BAB 2

Fantasy Completed 5406

Kuala Lumpur pada hari itu sangat sesak. Kereta dan lori yang lalu lalang membuatkan suasana di ibu kota riuh rendah. Kamaruddin yang pada ketika itu sedang berjalan-jalan di ibu kota duduk di tepi tangga Maybank.

Tak guna betul, buat penat aku cuba buat pinjaman untuk beli rumah baru. Apa lagi yang bank ni mahukan? Aku dah ada semua benda kot. Lepas tu, mana pulak perginya si Daud ni? Kata nak pergi tandas, lama betul! Monolog Kamaruddin bersendirian.

Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Daud rupanya. Kamaruddin menarik mukanya. Daud tersengih. Tujuan mereka ke Kuala Lumpur sebenarnya adalah untuk membuat pinjaman bank untuk membeli rumah. Tetapi disebabkan Kamaruddin tidak mempunyai kerja dan hanya mewarisi harta peninggalan ayahnya maka pinjamannya tidak diluluskan.

“Hoi, kau nak tahu tak berita baik?” Tanya Daud membuka bicara. Kamaruddin yang kemas berbaju kemeja macam orang nak pergi interview hanya ringkas menjawab, “Apa?”

“Aku dapat nombor awek kat dalam bank tu. Haha.” Daud berasa sangat seronok kerana dia berjaya mengurat awek yang diminatinya. Kamaruddin terdiam.

“Aku rasa tak puas hati ni.”

“Kenapa?”

“Sebab hidup kau lebih baik dari aku.” Luah Kamaruddin kepada Daud. Daud pun berasa pelik dengan kata-kata Kamaruddin.

“Hidup kau lebih baik dari aku. Kenapa kau cakap macam kau dengki dengan aku?” Tanya Daud. Kamaruddin menyinsing lengan kemejanya.

“Mana tidaknya, kau ada awek, tapi boleh tackle lagi nak buat backup. Untunglah mulut kau manis berkata-kata. Aku ni harta ada, tapi sampai sekarang tak ada girlfriend lagi. Lepas tu, aku tak dapat apa yang aku nak, kasih sayang dan macam-macam lagilah yang aku nak.” Kamaruddin berasa kecewa.

“Itu semua kerja Tuhan. Biarlah dia yang tentukan jodoh untuk kau. Ada hikmah semua tu.”

“Kau fikir aku percayakan semua ni? Maksud aku Tuhan, jodoh, keajaiban dan yang seangkatan dengannya. Bencilah aku dengan hidup ni!” Wajah Kamaruddin menjadi merah padam akibat menahan marah. Daud menepuk bahu Kamaruddin untuk menenangkannya.

“Jom, ikut aku. Aku nak bawa kau jumpa dengan seseorang.”

“Siapa?”

“Giselle Enokaeva.”

Giselle Enokaeva ialah kawan kepada Daud sewaktu Daud melanjutkan pelajarannya ke Rusia. Giselle sebenarnya ialah seorang psikiatri atau seorang doktor pakar sakit jiwa. Kebanyakan pesakit mental yang berjumpa dengan Giselle telah pulih setelah mendapat rawatan daripadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience