BAB 3

Fantasy Completed 5406

Daud membawa Kamaruddin ke Kota Damansara untuk berjumpa dengan Giselle. Dia tahu Giselle boleh merawat kepala otak Kamaruddin yang semakin rosak itu. Dia tidak mahu Kamaruddin sesat di dalam dunianya sendiri.

Sampai sahaja di rumah Giselle, Daud dan Kamaruddin keluar daripada kereta Lancer milik Kamaruddin. Waktu perjalanan mereka tidaklah lama sangat dari Kuala Lumpur memandangkan tiada kesesakan lalu lintas sewaktu perjalanan mereka.

Daud menuju ke arah pintu pagar rumah Giselle. Dia kemudian menekan loceng rumahnya. Kamaruddin pula hanya bersandar pada kereta sambil mengelap cermin matanya.

Pintu dibuka. Seorang perempuan cantik berambut blonde terus memeluk Daud secara tiba-tiba.

“Daud! Rindunya aku kat kau! Dah dekat setahun kita tak jumpa lepas habis degree.”

“Giselle… Janganlah peluk aku kat sini. Malulah aku dekat kawan aku tu.”

“Kau bawa kawan kau ke? Ini mesti ada sesuatu yang kau nak minta tolong dari aku ni.” Giselle melepaskan pelukannya. Giselle melihat ke luar rumahnya. Kemudian dia memerhatikan Kamaruddin dengan teliti.

“Kau tahu kan masalah dia?”

“Tahu. Biar aku settle kan masalah dia ni. Serahkan semuanya pada aku.”

Daud meletakkan segunung kepercayaan kepada Giselle supaya dia dapat memulihkan Kamaruddin seperti biasa. Daud tahu yang Giselle mempunyai kebolehan untuk membaca fikiran orang. Disebabkan itulah Giselle menjadi seorang pakar psikiatri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience