Series
1108
Manjalara Mustika, anak yatim piatu yang ditemui dan dijaga bagaikan minyak yang penuh oleh sepasang suami isteri yang tidak dikurniakan cahayamata walau sudah berkahwin dalam tempoh yang lama. Hidup Manja kucar-kacir setelah dipaksa menikahi anak majikan uminya. Demi umi, Manja turuti desakan mereka hanya kerana mahu membalas budi mereka pada umi dan keluarganya. Layanan kasar seorang suami yang tidak pernah menerima dirinya, membuatkan Manja nekad menjauhkan diri apabila sedar dirinya mengandungkan benih lelaki yang terang-terangan tidak mahu ada kaitan apatah lagi menerima wanita miskin seperti dirinya. Pertemuan semula yang tidak dirancang membawa Manja kembali ke rumah agam yang pernah menjadi neraka buat dirinya. Apa yang berlaku seterusnya? Segalanya terjawab di dalam karya terbaru ini. KaryaKe36 #November2026 #IdeaCoverPerahanIdeaSendiri #SayNoToPlagiat
Update 23 November 2026