BAB 3

Drama Completed 3168

“Kalau ambil orang gaji, Ameera nak buat apa? Nak menganggur?” usik Ameerul.

“Saya kan kerja. Kat pejabat tu dah cukup memenatkan. Balik rumah nak buat kerja-kerja rumah pula…”

“Ameera kena belajar biasakan diri dengan semua ini. Nanti kalau dah dapat anak macam mana?”

“Kalau dah dapat anak abang masih tak mahu ambil orang gaji, saya akan berhenti kerja.Tak sanggup kalau setiap hari macam ni…”

“Baguslah kalau macam tu, abang memang suka Ameera duduk di rumah saja. Pendapatan abang pun dah cukup untuk menampung kehidupan kita nanti,” balas Ameerul dengan senang hati.

Memang dia tidak mengharapkan gaji Ameera untuk membantu perbelanjaan rumah tangga. Sekali pun dia tidak pernah bertanya tentang berapa gaji yang Ameera perolehi setiap bulan. Itu hak mutlak seorang isteri, begitu fikirnya.

Selepas kelahiran anak pertama, Ameera menunaikan kata-katanya. Dia berhenti kerja dan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.

Hati Ameerul lapang. Dia meletakkan harapan bahawa semuanya akan berubah.

Dia ingin melihat rumah yang kemas tersusun, makanan yang sedap dan lazat terhidang di meja. Atau sekurang-kurangnya senyum manis isteri setiap kali pulang dari kerja supaya luruh seluruh penat lelah seharian bekerja.

Namun semuanya tetap tidak berlaku. Ameera bukan pantai yang boleh berubah mengikut musim yang berganti arah.

Dia lebih peka mengikut rasa hati mencari bahagia sendiri daripada berusaha memupuk cinta dan kasih suami.

“Apa abang ingat Ameera ni babu rumah ni? Ameera kena duduk di rumah menguruskan semuanya untuk abang. Ameera pun nakkan kehidupan sendiri. Kalau abang nak rumah ni kemas bersih, abang keluarkan duit dan bayar orang gaji. Kan senang saja…” Itu yang selalu dikatakan bila Ameerul mengungkit janjinya atau cuba menegur sikapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience