BAB 6

Drama Completed 3168

Rupanya fatwa itu tidak tamat dibincangkan di kaca TV sahaja. Ameera tetap membincangkannya di mana-mana. Dia menjadi orang kuat yang membawa isu dan fatwa itu kepada seluruh kaum wanita di kawasan perumahan itu.

Semakin sibuklah Ameera dengan tugas barunya itu. Dan bertambah serabutlah rumah tangga mereka hingga kadang-kadang mata Ameerul tidak mampu untuk terus melihatnya. Dan semakin hari dia semakin tidak cekal untuk terus berdepan dengan semua itu!

“Mak, carikan saya seorang calon isteri. Saya nak kahwin mak,”

“Kau jangan nak buat perangai Ameerul. Ingat pada anak-anak yang sedang membesar. Jangan nak ikut hati nanti kau mati, ikut rasa nanti kau binasa,”

“Habis mak nak saya buat macam mana lagi? Saya sudah tak tahan dengan perangai Ameera yang tak mahu berubah itu. Saya semakin terasing di rumah sendiri mak. Kalau balik rumah fikiran serabut, saya bimbang saya terus tak ada hati nak balik lagi.”

Ameerul membuat keputusan nekad. Kalau Ameera begitu sibuk dengan fatwanya, biarlah dia memulakan fatwanya pula!

“Kau seolah-olah membuat keputusan untuk menyakitkan hati Ameera. Itu tidak baik Ameerul. Perkahwinan bukan perkara yang boleh dipermainkan atau untuk membalas dendam. Kalau Ameera tahu, risikonya tinggi dan mak tak mahu hati pihak lain yang kecewa,”

“Tidak mak. Saya berkahwin lain kerana saya ingin merasai hidup bahagia berumah tangga seperti orang lain,” kata Ameerul bersungguh-sungguh.

Semuanya berjalan lancar. Impian Ameera memperjuangkan hak dan fatwa tercapai. Dia dilantik dan dihormati sebagai ketua yang tegas. Begitu pula dengan fatwa Ameerul yang semakin menjadi. Kalau Ameera sibuk dengan fatwanya, Ameerul juga semakin ceria dan bahagia dengan agendanya.

“Ameera tengok abang semakin banyak ambil kerja lebih masa. Kadang-kadang pergi out-station. Ada apa-apa ke bang?”

“Apa maksud Ameera ni?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience