BAB 1

Romance Completed 23876

“ Mama? Mama nak pergi mana ni?”

“ Nak pergi ambil pembantu rumah lah. Hari ni dia sampai. Kamu tunggu rumah. Mama dan papa pergi kejap je.”

Aku memandang sekilas ke arah luar. Mama dan papa ni. Bosanlah. Kenapa perlu ambil orang gaji? Nak aku buat mereka lari lagi ke? Haha. Untuk pengetahuan korang, setiap kali ada amah baru masuk dalam rumah ni. Aku kena uji mereka dulu. Macam-macam aku buat sampai mereka dah tak tahan lepas tu mereka blah!

Lepas tu mama dan papa pula kena cari amah lain. Satu syarat nak jadi orang gaji dalam rumah ni kena tahan sikap aku. Haha. Tak padan dengan dah besar. Perangai mengalahkan budak-budak la aku ni. Ikut suka hati aku la. Kikiki.

Tiba-tiba telefon bimbitku bergetar. Aik? Mama call?

“ Assalamualaikum mama.”

“ Waalaikumussalam. Kamu cuba tengok dekat luar jap. Ada orang datang tak?”

Aku terjenguk-jenguk ke arah tingkap. Tak ada sesiapa pun.

“ Mana ada pun. Mama maksudkan siapa?”

“ Orang gaji kita la. Kamu pergi lah ke luar. Tengok. Jangan la duk intai sebalik kain langsir tu je.”

Aku mencebik. Mama ni macam tahu pula apa yang aku tengah buat tadi. Tanpa berlengah aku bergegas ke luar rumah. Dan mataku menangkap kelibat seorang lelaki yang baru ingin menekan loceng rumah aku.

“ Mama. Ada seorang lelaki datang. Siapa ma? Takkan orang gaji kot?”

Setahu aku mana ada orang lelaki sudi jadi orang gaji dalam rumah aku ni ha.

“ Ha. Tu lah orang gaji kita. Kamu layan kejap. Mama dan papa akan balik kejap lagi. Assalamualaikum.”

“ Eh! Ma!.. Waalaikumussalam.”

Mama! amah kita lelaki? Orang gaji kita lelaki? What?

Ting tong!

Aku dengan malasnya membuka pintu pagar rumah. Tapi tak pula aku menjemputnya masuk. Aku siap bercekak pinggang lagi melihat ke arahnya. Hum. Boleh tahan. Handsome juga. Tapi pakaian tu agak selekeh. Yalah. Nama pun nak bekerja sebagai orang gaji. Takkan sebagai model pula?

“ Ini rumah Datuk Rahim dan Datin Maria ke?” Soalnya sebaik sahaja nampak wajah aku yang dingin itu.

“ Ya. Kau siapa?” Kasar sekali aku panggil. Ha! Biarkan! Nak uji dulu sama ada dia ni sudi bersabar dengan aku tak. Dah lah lelaki beb. Tak fasal-fasal aku jadi mangsa culik or rogol. Erk! Tak nak! Minta simpang!

“ Maaf. Saya orang gaji rumah ni. Datuk minta saya datang sini. Cik ni?”

“ panggil aku Cik Bos. Aku anak mereka.”

Perangai lama aku kembali. Masa ni la nak bagi ujian dekat dia. Haha. Kau siap orang gaji!

“ Nama kau apa?”

“ Saya Imzar Aiman. Boleh panggil saya Imzar.”

Aku tengok dia dari atas sampai bawah. Lembut tak? Nampak gaya macam tak. Amboi kau Safia. Kalau lelaki yang jadi orang gaji ni terus kau label sebagai lembut. Mentaliti kau ni! Mana tahu kan?

“ Masuklah.”

Aku perhati cara dia jalan dan bawa barang. Ermm.. Bukan lembut. Nasib baik. Kalau lembut aku akan keluarkan kau dari sini sekarang juga.

“ Eh! Nak ke mana tu?” SOalku nyaring bila dia bersiap sedia nak masuk ke dalam rumah dah.

“ Erk.. nak masuk lah. Datuk kata saya dah mula boleh mula kerja.”

“ Tak bolehlah. Mama dan papa aku tak ada dekat rumah. Kau duduk dulu dekat luar tu. aku ada benda nak tanya.”

Dia ikut je arahan aku. tapi muka tu tak boleh tahan betul. Selamba gila.

“ Ada syarat bila kau dah jadi orang gaji dekat sini.”

Aku membetulkan duduk. Tajam aku merenung dia.

“ First. Kau mesti panggil aku Cik Bos. Mama dan papa aku mesti lah panggil Datuk dan Datin kan? Second. Kau tak boleh lewat datang kerja. Kalau lewat sesaat je pun kau kena denda. Denda apa? Oh. Itu kau akan tahu bila kau lewat. Dan third. Aku tak sangka akan dapat orang gaji lelaki. Tapi boleh ke kau buat kerja rumah?”

Aku buat muka sinis.

“ Cik Bos jangan pandang rendah dekat saya. Saya ni bekas chef tau.”

Aku tersenyum sinis.

“ Oh. Bekas? Okay. Nevermind.”

Aku nak soal apa lagi ni? Mama! Safia tak rela dia jadi amah kita. Lelaki ma! Kenapa? Kalau lelaki tak boleh jadi amah? Tak! Amboi mentaliti kau Safia. HUhu.

“ Kau lelaki sejati kan?” Aku terkedu. Dah kenapa aku tanya soalan macam tu? Erk! Haha.

Dia terkedu juga. Haha. Muka tu dah memerah. Sama ada marah atau malu.

“ Of courselah. Ingat saya ni pondan? Ingat saya ni lembut? Or gay?” amboi. Marah nampak.

“ Tak. Aku tanya je. Mana nak tau dalam rumah ni ada orang tak normal. Okay kau boleh mulakan kerja.”

Dengan selambanya aku bangun dan melintasi dia untuk masuk ke dalam rumah. Sempat juga aku menjeling dia yang sedang menahan geram tu. Oh! Sukanya! Haha. Kita tunggu. Sampai bila kau akan bertahan jadi amah dalam rumah ni. Hihi. Harap-harap seminggu je. Lepas tu blah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience