BAB 8

Romance Completed 23876

Aku terlopong besar. Mama dan papa dah masuk ke dalam majlis kenduri tu. Cuma aku je yang masih tercegat dekat luar ni dengan reaksi yang sangat terkejut.

“ Nak prince charming jemput ke baru nak masuk wahai Cik Bos?”

Aku mencebik. Terus aku tolak badannya ke tepi. Kenapa mama dan papa bawa dia ni sekali? Hish! Nak tunggu aku buli dia lagi ke?

“ Safia! Lama tak jumpa kamu.”

Alamak! Aunty Zaria.

“ Ha. Lama gak la. Erk.. saya pergi makan dulu.”

Terus aku menonong masuk ke dalam rumah. Makan dalam rumahlah lebih nikmat. Tolonglah! Aku tak maulah berdepan lama-lama dengan aunty Zaria tu. Nanti tak fasal-fasal dia ungkit nama Daniel depan mata aku. Huh!

“ Akak Safia?”

Aku tersenyum lebar melihat pasangan pengantin di depan mata aku ni.

“ Adawiyah. Wah.. cantiknya adik akak ni. Tahniah. Sorry akak tak ada hadiah.”

“ tak apa. akak datang ni pun dah cukup rahmat.”

Pelik? Yalah sebab adik sepupu aku yang lebih muda daripada aku ni pun dah kahwin dulu. Ala muda dua tahun. Aku 24. Dia 22. Sebab aku masih belajar dan aku pergi sambung ijazahla yang aku tak mahu kahwin lagi. Dan calon mana calon?

“ Tahniah beb.”

Aku tersentak. Aik? Suami Adawiyah ni kenal amah aku ke?

“ Thanks. Kau datang dengan siapa?”

“ Datang dengan saudara aku. saudara kau juga.”

Ha? Aku mencerun ke arahnya. What? Saudara? Ewah-ewah dia. mengaku saudara pula sedangkan hanya amah dekat rumah aku.

“ Eh! Jap! Awak kenal dengan amah ni?”

“ Dia kawan saya.” Aku menjeling pula ke arah Imzar.

“ Kawan? Huh! Dan.. masa bila dia jadi saudara Datuk Rahim?” Soalku sinis.

“ Beb. Sorry. Tunang aku ni amnesia kot. Dia lupa la tu. Sorry erk. Lupa nak cakap. Ni la tunang yang aku cerita dekat kau hari tu. sorry baru tunjuk kat kau.”

Lagilah aku terlopong. What? Dia mengaku aku ni tunang dia? What?!!!!!!

“ Akak Safia? Tak cakap pun dah bertunang.”

Aku rasa nak pengsan. Tolong!

“ Abang yang tak bagi dia cakap. Sorry ye Adawiyah.”

“ Eh! Wait! Wait!”

Aku meraup rambutku ke belakang. Kepalaku picit perlahan. Pening dengan suasana sekarang.

“ Apa? tunang? Eh! Semenjak bila aku jadi tunang kau amah? Untuk pengetahuan Adawiyah, dia ni amah rumah akak tau. amah Imzar. Kenapa dia tunang akak pula? Tolonglah. Akak masih single and avaible.”

Tajam aku merenung dia yang masih bersikap selamba itu. dia memang tak ada perasaan langsung ke?

“ And one more thing. Masa bila kau jadi saudara aku? Huh! Dah lah. Aku nak balik.”

Terus aku menonong keluar daripada rumah tu. nampak ja mama dan papa tengah makan. Aku lagilah tak ada selera. Jadi aku terus menuju ke arah kereta dan pulang ke rumah. Nasib baik aku datang asing. Kalau tak kena balik naik teksi la jawabnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience