BAB 6

Fantasy Completed 5406

Kamaruddin menyelinap masuk ke dalam memori Giselle dan dia cuba memanipulasi memori tersebut. Giselle cuba untuk melawan daripada fikirannya dikawal oleh Kamaruddin tetapi dia tidak berdaya untuk melakukannya kerana Kamaruddin lebih hebat dalam mengawal fikiran orang daripadanya.

“Waaaaaaa!!!” Giselle menjerit sambil memegang kepalanya yang sakit akibat memorinya semakin. Kamaruddin pula hanya duduk sambil tersenyum melihat gelagat Giselle yang dalam kesakitan itu. Giselle jatuh terduduk sambil memegang kepalanya. Memorinya bercelaru.

“Berhenti! Berhenti! Arghhh!” Jerit Giselle menahan kesakitan di kepalanya. Kamaruddin hanya gelak besar bila melihat Giselle yang menahan kesakitan.

Daud yang tadinya berada di luar bilik rawatan khas terus mengetuk pintu bilik dengan kuat. “Giselle! Giselle! Giselle!” Jerit Daud. Daud kemudiannya merempuh pintu bilik tersebut sehingga pecah. Daud terkejut melihat Giselle terbaring. Wajah Giselle menjadi pucat lesi.

“Kamaruddin! Apa dah jadi dengan Giselle? Kau buat apa ni?”

“Entah, dia tiba-tiba pengsan. Aku nak panggil kau tapi kau dah masuk dulu. Jadi tak apalah.”

“Sudah, panggil ambulans cepat. Kita dah tak ada masa ni!”

Daud cuba merasa nadi tangan Giselle. Masih lagi berdenyut. Kamaruddin hanya tersenyum lebar sambil memerhatikan gelagat Daud.

Bila kau bangun nanti, kau tak akan ingat lagi tentang Daud. Cinta dan memori kau tentang dia semuanya aku dah hapuskan. Aku sudah pun tanamkan aliran pemikiran aku pada kau. Selepas ini, kau juga akan jadi seperti aku. Sadistik. Memori kau tentang cinta kau pada Daud juga telah aku gantikan. Cinta kau hanya untuk aku, Giselle. Hanya aku. Haha! Kamaruddin gelak besar di dalam hatinya.

“Daud. Kau kena ingat dalam hidup ni supaya hormati prinsip hidup orang lain.”

“Apa kau cakap ni?” Tanya Daud dalam keadaan kelam-kabut.

“Never mind, just let it slide! Cepat, kau angkat Giselle keluar cepat!” Kata Kamaruddin yang pura-pura cuba untuk menolong Daud mengangkat Giselle.

Terkulai tewas juga Giselle akhirnya dalam permainan psikologi. Kamaruddin pula berjaya menegakkan prinsipnya yang salah dan memanipulasi fikiran Giselle.

Apakah pendapat manusia semuanya benar? Manusia juga kadangkala terlalu mengikut emosi sehingga jiwa seseorang individu itu hanyut ditelan emosi. Persoalan itu hanya mampu dijawab oleh individu itu sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience