Series
1108
"Anak?" soal Engku Fazli bersama sengehan.
"You're talking about my daughter, Tengku Nina?" Nina telan air liur berpasir. Cerlungan tajam penuh ejekan menjengkelkan Nina.
"Anak kita, Faz..." meletus ketawa Engku Fazli.
"Excuse me, tengku... Siapa nama anak you, Nina? Siapa nama anak you?" terkulat-kulat Nina nak menjawab soalan dari Engku Fazli Fakhrul.
"Engku, it's time..." tegur pembantu peribadi Engku Fazli yang mengekorinya sebaik memasuki bangunan milik keluarganya.
"Thanks..." langkah kaki Engku Fazli terhenti sebelum tubuhnya dipusingkan menghadap Nina yang sedang menayang wajah sedih yang penuh kepura-puraan.
"Listen here, Tengku Nina Naqila. Antara kita takde apa-apa kaitan and we're over."
"Faz..." terhenti bicara Nina tatkala Engku Fazli menaikkan tapak tangannya tepat ke wajah Nina.
"Hubungan kita ni macam yang you pernah katakan sebelum ini. Touch and go, right? You tak pernah ikhlas dengan I, Nina. You anggap diri you layak dilayan bagai puteri sedangkan dalam masa yang sama, you curangi I."
"You curangi bakal suami you, Tengku Fayyad. I betul-betul kecewa dengan sikap you. Terlalu kecewa dan I rasa, perkenalan kita adalah satu kesilapan."
"Faz, jangan cakap macam tu..."
"Sudahlah, Nina. Baliklah. I ada meeting lagi lepas ni. I harap you tak ganggu I lagi..."
"Faz, I dah diceraikan..." terhenti langkah Engku Fazli. Tubuh dipusingkan menghadap wanita yang pernah dia sayangi sebelum ini.
"So? You nak I buat apa, Nina?"
"Faz, tolong I..." rayu Nina.
"Kenapa I kena tolong you? You sendiri yang cari masalah, Nina. You tipu sana sini. You dah janji dengan I yang you akan setia dengan I."
"Tapi, you tetap curangi I." Nina tayang riak wajah sedih.
"Padahal, segala-galanya I dah serahkan pada you. Apa lagi yang tak cukup, Nina? Apa lagi?" melengking suara Engku Fazli sehingga menjadi tatapan pekerja di lobi bangunan tersebut.
"Faz, jangan buat I macam ni. Malu, Faz. Semua orang perhatikan kita."
"Malu? You tahu malu? You buat I dan keluarga I malu, you ada fikir semua tu? Nasib baik persiapan kahwin je yang baru kami sediakan. Kalau di hari pernikahan, you tinggalkan I macam tu aje, agaknya macamanalah parents I nak sorok air muka dorang..."
"I betul-betul minta maaf, Faz. I tak sangka..."
"Tak sangka?" cantas Engku Fazli.
"Dari awal you dah menipu I, you boleh cakap you tak sangka? You must be joking, Nina..."
"Faz, I minta maaf. Tolong jangan buang I, Faz... I dah takde sesiapa..."
"You cari I sebab you dah diceraikan? Maksudnya, I ni tetap pilihan nombor dua you, kan?"
"Bu...bukan macam tu maksud I, Faz..."
"Enough! I bagi last warning, Nina..." tegas Engku Fazli.
"Jangan munculkan diri you depan I lagi. Cukup setakat ini. Kalau you masih berdegil, I akan guna undang-undang untuk menyekat you dari mendekati I..."
"Tapi, anak kita..."
"Anak? Baru sekarang fikirkan hal anak?"
"Wait a second... Kenapa tiba-tiba you sebut hal anak? You dah lupa yang you takde hak ke atas Engku Fatin?"
"Tapi, I tetap ibu yang mengandung dan melahirkan Fatin!" lawan Nina. Engku Fazli tersengeh.
"Baru hari ni you sebut pasal anak? Dari hari you lahirkan anak ni, you sendiri dah cakap anak ini hak I dan you serahkan sepenuhnya pada I."
"Apa alasan you? Hah, you nak sambung lagi belajar... Kononnya..." sindir Engku Fazli membuatkan Nina terkedu.
"Come on, Nina... Berhenti nak jadikan anak sebagai cara you nak I terima you kembali. Apa jua yang berlaku, I takkan terima you lagi."
"Fazli, please... I rayu you..." rayu Nina seraya cuba merangkul lengan Engku Fazli.
"Get lost!" bentak Engku Fazli sehingga terhinjut tubuh Nina.
"Nina, jangan cuba-cuba nak merayu, pujuk I. I takkan termakan pujuk you lagi... Cukup I diperbodohkan. Bukan I je. You perbodohkan Tengku Fayyad. Berani youkan?"
"Perkahwinan kami bukan pilihan I, Faz. Ini piihan parents kami..."
"Huh! Alasan bodoh!"
"Hei, Nina... You tahu tak siapa Tengku Fayyad tu, Nina? Dia bukan sebarangan lelaki, Nina. Kedudukan dia jauh lebih tinggi. Dia lebih berjaya dari I yang baru setahun jagung dalam dunia business ni. Tapi, you tanpa rasa bersalah permainkan dia..."
"You...you tahu?"
"Hei, you ni bodoh ke Nina? Satu Malaysia tahu siapa Tengku Fayyad Firhad. Tengku Fayyad antara CEO terhebat, termuda dan terkaya di Malaysia."
"Cuma, Tengku Fayyad tak macam CEO muda yang lain. Sibuk mencari kebahagiaan dengan cara yang salah..."
"Apa maksud you, Faz?"
"You dah terlepas peluang menjadi sebahagian dari pemegang harta hampir berpuluh billion, Nina. Sayangnya..."
"Berpuluh billion?" terkedu Nina mendengar perkataan billion dari mulut Engku Fazli sehingga memaksa dirinya mengulangi kata-kata Engku Fazli.
"Ya. Tengku Fayyad antara orang muda terkaya di Malaysia. Tapi, dia menolak untuk meletakkan nama dia sebaris dengan orang kaya dan hebat di Malaysia bagi mengelakkan manusia seperti you..." sindir Engku Fazli bersama sengehan.
"Engku, maafkan saya. Datuk megat dah memanggil." tegur pembantu peribadi Engku Fazli lagi.
"Okay, okay, I'm coming... Sorry, Nina... I need to go now. Ingat cakap I. Jangan ganggu I lagi kalau you tak nak I ambil tindakan undang-undang." tegas Engku Fazli sebelum meninggalkan Nina sendirian di lobi.
"Fayyad ada harta berpuluh billion? Ma...macamana aku tak tahu langsung? Kenapa, bonda tak cakap apa-apa kat aku pasal harta Fayyad?" omel Nina sendirian.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Bonda! Bonda! Bonda!" jerit Nina sebaik melangkah masuk ke mahligai indah milik keluarganya.
"Astaghfirullahalazim, Tengku Nina. Kenapa ni, terjerit-jerit? Tak reti nak bagi salam ke?" omel Tengku Nuraisyah sebaik muncul di ruang tamu rumah agam itu.
"Ala, bonda ni. Bebel je. Sini, Nina nak tanya sesuatu..."
"Budak ni... Apa ni Nina tarik-tarik tangan bonda ni?" bebel Tengku Nuraisyah tatkala Nina menarik lengannya sebelum didudukkan di sofa mahal berjenama mewah.
"Bonda duduk dulu. Nina nak tanya sesuatu."
"Apa sajalah budak seorang ni. Hah, apa dia nak tanya sangat tu?" soal Tengku Nuraisyah.
"Bonda, kenapa bonda tak cakap yang Fayyad tu CEO termuda dan terkaya di Malaysia?"
"Hah?" terkejut Tengku Nuraisyah dengan soalan anak bongsunya.
"Ala, bonda ni. Tak payahlah terkejut sangat. Betul ke bonda, Ayyad milik harta berpuluh billion?"
"Dari mana Nina tahu?"
"Adalah. Betul ke bonda?"
"Manalah bonda tahu..."
"Bondakan rapat dengan Bonda Gee. Takkan bonda tak tahu langsung?"
"Eh, budak ni. Takkanlah semua tu Bonda Gee nak bagitahu kita."
"Kalau macam tu, bonda tanyalah kat Fayyad."
"Jangan buat gila, Tengku Nina. Nanti, dia tuduh kita memang terdesak nak jantan kaya..."
"Kalau macam tu, macamana Nina nak kembali ke pangkuan Ayyad?" rengek Tengku Nina seraya memeluk tubuhnya sendiri bersama bibir yang dimuncungkan.
"Tulah. Kalau Nina tak buat hal, semua ni takkan terjadi."
"Jadi, bonda pun nak salahkan Nina?"
"Memang salah Ninakan? Dah pandai makan, tak pandai nak simpan. Tanggunglah sendiri."
"Bonda... Tolonglah Nina... Takkan semua nak salahkan Nina..." rengek Nina lagi.
"Dah tu, nak buat apa lagi? Nina yang cari masalah. Bonda dah tegur sebelum ni, jangan sampai tersilap langkah."
"Sudahnya, budak jantan tu muncul dengan anak Nina sendiri masa majlis nikah kamu dengan Fayyad."
"Haru di buatnya. Malu bonda tau tak?"
"Nina tak sangka dia nak cari Fayyad. Sebab dia memang kat Australia masa tu."
"Dah tu, Nina janji apa dengan dia sampai dia marah sangat?"
"Nina tak cakap pun nak kahwin dengan dia."
"Jangan tipu, Tengku Nina. Dia cakap kamu dah janji nak kahwin dengan dia. Dia dah siap buat persiapan perkahwinan pun. Sudahnya, kamu tipu dia, lari tinggalkan dia."
"Mana ada. Dia tipu. Nina tak janji apa-apa pun dengan dia, bonda. Dia je yang terhegeh-hegeh." bohong Nina, cuba menyelamatkan dirinya sendiri.
"Dia bawa anak kamu tu, Nina. Nina tak sayang ke dekat anak yang Nina kandung sembilan bulan tu?" Nina gelengkan kepala.
"Nina yang lahirkan dia secara normal. Takkan tak sayang langsung, Nina?"
"Entahlah, bonda. Yang Nina tahu, Nina suka dilayan bagaikan puteri. Segala kehendak Nina, Fazli turutkan je..."
"Budak tu satu kesilapan, bonda."
"Kesilapan? Kesilapan apa, Tengku Nina? Selama ini, kamu seronok diusung ke sana sini dengan Engku Fazli tu."
"Memanglah. Dia je yang suka layan Nina. Fayyad? Hurm... Semuanya tak kena kat mana dia. Kolot sangat."
"Ajak keluar, tak nak. Ajak lunch, dinner kat luar, dia tolak. Boringlah, bonda dengan Fayyad tu..."
"Nina, setiap orang minat mereka tak sama. Kamu tak boleh nak samakan minat setiap orang."
"Bonda sendiri yang suruh Nina rapatkan diri dengan Tengku Fayyadkan? Jadi, kalau tak keluar bersama, macamana kami nak rapat?"
"Rapat dan kena hati budi seseorang tak perlu sampai kena keluar. Dalam villa Bonda Gee boleh je Nina kenal Fayyad tu."
"Boringlah, bonda. Rasa macam tak bebas. Dahlah, orang gaji rumah tu semuanya tua-tua belaka. Mengganggu pandangan Nina sebab dorang sibuk memerhatikan Nina je..."
"Orang tua, Nina. Macam tulah... Lagipun, Nina kat rumah orang. Tak manislah berdua-duaan dengan Fayyad macam tu..."
"Ala, bonda ni... Takkan Bonda Gee pun kolot juga? Sekarang dah moden. Bukan kami buat maksiat pun. Setakat pegang-pegang tangan tu, apalah sangat..."
"Itu kata Nina. Fayyad dari awal dah cakap dia terima Nina sebab Bonda Gee. Dia tak pernah ada apa-apa perasaan pun kat Nina. Sebab tu, Ayyad tak pernah layan Nina lebih-lebih."
"Ah, Ayyad tu jantan penakut! Pengecut! Duk dengar cakap orang gaji dia je..."
"Orang gaji?"
"Ada seorang tu, Nina tengok macam rapat sangat ngan Ayyad. Entah-entah dia syok kat Ayyad."
Pap!
"Auch! Bonda, sakitlah..." Nina menggosok lengannya yang ditepuk Tengku Nuraisyah.
"Jangan cakap mengarut. Orang tua yang Nina cakap tu, pengasuh Tengku Fayyad. Dia yang jaga makan minum Ayyad selama ni. Ayyad dah anggap dia macam ibu dia sendiri." jelas Tengku Nuraisyah.
"Kalau pengasuh pun, takkan sampai Ayyad marah Nina tegur orang tua tu?"
"Mesti Nina ada buat salah. Sebab tu Ayyad marah."
"Bonda ni kenapa nak menangkan si Ayyad tu je?"
"Nina, bonda ni bukan tak kenal dengan perangai Nina. Kalau Nina tegur baik-baik, tentu Ayyad takkan melenting. Ini confirm, Nina marah orang tua tukan?"
"Yelah, bonda. Macamana Nina tak marah? Dia tak kasih Nina masuk. Nina dah tunggu lama depan gate besar. Dengan panasnya lagi..." adu Tengku Nina.
"Nina, bonda rasa cukup-cukuplah ganggu Ayyad. Jangan ke villa Bonda Gee lagi."
"Bonda, kenapa pula Nina tak boleh ke sana? Bonda tak nak tolong Nina ke? Nina nak Tengku Fayyad..." rengek Nina
"Nina sayang, Tengku Fayyad dan Bonda Gee dah bagi kata putus yang Nina dilarang keras untuk villa tu, apatah lagi untuk ganggu Ayyad."
"Nina dilarang sama sekali."
"Ayyad tak boleh buat macam tu kat Nina! Nina ni isteri dia!"
"Bekas isteri." cantas Tengku Kalam yang tiba-tiba muncul.
"Ayahanda?"
"Tolong berhenti ganggu Fayyad dan jangan malukan ayahanda dan bonda lagi, Tengku Nina. Cukup-cukuplah timbulkan masalah."
"Ayahanda, Nina..."
"Cukup, Tengku Nina. Dengar cakap ayahanda. Ayahanda dah cukup malu dan terkesan dengan perangai liar kamu. Jangan sampai ayahanda kamu pulang ke Perlis, duduk dengan Atok Komeng dan Nenek Piah kamu."
"No! Ayahanda tak boleh buat macam ni kat Nina! I'm your daughter!" bentak Nina seraya menegakkan tubuh.
"Abang, jangan..."
"You diam, Aisyah!" terhinjut tubuh Tengku Nuraisyah dengan jerkahan Tengku Kalam.
"Sebab you terlalu manjakan budak ni, inilah natijahnya! Tak sudah-sudah timbulkan masalah! I malu, Aisyah! I malu!"
"Cukup selama ini, kamu bodohkan kami, Nina. Ayahanda takkan berlembut lagi dengan kamu. Kamu tak dibenarkan ke mana-mana tanpa pengetahuan kami!" tegas Tengku Kalam.
"Ayahanda tak boleh sekat kebebasan Nina! Nina dah besar! Nina dah mampu nak jaga diri sendiri!" lawan Nina.
"Huh! Jaga diri sendiri sampai lahirkan anak luar nikah?" terkedu Nina. Air liur ditelan perih.
"Kalau kamu boleh jaga diri sendiri, kamu takkan kena cerai tak sampai sejam kamu bernikah, Tengku Nina! Buat malu kaum je..."
"Itu bukan masalah ayahanda!"
"Bukan masalah ayahanda? Hei, Tengku Nina Naqila! Kamu tu baru dua puluh lima tahun. Selagi kamu belum kahwin, selagi itu kamu dibawah jaga ayahanda!"
"Nina dah kahwin!" meletus ketawa Tengku Kalam.
"Kahwin? Hei, jangan bagi alasan bodohlah, Nina! Tak sampai sejam, Nina... Tak sampai sejam kamu jadi isteri Fayyad, kamu dah diceraikan. Tak malu ke dengan pandangan saudara-mara?"
"Ah, peduli apa!"
"Mudah kamu bercakapkan?" Nina menjeling seraya melipat tangan ke dada. Kata-kata Tengku Kalam bagaikan angin lalu.
"Mulai hari ini, saat ini, segala perbelanjaan dan kad kredit kamu akan disekat." melopong mulut Nina sebelum menghampiri bondanya, Tengku Nuraisyah.
"Bonda..."
"Ayahanda takkan berlembut lagi dengan kamu!"
happy reading
Share this novel