Series
1108
"Fayyad, mari sarapan dulu..."
"Ayyad tak lapar."
"Ayyad..."
"Selagi betina tu ada kat sini, selagi tu Ayyad takkan ikut cakap bonda sampai bila-bila..."
"Ayyad, please jangan buat I macam ni..."
"Hei, betina! You lupa ke apa yang you dah buat kat I, kat bonda I? Dan, bonda rasa, dia ni layak ke dilayan sebegini?"
"Ayyad, jangan keras sangat hati tu..." tegur bonda.
"Keras? Betina ni dah malukan kita sekeluarga, bonda..."
"Ayyad, takkan takde peluang untuk I..."
"Huh! Peluang?" Fayyad tersungging.
"Hei, betina! You dengar sini. Dari awal, I tak pernah setuju dengan pilihan bonda. Tapi, I hormat bonda dan I terpaksa ikut kemahuan bonda. I tak rela sebenarnya nak kahwin dengan perempuan macam you ni, tau tak?"
"A...apa maksud you, Ayyad? You...you tak sayangkan I, Ayyad?"
"Tak pernah ada sekelumit walau sebesar zarah pun perasaan I pada you. I terpaksa terima sebab bonda!" tegas Fayyad membuatkan Tengku Fauziah tolehkan wajah.
"Yad pernah cakap dengan bondakan, yang Yad terpaksa terima betina ni sebab bonda dan jangan harap Yad akan layan dia baik-baik lepas kahwin. Bonda tak lupakan?" sindir Fayyad membuatkan bondanya melepaskan keluhan.
"Ayyad, you cakap apa ni? Bonda, apa yang Ayyad katakan ni?" Nina beralih pada Tengku Fauziah, namun tiada jawapan sebelum Nina menghampiri Fayyad.
"Get off your dirty hand!" bentak Fayyad seraya menepis kasar tangan Nina dari menyentuh lengannya.
"Don't you ever touch me, again!" tegas Fayyad lagi bersama wajah tegang.
"Ayyad, I do love you..." meletus ketawa Fayyad mendengar kata-kata Nina.
"Love? You cakap pasal cinta sedangkan you serahkan tubuh you pada lelaki yang bukan suami you. Itu cinta pada you? Murah betul diri youkan? Dah biasa buat macam ni?"
"Fayyad!" tengking Nina. Marah apabila Fayyad menuduhnya begitu.
"Marah? Go ahead. Do I care? Memang you murahkan? Kalau tak, you takkan biarkan dirinya mengandung sebelum bernikah, Nina. You bukan manusia suci pun, tiba-tiba boleh mengandung tanpa kahwin..."
"You're too much, Tengku Fayyad!"
"So? You nak buat apa? Jangan lupa, betina. You kat rumah I. I boleh suruh pengawal I seret you keluar dari rumah ni."
"Ayyad..."
"Again, bonda?" Tengku Fauziah melepaskan keluhan sebelum kembali menyambung menikmati sarapan yang telah terhidang di depan mata.
'Nampaknya, Tengku Fayyad takkan terima Nina lagi.' getus hati Tengku Fauziah.
"Please, bonda. Disebabkan bonda nak sangat Ayyad terima betina ni, Ayyad dah bergelar duda di hari pertama pernikahan Ayyad. Kurang sejam, bonda. Kurang dari sejam, Ayyad dah pegang title duda. Puas ke hati bonda buat anak kandung bonda macam ni?"
"Ini ke menantu yang bonda idamkan selama ini? Menantu yang dah ditebuk?" Tengku Fauziah tidak mahu berbalah dengan anak tunggalnya di depan rezeki.
"Ops! Ini bukan ditebuk. Tapi, dia sendiri real dirinya diratah dek lelaki yang tak halal buat dia!"
"Tengku Fayyad!" jerit Tengku Nina dengan kepalan tangan.
"You're too much, Fayyad!"
"Hei, betina! Tak yah nak terjerit, terpekik terlolong kat rumah I. Hormat sikit tuan rumah ni. Nak menjerit macam orang gila, berambus dari sini!"
"Bonda..." Nina mohon simpati dari Tengku Fauziah. Lengan bonda dirangkul sebaik Nina melabuhkan punggung di sebelah Tengku Fauziah di meja makan.
"Hei, sejak bila bonda I jadi bonda you? You dah lupa atau sengaja buat lupa, you dengan I dah takde apa-apa kaitan lagi. So, get lost!"
"Fayyad, I tahu I dah banyak buat salah. Please, bagi I satu lagi I peluang untuk I perbetulkan segalanya."
"Huh! Peluang apa lagi?"
"You nak betulkan apa, hah?"
"Anything, as long you akan maafkan I dan terima I kembali..." meletus lagi ketawa Tengku Fayyad.
"Baik. I akan bagi you satu lagi peluang." Tengku Fauziah toleh ke arah Fayyad dengan kerutan di dahi.
"Betul ke, Ayyad? Betul ke you akan maafkan I dan terima I kembali?" soal Nina dengan keterujaan sebelum berlari-lari anak ke arah Fayyad.
"Ya. I akan bagi you satu peluang untuk you tebus kesalahan."
"Katakan, Ayyad. I akan tebus kesalahan I dengan apa cara sekali pun, asalkan you terima I kembali." Fayyad tersungging.
"Baik. I akan terima you kembali sekiranya, you mampu kembalikan maruah diri and I mean it, Tengku Nina Naqila..."
"Ma...maruah?" Tengku Nina telan air liur yang berpasir.
"Bodoh rupanya..." sindir Fayyad bersama sunggingan.
"Maksud I, kehormatan diri you. I nak isteri yang belum ditebuk. Can you do that? Kalau you mampu kembalikan dara you, I akan terima you kembali." Tengku Fauziah menepuk perlahan dahinya sendiri.
Melopong mulut Tengku Nina dengan kata-kata Tengku Fayyad. Sementara, Tengku Fauziah, hanya mampu gelengkan kepala dengan bicara anak tunggalnya.
"Kalau you kembalikan dara you, I akan terima you semula. Jika tidak, hentikan lakonan bodoh you ni! Jangan ingat I akan kembali pada perempuan takde harga diri macam you!"
"And by the way, jangan nak terhegeh-hegeh kat rumah I dan jangan sibuk menempel kat bonda I lagi. Jangan sampai I akan buat sesuatu yang bakal memalukan diri you sendiri." ugut Fayyad, tegas walau masih ada kelembutan di situ.
"Ayyad ke office dulu, bonda." Fayyad melangkah keluar dari rumah agam itu sambil membawa briefcasenya.
"Ayyad..." Fayyad menoleh. Dia kenal empunya suara yang memanggilnya.
"Mak Mah... Ada apa, Mak Mah?"
"Ini. Ambil bekal ni, makan dalam kereta atau pejabat, ya?" Fayyad berulang-kali menoleh ke arah Mak Mah dan bekal di tangannya.
"Mak Mah tahu, Ayyad takkan bersarapan kalau Tengku Nina ada sekali kat meja makan. Jadi, Mak Mah bungkuskan untuk Ayyad." Mak Mah, tukang masak dan pembantu di rumah agam itu yang sudah bekerja di situ hampir lima tahun.
"Terima kasih, Mak Mah..." beg bekas makanan disambut Fayyad.
"Sama-sama. Jangan lupa makan ya, Ayyad? Ayyad tak boleh perut kosong. Nanti gastrik Ayyad datang balik." Ayyad melorek senyuman.
"Baik, Mak Mah. Terima kasih ingatkan Ayyad." Mak Mah tersenyum.
"Ayyad pergi dulu, Mak Mah."
"Baik. Hati-hati, Ayyad." Fayyad anggukkan kepala sebelum masuk ke dalam perut kereta mewahnya yang dipandu Pak Mail, pemandu khas Tengku Fayyad.
Adakalanya, Fayyad tidak faham dengan kehidupannya yang rata-rata lebih difahami pembantu rumah berbanding bondanya. Makanan dan minuman Tengku Fayyad, Mak Mah lebih tahu dari Tengku Fauziah, ibu yang melahirkan Fayyad.
Fayyad tidak sampai hati nak melakukan hati bondanya walau sebenarnya banyak perkara yang Fayyad dan bonda bertelagah pendapat. Pemikiran dua beranak itu sentiasa bercanggah antara satu sama lain.
Namun, Fayyad tetap bersabar dengan bondanya. Bagi Fayyad, bonda tetap bonda walau apa pun yang berlaku. Fayyad tetap sayang dan hormatkan bonda yang telah berusaha keras untuk membesarkan dirinya seorang diri setelah arwah ayahandanya meninggal dunia akibat serangan jantung ketika Fayyad masih kanak-kanak.
Fayyad sentiasa mengikuti perkembangan bonda dan bagi Fayyad, keselamatan bonda adalah segalanya sehinggalah bonda berhasrat mahu dia berkahwin dengan anak sahabat baik bonda, Tengku Nuraisyah Nazmi dan Tengku Kalam Kamaruddin.
Nina Naqila, anak bongsu pasangan terbabit diperkenalkan pada Fayyad walau Fayyad sudah berulang kali menyatakan pendiriannya yang Fayyad akan berkahwin dengan pilihan hatinya sendiri.
Namun, demi kasih sayang dan hormat pada bonda, akhirnya Fayyad terima juga kehadiran Nina tetapi dengan syarat yang telah ditetapkan Fayyad sendiri. Segalanya diterima bonda kerana bonda yakin, Nina adalah menantu yang dicari yang bakal membahagiakan dua beranak itu.
Disangkakan hujan hingga ke petang, rupanya panas ditengah hari. Tembelang Nina terbongkar di majlis pernikahan Tengku Fayyad dan Tengku Nina. Kemunculan dan kehadiran seorang lelaki sambil mendukung seorang bayi perempuan mengubah segalanya sehingga Tengku Fayyad bergelar duda berhias.
Kurang dari sejam, Tengku Fayyad bergelar duda selepas menceraikan Tengku Nina di depan tetamu dan sanak-saudara yang hadir meraikan perkahwinan mereka. Rahsia dan penipuan Nina terbongkar selepas lelaki tersebut membawa bukti Nina adalah ibu kepada anaknya, Engku Fatin Faiznur.
Hampir seminggu Tengku Fayyad mengunci dan mengurung dirinya di dalam bilik tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Fayyad menjadi manusia pendendam dan pemarah jika berkaitan dengan perempuan. Bagi Fayyad, perempuan tidak ubah seperti boneka yang mudah dipujuk dengan kekayaan.
Walau sudah dipujuk bonda berkali-kali, Fayyad tetap dengan pendiriannya untuk tidak lagi menjalinkan hubungan dengan mana-mana perempuan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Mak Mah tengok gambar siapa tu?"
"Eh, mak engku. Maaf, mak engku..." kelam-kabut Mak Mah sembunyikan telefon bimbit yang dihadiahkan Tengku Fauziah pada Mak Mah selepas setahun bekerja sebagai pembantu rumah di rumah agam itu.
"Sini saya tengok..."
"Err..."
"Mak Mah, sinilah. Bagilah saya tengok gambar siapa tu..." lambat Mak Mah serahkan telefon bimbit pada Tengku Fauziah.
"Err, ini anak saya, mak engku..."
"Anak Mak Mah? Setahu saya, Mak Mahkan takde anakkan?"
"Anak angkat saya, mak engku. Saya jaga dia dari kecil sebelum arwah Pak Aus meninggal dunia..."
"Oh... Cantik orangnya. Manis je..." ujar Tengku Fauziah bersama senyuman yang terukir di wajahnya.
"Siapa nama gadis manis ni?"
"Manja, mak engku."
"Manja?"
"Manjalara Mustika... Nama pilihan Pak Aus..."
"Sedap dan unik nama tu. Manja... Cantik, sesuai dengan orangnya..." ujar Tengku Fauziah yang senang dipanggil mak engku oleh pembantu rumah mereka.
"Bila nak kenalkan Manja dengan saya?"
"Hah?"
"Mak Mah ni, itu pun nak terkejut. Saya tanya ni, bila Mak Mah nak kenalkan saya dengan Manja? Berkenan pula saya tengok Manja ni..."
"Err, in shaa Allah. Nanti ya, mak engku. Ada rezeki nanti, saya kenalkan dengan mak engku. Cuma, Manja ni segan sikit orangnya."
"Baguslah macam tu. Elok perempuan ada sifat malu dari tak reti nak malu."
"Budak-budak sekarang ni, tak reti malu. Takde adab. Saya tak gemar tengok anak-anak perempuan berpeleseran sana-sini. Dengan pakaian, nauzubillah... Tak tahulah saya nak cakap..."
"Zaman dah berubah, mak engku..."
"Ya, saya tahu. Tapi, adab tu takkan berubah sampai bila-bila pun kan, Mak Mah?" terangguk-angguk Mak Mah dengan bicara Tengku Fauziah.
"Nanti Mak Mah kenalkan Manja dengan saya ya? Bawa Manja ke sini. Boleh kita berkenalan."
"Baik, mak engku."
"Nanti dah siap masak, Mak Mah boleh pulang seperti biasa. Err, jangan lupa. Bawa balik sekali kek buah tu untuk Manja, ya?"
"Err, tapi, kek tu untuk Tengku Fayyadkan?"
"Mak Mah, Ayyad punya ada dua lagi kat dalam peti ais tu. Saya buat lebih semalam. Mak Mah ambil dua. Satu untuk Mak Mah, satu lagi untuk Manja, ya?"
"Baik, mak engku."
"Saya nak keluar ke butik lepas ni. Nanti, Mak Mah kunci semua pintu dapur macam biasa sebelum balik, ya?"
"Ya, mak engku."
"Tapi, pastikan Mak Milah, Mak Jah dan Mak Kiah balik dulu, sebelum Mak Mah balik, ya?"
"Mak Mah faham, mak engku."
"Terima kasih, Mak Mah. Ini, upah Mak Mah hari ni." Tengku Fauziah menghulurkan sampul surat saiz kecil pada Mak Mah. Memang begitu cara Tengku Fauziah yang lebih selesa membayar gaji harian pada pembantu rumah yang diupahnya.
Tengku Fauziah faham dengan cara orang-orang kampung yang bekerja kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sebab itu, selesai bekerja, mereka akan dibayar gaji harian.
"Terima kasih, mak engku..."
"Sama-sama, Mak Mah. Saya pergi dulu, ya? Eh, Mak Mah..."
"Saya tahu, mak engku. Makanan untuk Tengku Fayyadkan?" Tengku Fauziah menghela nafas kelegaan.
"Saya akan siapkan makanan Tengku Fayyad sebelum balik nanti."
"Lega hati saya, Mak Mah. Kalau macam tu, saya pergi dulu."
"Baik, mak engku." sebaik sahaja Tengku Fauziah meninggalkan rumah agam itu, Mak Mah meneruskan tugasnya seperti biasa. Menyediakan makanan untuk Tengku Fayyad yang sememangnya cerewet memilih makanan.
Hanya masakan air tangan Mak Mah yang akan dijamah Fayyad. Ada ketikanya, Mak Mah tidak dapat bekerja lantaran punya masalah yang tidak dapat dielakkan, Fayyad rela makan dihotel berbanding makan makanan yang dimasak orang lain.
"Manja..."
"Umi dah balik?" beg di bahu Mak Mah dicapai sebelum kekura tangan tua itu dikucup.
"Eh, berat semacam je beg umi ni..."
"Keluarkan kek buah dari dalam beg tu dulu." arah Mak Mah.
"Kek buah? Umi beli ke?"
"Taklah. Mak engku buat lebih semalam. Dia bagi kita sorang satu."
"Oh... Err, umi... Mak engku jual kek juga ke?"
"Taklah. Mak engku tu memang suka buat kek, roti sendiri. Tapi, tak jual pun. Mak engku buat untuk makan sendiri."
"Faham... Seronok kalau buat sendirikan, umi. Tak payah nak bazir beli kat luar. Dahlah mahal..."
"Tahu pun. Buat sendiri lebih puas hati. Kita nak buat macamana hiasannya, suka hati kita."
"Nanti, ada rezeki, Manja nak buat kek untuk umi jugalah..."
"In shaa Allah... Dah, umi nak bersihkan badan dulu. Kejap lagi nak masuk waktu maghrib."
"Baik, umi..." dengan berhati-hati, Manja keluarkan bekas empat segi dari beg sandang umi.
free reading chapter
Share this novel
mmg ada rwatan bg kett vgin4 tp dara ttp yellek lah huhuhu