BAB 10

Romance Completed 23876

Aku jalan ke kiri. Dia turut ke kiri. Aku mula ke kanan. Dia pun turut sama ke kanan. Aku merengus geram. Dia ni dah kenapa? Nak halang jalan aku pula.

“ Awak nak ke mana?”

Aku abaikan pertanyaan dia dan menonong ke luar rumah. Aku ambil tempat di kerusi panjang itu. Mama dan papa ada dalam bilik. Entah apa mereka buat tak tahu la. Suka sangat biarkan aku dan amah aku ni bersendirian. Nak aku buli dia lagi ke? Aku tak ada mood nak buli dia dah selepas dapat tahu hal sebenar.

“ Safia.. Maafkan saya.”

Dia datang dan duduk sebelah aku. Aku hanya mendiamkan diri.

“ Awak.. Janganlah diam. Saya rindu awak yang suka buli saya tu. Cik Bos!”

Aku tersenyum dalam hati. Cik Bos?

“ Kau bukan mat amah aku dah. Kau kan dah nak jadi suami aku. So buat apa aku nak buli kau lagi?” Dingin aku membalasnya.

“ Saya minta maaf. Sebenarnya saya nak beritahu awak perkara sebenar. Dah lama. Tapi saya tak berani. Dan saya tahu kalau awak dapat tahu mesti awak bencikan saya. That’s why saya berlakon jadi amah awak. Saya nak awak kenal saya dulu. Kenal siapa tunang awak dari kecil ni. Lepas dah kenal baru saya cakap siapa saya yang sebenar.”

Aku terdiam. Siapa sangka kan? Aku dah bertunang sejak kecil. Pelik.

“ Tapi lain pula yang jadi. Awak tahu lebih awal. Maafkan saya. Saya sayangkan awak Safia.”

“ Daniel. Kalau betul kau tunang aku daripada kecil. kenapa biarkan Daniel dekat dengan aku? Kenapa biarkan Daniel sakitkan hati aku?”

Terus aku merenung dia tajam.

“ Itu saya tak tahu. Yang saya tahu family awak dan family Daniel kenalkan awak dan dia. Family awak ingat korang akan kawan-kawan macam tu je. tapi tak sangka malam tu Daniel datang dan tanya bila nak meminang awak.”

Aku tersenyum sinis. Tak tahu?

“ Tapi mujurlah awak dah nampak kecurangan dia. saya takut sangat malam tu. saya juga sedih tengok awak menangis. Tapi saya tahan. Tahan diri saya ni daripada menjadi diri saya yang sebenar. Nak je saya seka air mata awak masa tu. tapi saya tak boleh sebab saya amah.” Dia tersenyum pula.

“ Awak… saya serius. Saya sangat cintakan awak. saya tak sangka tunang saya ni kasar orangnya dan suka buli orang. Nasib baik saya yang kena buli. Bukan orang lain.”

Aku tersengih. Kelakar pula bila ingat tu. Buli bakal suami kot.

“ So… awak dah boleh maafkan saya kan?”

Bersungguh-sungguh gayanya. Ni yang buat aku tak boleh marah lama-lama. Tak sampai hati. Dan terasa nak buli dia lagilah. Haha.

“ Mat amah!”

“ Ye Cik Bos!”

“Pergi masak sedap-sedap! Aku nak makan!”

“ Baik Cik Bos!”

Dan kami berdua tersenyum lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience