BAB 2

Romance Completed 23876

Hari ini hari pertama dia bekerja. Semalam tu bagi senaman je tu. Hari ini bermulalah serangan aku dekat dia. Hihihi. Nasib baik aku tengah cuti sem. Mujur juga aku dah last sem. Tak sabarnya nak habiskan sem ni cepat-cepat. Lepas tu kita enjoy!

“ Baik Datuk.”

Aku turun daripada atas dan mengambil tempat di depan papa dan mama. Aku menjeling sekilas ke arah lelaki tu. Ish! Aku nak panggil dia apa? amah ke? Orang gaji ke? Or lelaki tu?

“ Kamu nak ke mana hari ni?”

Aku mendongak melihat papa. Ke mana? Duduk rumah je la.

“ Jadi puan beradu je la dekat rumah ni. bukannya ada orang nak bawa Safia bercuti pun.” Sengaja aku buat suara pasrah. Haha. Aku sedih bila mama dan papa asyik sibuk dengan kerja je.

“ Minggu depan mama dan papa cuti. Kita pergi holiday.”

Mataku mula bersinar. What? Seriously?

“ Ye sayang.”

“ Yeay!! Sayang papa dan mama.”

Ha! Macam ni barulah berselera sikit.

“ Nah Datuk.”

Tiba-tiba dia datang dan menghulurkan secawan kopi pada papa aku. aku pandang dia kecik besar kecik besar je sekarang ni. serupa nak makan orang pun ada. Haha. Tapi dia hanya bersikap selamba dan menuju ke dapur semula. Haish! Tak boleh jadi. Aku bagi jelingan sikit punya tajam. Dia boleh santai je. tak rasa gerun or takut ke?

Nak takut apa? kau tu bukan hantu Safia. Hehe.

“ Mat amah! Bawa sini air suam satu gelas! Cepat!” Wah. Mat amah aku panggil dia? haha. Biarkan. Dah memang dia amah aka amah pun kan? Kakaka.

“ Safia. Kenapa panggil macam tu? Panggil lah sopan sikit.” Mama menegur tapi aku hanya bersikap selamba.

“ Nah Cik Bos.”

Aku tersentak. Alamak! Aku terlupa nak cakap kat dia jangan panggil aku Cik Bos depan mama dan papa. Aduh! Kantoilah macam ni.

“ Cik Bos?” papa dan merenung aku dengan tajam. Aku pula hanya tersengih.

“ Terima kasih.” Terus aku tolak tubuhnya ke dapur. Aku terus bangun dan menuju sekali ke dapur. Kantoi!

“ Yang kau pergi panggil aku Cik Bos depan diorang tu kenapa?” Soalku tak puas hati.

“ Dah awak yang suruh saya panggil Cik Bos. Saya panggil je la.” Aduh! Suka sangat dia buat muka tak bersalah dia tu.

“ Lain kali kalau depan mama dan papa aku. tak payah panggil aku Cik Bos. Faham?” Tegasku.

“ Entah. Fahamlah kot.”

Aku terlopong. What? Dia jawab apa tadi?

“ Safia!”

Baru sahaja aku nak bagi dia sakit. Tapi papa dah panggil. Tak apa. hari ni hari kau. Tunggu jap lagi.

“ ye papa.”

Dan aku dapat tengok senyuman sinis dia di saat aku ingin berlalu. Sabar Safia! Sabar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience