-bulan kejadian itu terus berulang sehingga kehidupan di dalam penjara tidak lah sengsara sangat dan Wensas juga sudah mula terbiasa.
(Bersambung)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience