BAB 4

Fantasy Completed 5406

“Pengalaman aku banyak, jangan risaulah. Aku tak akan kena psiko dengan budak ni punya!” Itulah kata-kata terakhir Giselle sebelum dia dan Kamaruddin masuk ke bilik rawatan khas di rumah Giselle. Daud terdiam. Dia harap Giselle tidak apa-apa.

Bilik rawatan khas Giselle tidaklah terlalu besar ruangnya. Ada dua buah kerusi dan sebuah meja sahaja di dalam bilik itu. Giselle dan Kamaruddin duduk di atas kerusi yang telah disediakan. Maka, sesi rawatan pun bermula.

“Nama awak Kamaruddin Hafizul ya?” Tanya Giselle untuk memastikan penaakulannya. Kamaruddin mengangguk. Giselle mengeluarkan pen untuk menulis pada buku rawatannya.

“Percaya pada Tuhan tak? Yang mencipta seluruh dunia ni, yang beri awak oksigen untuk bernafas dan…” Belum sempat Giselle menghabiskan ayatnya, Kamaruddin memotong ayatnya.

“Ya. Tapi aku rasa Tuhan tu tak adil. Itu sahaja. Bukannya aku tak percaya Tuhan.”

“Awak kena ingat, kalau Tuhan tu tak adil, awak tak wujud di dunia ni lagi tahu tak. Sebabnya Tuhan boleh sahaja tak pilih awak untuk dihidupkan di dunia ni. Lagipun awak bukan sesiapa bagi Dia.”

Kamaruddin tidak mahu mengalah. Dia tahu Giselle cuba menggunakan ayat psiko supaya dia tidak mampu membalas pendapatnya.

“Kau tak tahu kehidupan aku macam mana, kau nak cakap macam-macam? Kau tak pernah rasa kurangnya kasih sayang, ditikam belakang oleh kawan-kawan dan yang paling penting, tak pernah rasa apa itu cinta.” Marah Kamaruddin sambil tangan kanannya mengetuk meja.

Giselle menatap wajah Kamaruddin. Dia cuba membaca fikiran Kamaruddin. Penuh dengan hasad dengki. Itulah yang Giselle dapat daripada fikiran Kamaruddin. Hidupnya kosong tanpa ada matlamat yang kukuh.

“Jodoh tu ada. Cuma belum sampai masa sahaja. Ingatlah setiap yang berlaku tu mesti ada hikmah. Hikmah di sini adalah kelebihan yang Tuhan berikan pada kita atas sesuatu kejadian.”

“Rasanya Daud dah cakap benda tu pada aku. Kehidupan kau tak seteruk aku. Orang lain semuanya anggap aku gila! Sebab pendapat aku lain daripada mereka!”

“Kamaruddin. Awak jangan terlalu paranoid. Saya tak kata awak gila, awak mungkin berhalusinasi yang banyak sangat kerana awaklah punca kepada kecacatan pemikiran awak.” Terang Giselle kepada Kamaruddin.

“Kita manusia kalau terlalukan ikut emosi, emosilah yang akan kawal kita. Bukan kita yang mengawal emosi. Awak tak perlu risaukan tentang apa yang orang lain fikir tentang awak. Sebab awak lebih kenal diri sendiri.”

“Diam. Kau ingat aku tak tahu yang kau pun orang pernah kata kau gila?!” Kamaruddin meninggikan suaranya terhadap Giselle. Giselle terkejut. Macam mana dia tahu aku pernah ada pengalaman macam tu? Monolog Giselle dalam keadaan ingin tahu.

“Nama kau Giselle Enokaeva. Umur kau 26 tahun. Belum berkahwin lagi dan kau boleh baca fikiran orang. Kau ada perasaan cinta pada Daud sewaktu kau di Rusia dulu. Aku boleh teruskan lagi kalau aku nak tapi setakat ni aku nak tengok reaksi kau. Hahaha.” Gelak besar Kamaruddin. Rupanya Kamaruddin juga ada kebolehan untuk membaca fikiran orang lain.

“Aku tahu kau nak kata aku ada penyakit skizofrenia. Tapi kau silap, aku seorang yang gifted. Fikiran orang lain aku boleh baca dan aku dapat mengagak setiap tindakan individu yang aku perhatikan. Daud pun tak tahu aku ada kelebihan ni.” Sambung Kamaruddin lagi. Wajah Giselle menjadi biru pucat.

Giselle kini berhadapan dengan Kamaruddin yang mempunyai kebolehan yang sama dengannya. Satu cabaran yang besar buatnya. Sama ada dia tewas dengan Kamaruddin ataupun sebaliknya. Jika dia gagal, maka fikiran dialah yang akan bercelaru. Giselle mengetap giginya. Dia tidak akan menyerah kalah sebelum berjuang!

“Jadi, awak cuba gunakan kebolehan awak untuk membaca fikiran Tuhan? Macam tu?”

“Tidaklah sampai ke tahap tu. Aku just berpegang kepada prinsip aku sahaja. Orang lain tak perlu nak sibuk.” Kamaruddin tetap juga mempertahankan prinsipnya yang tidak percayakan Tuhan.

“Tapi prinsip awak salah.”

“Apa definisi prinsip? Kita perlu hormati prinsip orang lain. Nama pun prinsip atau aku permudahkan pendapat. Kita sebagai manusia tak boleh nak menentukan seseorang itu salah.” Kamaruddin cuba bermain kata-kata dengan Giselle.

“Jadi awak fikir awak betullah? Awak pun tak tahu awak betul atau tak.” Giselle hampir sahaja terperangkap dengan kata-kata Kamaruddin. Mujur dia sedar bahawa Kamaruddin cuba membaca fikirannya.

“Betul atau tak itu belakang cerita. Cinta kau pun belum tentu berbalas.” Kamaruddin tersengih. Giselle tidak dapat menahan sabar. Kamaruddin cuba menyelinap memori Giselle.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience