BAB 4

Fantasy Series 191

(15 TAHUN KEMUDIAN..)
Istana kerajaan air yang kini dimiliki oleh raja Alfert dari kerajaan api menjadi sibuk malam itu kerana ada beberapa orang tahanan yang melarikan diri diantaranya ialah Wenses dan Adref.
Hati Wenses berbelah bahagi sama ada dia kembali di dalam penjara untuk menyelamatkan Gita yang melepaskanya tadi ataupun pergi agar tidak tertangkap kembali.
"Wenses, kita kena cepat pergi kalau tak nanti kena tangkap lagi"kata Adref.
"Habis tu Gita macam mana?"soal Wenses dengan nada risau.
"Lah..tak jadi apa kat Gita tu kan dia pelayan istana, lebih baik kita pergi sekarang"sahut Adref.
Dengan berat hati Wenses pun berlari mengikuti langkah kaki Adref untuk meninggalkan istana.
"Kita nak pergi kat mana ne?"soal Adref dengan suara agak sesak kerana sedang berlari.
"Tak tahu lagi kita kena jauh sikit dari istana baru fikir tentang tu"sahut Wenses.
Mereka berdua pun berlari sekuat tenaga untuk menjauh pergi dari kawasan kerajaan itu.
Akhirnya mereka berdua tiba di sebuah rumah tua.
Mereka berdua masuk dan berehat di dalam rumah itu.
"Aku keluar sekejap nak cari buah-buahan manatahu ada"kata Adref.
"Ok jangan jauh-jauh tau"sahut Wenses.
Adref menganggukkan kepalanya lalu pergi.
Wenses berbaring sambil berfikir tentang pertanyaan Adref ketika mereka sedang dalam perjalanan tadi.
Dia memegang rantai leher yang dia kenakan.
Tiba-tiba rantai leher itu bercahaya seketika, lalu Wenses pun terus pengsan.
Tidak berselang terlalu lama Wenses pun membuka matanya.
Dia tercengang seketika melihat ada sebuah istana megah berwarna merah di depannya.
Dia melangkah perlahan-lahan ke hadapan. Secara tiba-tiba matanya menangkap sesosok bayangan hitam di depannya.
"Kalau kau nak balas dendam cepatlah bangun aku akan tunjukkan jalan ke tempat yang kau nak"kata bayangan hitam itu.
"Kau siapa?"soal Wenses.
"Aku adalah hati kau..disebabkan itu aku tahu apa yang hati kau nak"sahut bayangan hitam itu.
"Baiklah ...kalau benar kau hati aku, baru tahu aku jalan untuk ke kerajaan dua elemen"kata Wenses.
Agak lama bayang hitam itu terdiam.
"Kalau kau nak pergi sana memang mudah, apalagi kau ada kunci tapi aku akan peringatkan dulu..kalau kau dah masuk kat sana antara tiga saja kemungkinan. Pertama, kau akan mati kedua kau akan berjaya balas dendam dan yang ketiga ..kau akan selamanya kat sana menjadi pelayan orang yang kau benci. Buatlah pilihan"kata bayangan hitam itu.
"Bagi kau ada tiga..tapi bagi aku hanya ada satu kemungkinan..iaitu, aku akan bunuh ratu tu dan keluar dari sana dengan selamat"sahut Wenses.
"Baiklah kalau itu yang kau nak..pergilah"kata bayangan hitam itu.
Secara tiba-tiba Wenses pun terbangun dari pengsanya.
"Kau tak apa-apa ke Wen?"soal Adref.
"Saya ok..lama ke saya pengsan?"soal Wenses.
"Tak lama sangat dalam satu hari saja"sahut Adref.
"Aku dah tahu kita nak pergi mana"kata Wenses dengan yakin.
"Jangan cakap nak pergi kat kerajaan dua elemen"sahut Adref.
Wenses menganggukkan kepalanya.
"Kau gila ke?. Kita ne sekarang macam sampah tau tak. Kekuatan takde harta takde status pun takde. Kalau kita pergi sana yang ada hantar nyawa lah"sahut Adref.
"Jangan risau saya yakin"kata Wenses.
Adref hanya dapat menerima tekad Wenses itu kerana walaubagaimana pun orang itu ialah seorang anak raja.
"Baik bila kita nak pergi?"soal Adref.
"Esok"sahut Wenses.
KEESOKKAN HARINYA....
Mereka berdua bersiap-siap untuk pergi ke kerajaan dua elemen.
Tiba-tiba pintu rumah tua yang mereka huni itu ditendang dari luar sehingga tertanggal.
Wenses dan Adref bersiap sedia untuk menyerang.
Kelihatan seorang budak perempuan masuk dengan tergesa-gesa.
"Maafkan saya, saya dikejar tadi tulah masuk terus"kata budak perempuan itu.
"Kau dikejar siapa?"soal Adref.
"Saya dikejar orang-orang dari istana kerajaan dua elemen"sahut budak perempuan itu.
Adref dan Wenses saling berpandangan.
"Boleh saya tahu nama kau?"soal Adref.
"Owh saya nama saya Eleya salam kenal"sahut Eleya.
"Saya Adref yang ne Wenses"sahut Adref.
"Sebab apa kau dikejar orang-orang kerajaan dua elemen?"soal Wenses.
"Saya melarikan diri"sahut Eleya.
"Maksud kau?"soal Adref.
"Sebenarnya saya ne puteri Eleya,adik angkat ratu Medina,saya nak keluar bermain tapi pengawal tak beri izin terus kakak saya tahu dan bagi arahan tangkap saya"cerita Eleya.
Wenses mengerutkan dahi kerana dia merasa semua itu kebetulan.
"Kebetulan kitorang nak pergi kat kerajaan dua elemen nak cari kerja, boleh tunjukkan jalan?"soal Adref.
Eleya ketawa kecil lalu mengeluarkan sebuah peta dari cincin penyimpanannya.
"Nah ini peta menuju kerajaan dua elemen. Korang hati-hati tau sebab kakak saya tu tak suka dengan pendatang baru"kata Eleya lalu terus pergi setelah memberikan peta itu.
"Macam mana Wen?"soal Adref.
"Kita ikut peta tu"kata Wenses lalu mereka pun bertolak.
TIGA HARI KEMUDIAN...
Setelah perjalanan tiga hari akhirnya malam itu mereka sampai di gerbang istana kerajaan dua elemen.
"Mana kita nak masuk?"soal Adref.
Kerana terdapat tiga pintu di depan mereka.
"Sekejap"sahut Wenses lalu mengengam rantai lehernya sambil menutup mata.
Tidak berselang lama Wenses pun membuka matanya.
"Kita masuk pintu sebelah kiri"kata Wenses.
Lalu mereka berdua pun berlari masuk .
Setelah masuk di pintu itu ada sebuah gerbang besar lagi di depan mereka dengan lapan orang pengawal gerbang.
"Macam mana Wen, di gerbang tu ada pengawal"kata Adref.
"Kita cuba dulu meminta izin masuk"kata Wenses.
Mereka berdua berjalan ke arah gerbang.
"Berhenti!" Jerit seorang pengawal yang sedang berjalan ke arah mereka.
"Korang tak boleh masuk"kata pengawal itu.
"Kami minta maaf sebab menganggu, kami datang nak cari kerja"sahut Wenses.
"Ada kebenaran masuk?"soal pengawal itu.
"Err takde"sahut Adref.
"Kalau takde silakan pergi"kata pengawal itu.
"Tunggu!"jerit seorang lelaki.
Para pengawal itu menundukan kepala ketika lelaki itu berjalan ke depan mereka.
"Kenapa ne? "Soal lelaki itu.
"Mohon menjawab ya ketua menteri kiri, dua orang ne nak masuk tapi takde surat kebenaran"sahut salah satu pengawal.
"Kalau takde surat kebenaran kenapa Dorang boleh melalui pintu ghaib?"soal lelaki itu.
Para pengawal itu terdiam.
"Betul ke korang takde surat kebenaran?soal lelaki itu kepada Wenses dan Adref.
"Betul, yang mulia ketua menteri kiri"sahut Wenses.
"Kalau betul korang takde surat kebenaran kenapa boleh lepas dari pintu ghaib?"soal lelaki itu.
"Pintu ghaib yang mulia katakan itu apa tiga pintu itu?"soal Wenses.
"Benar"sahut lelaki itu.
"Kami masuk kemana yang kami yakin saja"sahut Wenses.
"Kalian tunggu sebentar saya akan berdiskusi dengan yang mulia ratu"kata lelaki itu.
Berselang agak lama lelaki itupun kembali bersama dengan seorang perempuan.
"Korang boleh masuk menghadap yang mulia ratu"kata perempuan itu.
Wenses dan Adref pun masuk mengikuti mereka.
Mereka berdua di bawa di aula utama istana untuk menghadap kepada ratu Medina.
"Yang mulia ratu, dua orang yang dimaksudkan mohon menghadap"kata lelaki itu.
Ratu Medina memusingkan tempat duduknya menghadap mereka berempat.
Mereka berempat pun serentak memberikan hormat.
"Retda dan Humrey boleh pergi saya akan panggil kalau ada apa-apa"arah Ratu Medina.
Retda dan Humrey pun mengundurkan diri hanya Wenses dan Adref yang berada di depan Ratu Medina ketika itu.
"Nama?"soal Ratu Medina.
"Mohon menjawab yang mulia ratu, nama hamba Wenses dan dia Adref"sahut Wenses.
"Usia?"soal Ratu Medina lagi.
"Kami berdua sama yang mulia ratu, 22 tahun"sahut Wenses.
"Wenses dan Adref, korang tahanan kerajaan air yang kini dikuasai oleh kerajaan api benarkan?"soal Ratu Medina.
Adref secara automatik memandang ke arah Wenses yang masih kelihatan tenang.
"Benar yang mulia"sahut Wenses.
"Adref anak kepala menteri penasihat raja Wendra. Dan kau siapa?"soal Ratu Medina.
"Hamba hanya penduduk biasa yang berteman dengan Adref"sahut Wenses.
Bibir merah merekah Ratu Medina mengukir senyum kecil.
"Pekerjaan apa yang kau berdua nak?"soal Ratu Medina.
"Jika yang mulia ratu tidak keberatan kami memohon untuk dijadikan pelayan"sahut Adref pula.
"Boleh..Adref sebagai pelayan penjaga tanaman dan Wenses pelayan menghidupkan dupa bagaimana setuju?"soal Ratu Medina.
"Terima kasih dengan kemurahan hati yang mulia kami terima"sahut mereka berdua secara serentak.
Ratu Medina menurunkan ular putih yang ada di bahunya.
"Korang ikut ular ne ketempat tinggal yang disediakan"kata Ratu Medina.
Wenses dan Adref pun pergi mengikuti ular itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience